Chapter 21 Luke VS Ui

4.1K 331 35
                                    

Luke POV

"Kau seorang Medusa?! "

Kataku tidak percaya. Medusa! Bagus betul, tadi Shiro lawan Minotaur, sekarang aku lawan Medusa. Haaiihh... Kerajaan Grandiflora ni memang banyak manusia Myth ke?

Ssss...!!!

Medusa atau Ui mula mencakar aku mengunakan kuku yang berwarna merah, panjang dan tajam miliknya.

"Sss.... hahaha.... sss... kenapa kau elak Celaka! Aku nak bunuh kau tahu tak.! Sss... "

"Kau gila ke apa? Kita lawan tak sampai membunuh lah! "

"Arrg!! Aku kesah apa! Mati kau! Mati! Mati! Mati! "

Serangan dia mula agresif membuatkan aku agak sukar untuk melawan balik.

'Kitsu!'

"Baik! "

Kemudian simbol musang sembilan ekor bercahaya kemerahan. Seperti hari tu, salah satu ekornya mula melilit tanganku. Dan lagi satu pergi ke mata kananku. Bagi penonton ia kelihatan seperti tulisan purba yang melingkar pada mataku. 
Armor Tangan ais aku kelihatan begitu juga mata kananku yang kini mempunyai muka jam.

Aura aku mula tinggkatkan. Kini auraku berwarna hijau campuran kuasa aura masa dan ais.

"Sss... aku tak takutlah walaupun kau tingkatkan kuasa kau!! "

"Let's do this Kitsu... "

"Heh, sure! "

Ui datang berlari ke arah aku. Kemudian menyasarkan kukunya pada bahagian muka. Aku mengelak dengan mudah.

Spash!!!!

Satu libasan dari ekor ular miliknya terkena aku. Bila masa benda tu tumbuh! Tak guna!

Aku mencacakkan pedang emas ku ke tanah untuk memberhentikan badan aku dari terus terseret ke belakang.

Aku menarik nafas lega sebelum melihat ke arah Ui. Terbeliak mata aku apabila melihat Ui.

Badan Ui kini bukan manusia. Ianya Ular! Rambutnya penuh dengan kepala ular. Mukanya hodoh dan 2 taring miliknya kelihatan.

Aku menelan air liur. Tak pernah aku tengok seseorang yang memiliki kuasa Myth sebengini rupa.

Kuasa Myth atau Manusia Myth ialah kuasa yang agak rare kerana kuasa itu juga membolehkan  penggunanya untuk bertukar rupa kepada mahluk Dongeng atau Myth. Kadang kala kuasa ini kekal menukarkan penggunanya. Sama seperti Goldan yang telah berubah menjadi Minotaur dan tidak dapat bertukar kembali menjadi manusia.

"Ssss.... Hahaha sudah lama aku tidak berubah kepada bentuk ini! Hahah! "

Kemudian pelindung di sekitar Arena mula terbentuk untuk melindungi para penonton dari berubah menjadi batu apabila Ui memggunakan kuasa Matanya. Menukarkan sesiapa menjadi batu.

'Kitsu kau ada cara tak nak lawan dia ni? '

"Pastikan kau tak terkena bisa hijaunya. Jangan tengok matanya juga bila ianya bercahaya. "

'Itu sahaja? '

Wushh!!!

Angin tiba tiba bertiup kencang. Aku menutup mata kerana takut habuk masuk.

"Luke bekukan taufan ni! "
Kata Kitsu

"Baik! "

Aku menghilangkan kuasa Masa dan menarik nafas. Kuasa Ais aku tumpukan sepenuhnya.

Aura Biru aku sedikit demi sedikit bertukar hitam.

Ais kegelapan!

Ini kah yang dikatakan kuasa Lost Aura? Boleh menukarkan Aura Suci kepada Aura kegelapan! Nice!

ELEMENTAL KEGELAPAN [C]Where stories live. Discover now