Chapter 58 War Begins

3.4K 293 253
                                    

Dari jauh permaisuri Saori memerhati dua orang anaknnya. Sayu dia melihat dari dalam Istana memandangkan dirinya tidak dapat mengikuti peperangan kali ini.

Keizo kelihatan lengkap dengan zirah perangnya manakala Katsu pula hanya berkot labuh denga hoodie. Warnanya hitam berjalur putih. Dibelakangnya pula disisipkan sebilah pedang iaitu Althiar. Jelas abang dan adik itu sedang berbincang mengenai sesuatu, Atau lebih tepat... peperangan yang bakal berlaku dalam beberapa minit sahaja lagi. Nyawa menjadi taruhan. Askar dan android yang dicipta sudah bersiap sedia.

"Bonda? "

"Ah Rin.. kamu buat apa disini? Bukan sepatutnya kamu bersedia untuk berperang? " soal Permaisuri. Pelik juga kerana anak daranya masih disini. Kuririn sendiri yang berdegil mahu turut serta walaupun sudah diugut Ayahandanya. Nak tak nak, terpaksa juga Raja Kaisar membenarkan Kuririn turut serta.

"Memanglah.. Rin saja datang tengok bonda dulu. Mana tahu ini kali terakhirkan.. "

"Ish! Apa cakap macam tu? Bonda yakin semuanya akan baik. " ujar permaisuri seraya mengusap lembut rambut merah jambu anaknya.

Rin tersenyum seraya mengucup pipi bondanya.

"Bonda doa kan kejayaan kami ya? "

"Sentiasa. "

***

"Kamu yakin ke kita boleh percayakan Arata? "

Soal Keizo kepada Katsu yang berpeluk tubuh. Katsu hanya tersengih seraya mengangguk perlahan. Masih segar diingatan dia perbualannya bersama Arata.

***

"Aku datang ke sini hanya untuk membantu. Tapi tidak bermakna aku sudah berpihak kepada kalian. Alaa.. senang cerita ianya lebih kepada dendam. " terang Arata dengan senyuman.

"Dendam? " soal Katsu

" Ya. Lelaki yang telah membunuh adik aku ialah Riz. Dan lelaki itu ada kaitan dengan ibunya. "

Kata Arata sambil menunding jari kearah Luke. Luke kelihatan tergamam manakala Katsu meneguk liur. Arata tersengih.

"Terpulang pada kau nak percaya atau tidak. Tapi.. apa yang pasti aku hanya mahu membunuh lelaki itu. Selain daripada itu, tiada. Dan bermakna kita masih lagi musuh. Dude, aku masih teringin nak rasa darah kerabat diraja! HAHAHAHA!!"

Katsu merenung Arata tajam. Arata tersengih lagi lalu memandang Luke yang masih tidak boleh memproses apa yang dikatakan olehnya.

"Kau budak lembab... aku nak tanya. Kau masih berharap boleh selamatkan ibu kau? "

"Huh? A-aku.. "

"Jika ya, tanam balik niat kau tu. Kau tak akan dan tak mungkin boleh selamatkan dia. "

Cantas Arata membuatkan Luke tersentak. Matanya membulat memandang Arata yang tiada perasaan.

"Kau tahu tak apa maksud perjanjian nyawa? " soal Arata.

"Perjanjian yang membuatkan seseorang berkongsi nyawa. "

"Betul. Dan dia telah berjanji dengan Riz. Kau tahu kan peraturan perjanjian itu? Apa yang akan berlaku jika Mak kau atau Riz mati? "

Luke hanya memandang tanah. Tangan dikepal penumbuk. Perlahan lahan kepalanya dianggukkan.

ELEMENTAL KEGELAPAN [C]Where stories live. Discover now