Chapter 45 The Curse user

3.7K 294 192
                                    

KTINGGGGG!!!!!

KTINGGGGG!!!

ZINGGGGG!!!

"Ini sahaja tahap kuasa putera kedua? Lemah! "

"Jangan cepat buat andaian lah bodoh! "

Lagaan demi lagaan! Setiap kali penumbuk mereka bertemu pasti rekahan akan terjadi! Katsu dan Anne terselamat daripada serangan hendap seorang lelaki berambut merah dan bermata emas!

Katsu mengetap gigi di sebalik armour bayangnya. Anne yang tidak sedarkan diri di belakang sebuah pokok, dipandang sekilas.

Sebaik sahaja letupan itu berlaku, nyawa Anne hampir melayang kalau tidak disebabkan Katsu yang membuat perlindung bayang di sekelilingnya. Anne pengsan apabila lelaki itu menyerang hendap dan memukul belakang tengkuknya. Katsu sempat menghalang lelaki itu daripada menikam Anne!

"Apa kau nak Setan?! "

"Nyawa kalian! "

Katsu mendepakan tangan ke hadapan, lalu bayang- bayannya laju meluncur laju ke arah lelaki misteri itu! Lelaki itu mengelak mudah, tetapi mukanya menjadi santapan penumbuk Katsu yang muncul tiba- tiba di sebalik bayannya sendiri!

BAMMMM!!!!

Lelaki itu terhempas di atas sebatang pokok sehingga pokok itu tumbang!

"Kenapa kau nak kan nyawa kami? Kalau kau ada masalah dengan aku, jangan kau libatkan Anne! "

Jerkah Katsu kuat sambil mencengkam kolar baju lelaki itu lalu ditumbuknya sehingga lelaki itu sekali lagi menghempas pokok!

Lelaki itu muntah darah. Dia mengerang kesakitan tetapi cuba ditahan. Pandangannya mula berubah tajam sebaik sahaja Katsu mendarat di hadapannya. Sebelum sempat lelaki itu bangun Katsu sudah menghunuskan pedang Shadow Guardianya.

"Gerak. Kau. Mati. "

Katanya sepatah sepatah. Lelaki tadi tidak menunjukkan riaksi, malahan hanya bersikap dingin dan mendiamkan diri.

"Aku tanya kau elok elok. Apa kau nak? Kenapa tiba-tiba serang aku dan Anne? "

"Kau tak perlu tahu."

"Aku ada hak nak tahu! Kau hampir buat aku kehilangan orang yang aku sayang, tahu tak?! "

Jerkah Katsu seiring pedangnya menghiris sedikit pipi lelaki itu sehingga berdarah. Lelaki itu masih mendiamkan diri. Tidak menunjukkan bahawa dia sakit.

"Jawablah bodoh! "

"Dark Cyber. Diorang yang hantar aku untuk bunuh kau dan budak tu. "

Jawab lelaki itu tenang lalu duduk bersila. Dia rela. Kalau mati pun tak apa. Tapi..

".. aku hanya mengikut. Kalau tak... orang yang aku sayang juga akan hilang dalam hidup aku. "

Ujar lelaki itu bersama pandangan Maut dituju kearah Katsu. Katsu terkejut tetapi dikawal riak wajahnya di sebalik armour bayang.

"Apa maksud kau? "

"Diorang dah tahu kau menyamar jadi Kurl. One of the Dark Cyber General. Salah seorang tentera Dark Cyber menjumpai mayat Jeneral Kurl di salah satu penjara hitam. "

'Ahahah... patutlah.. macam mana aku boleh lupa nak buat penghalang dekat penjara tu?! Stupid Katsu! '

Ujarnya di dalam hati. Ingin ketawa pula dia dengan kebodohan dirinya.

"Jadi Dark Cyber yang menghantar kau? "Lelaki itu mengangguk.

Katsu melepaskan keluhan berat. Dia menghilangkan kuasanya membuatkan Lelaki itu ingin mengambil kesempatan untuk menyerang tetapi terbantut apabila lehernya merasakan sesuatu yang sangat sejuk. Pedang Shadow Guardian!

ELEMENTAL KEGELAPAN [C]Where stories live. Discover now