Chapter 68 Kurayami Wish

2.9K 270 89
                                    

Hakuryu mengaum garang! Badanya banyak menjamah serangan bertali arus daripada Kurayami! 2 naga kegelapan itu menggigit dan mencakar satu sama lain tanpa henti! Libasan daripada ekor juga digunakan kadang-kala.

"ROUURR!! "

Kurayami terbang keudara dengan laju. Alverta yang menjadi side kick Hakuryu terkejut apabila naga itu dengan ganas menyerang dirinya!

"ALVERTA! "

Hakuryu yang berada ditanah melaung kerisauan. Dengan pantas sayapnya dikibar dan meluncur laju kearah Kurayami! Kurayami yang bergelut dengan Alverta tersengih sinis apabila Hakuryu membuta tuli datang kepadanya! Mata Alverta membulat besar apabila hujung ekor Kurayami berubah menjadi sebilah pedang!

"Hakuryu jangan! "

Tetapi amarannya tidak sampai ke Hakuryu! Ekor Kurayami laju meluncur mahu menikam Naga kegelapan itu! Hakuryu juga membulat mata apabila melihat ekor Kurayami! Dia tak dapat mengelak dan hanya pasrah. Mata dipejam rapat. Alverta dan Emyriel melaung namanya tetapi hampa. Masa seakan bergerak perlahan dan bilah pedang itu semakin menghampiri.

"Kau memang tak boleh jaga diri kalau tak ada aku kan? "

"Huh?"

ZRRRRAANGGGGG!!!

Membulat mata Hakuryu apabila susuk tubuh Shiro yang dalam mode naga syaitanya menghalang pedang itu dengan pedang Dark Fire. Shiro menolak ekor itu lalu pedang masa pemberian Luke diseru. Dengan pantas ekor Kurayami dicincang 18 bahagian! Naga kegelapan itu menjauhkan diri daripada Alverta dan melolong kesakitan yang tidak terhingga!

"Shiro.. "

"Hey, baru berapa jam tak jumpa dah rindu naga hangus? "

Selamba Shiro mendarat diatas kepala Hakuryu. Hakuryu pula tersengih.

"Terima kasih selamat kan aku budak. Sayang jugak kau dekat kau kan? " ucapnya.

"Aku selamatkan kau bukan sebab sayang ok? tapi aku nak balas balik jasa kau yang lindungi aku. Kau, aku sayang?mimpilah! " Nafi Shiro seraya berpeluk tubuh dan mengalihkan pandangan kesisi. Hakuryu sekadar ketawa kecil. Eleh, muka pun merah. Dah malu cakap!

"Grrr.. woi! Woi! Cicak hangus, cepatlah bawak cicak rentung tu ke bawah! Aku dah tak sabar nak ratah daging dia ni! " pandangan Hakuryu jatuh musang putih bertanduk. Urat merah timbul didahinya.

"Diamlah anjing gila! Kau ingat senang nak jatuhkan dia?! "

"Kau anjingkan aku cicak hangus?!"

"Kau cicakkan aku boleh pulak?! "

Tepuk dahi Shiro dengan Luke. Spirit diorang pun 2×5 aje perangainya. Tak lama kemudian, mereka tersentak apabila ngauman garang Kurayami yang maha dahsyat kedengaran!

"Kau mahluk jijik! Kau patut mati!!!! "

Laungnya lalu menerpa kearah Hakuryu! Shiro dan Hakuryu tersentak dengan serangan mengejut itu! Taring Kurayami elok terbenam dileher Hakuryu.

"ARGHHHH!!! "

"HAKURYU! KAU..!! "

2 bilah pedang diseru! Api kegelapan mengelilingnya di sebelah kanan. Manakala disebelah kiri dikeliling angin kencang!

"Harrghhhh!!!! "

Shiro berlari turun kearah Kurayami lalu 2 bilah pedang dilibas dalam satu masa! Kesanya puting beliung berapi ganas menghentam wajah Kurayami sehingga naga kegelapan itu melepaskan cengkaman!

ELEMENTAL KEGELAPAN [C]Where stories live. Discover now