Chapter 67 Forbidden Love

2.9K 268 42
                                    

Shiro dan Luke menentang Yurei dengan ganas! Mereka sama-sama bertempur dan menggunakan kuasa sepenuhnya!

"Hiarghh!!!! "

Luke menjelma dibelakang Yurei lalu melibas kaki ke atas! Yurei membongkokkan tubuhnya dan melayangkan tendangan dengan memusingkan badan sebanyak 180° kesisi! Kepala Luke terteleng ke kanan dikala kaki Yurei terkena mukanya!

DUUSHHH!!

Shiro pula mengambil kesempatan itu, dia menolak tubuh Luke kebelakang lalu melayangkan satu penumbuk di muka Yurei sehingga lelaki itu terpelanting kebelakang!

"Kau okay Luke? " soal Shiro tanpa memandang rakannya. Luke mengesat darah dibibir.

"Aku okay, thanks sebab tolak aku. " balas Luke dengan nada sarcastic. Shiro sekadar senyum lalu meningkatkan aura kegelapanya. Luke juga berbuat sedemikian!

Yurei yang terhempas tadi, membenamkan pedang yang diseru untuk menghentikan dirinya daripada terus terseret kebelakang! Dia mengetap gigi kegeraman! Aura ditingkatkan!

"HARRGGHHHH!!! "

ZUUUMMMM!!!

Sebaik sahaja tanah disekeliling mereka bertiga retak, terus 3 susuk tubuh itu meluru kearah satu sama lain! Shiro yang pertama sampai kepada Yurei membuat tendangan daripada atas kebawah! Yurei mengelak tendangan itu lalu mencengkam kaki Shiro! Tubuh Shiro dipusing 360° daripada kanan lalu dilemparkan ke arah Luke!

Luke yang perasan akan hal itu tersengih. Shiro yang melayang dan ingin merempuhnya juga tersengih! Luke berhentikan larian lalu memusingkan badanya 360° darjah bersama kaki yang diayun! Shiro memusingkan badanya! Tak lama kemudian, Kaki Shiro elok mendarat dikaki Luke dan melayang ke arah Yurei dek kerana impak tendangan Luke!

"KASI SATU PENUMBUK SHIRO!! "

"SURE!!! "

DUSSHHH!!!

Penumbuk Shiro dan Yurei bertemu! Angin bagaikan puting beliung disekeliling mereka! Tak lama kemudian Shiro mencengkam tangan Yurei! Kaki naik melilit lengan lelaki itu! Yurei yang jelas terkejut bertabah terkejut apabila Luke betul-betul dihadapanya! Mata hitam remaja itu bercahaya begitu juga corak ditanduknya! Kuku remaja itu mula memanjang, 9 ekornya meliuk garang!

"LAST TAIL! BLAZER CLAWS!!! "

DDDDUUUUUUSHHHH!!!!

Yurei muntah darah dikala cakaran Luke menoreh panjang dadanya!

"ARGHHHH!!! "

"YOUR TURN SHIRO!! " Luke membuat lompatan balik kuang kebelakang! Shiro tersengih sinis! Lilitan ditangan Yurei dilepaskan! Apabila kakinya mencecah tanah, Larva kegelapan mengelilingi kakinya itu! Tak berlengah, terus satu tendangan maha kuat menghentam dada Yurei!!

"DARK DRAGON! PUNISHMENT FROM HELL!!"

DUUSHHH!!!

Mata Yurei terbeliak besar! Badanya terasa bahang panas yang tak terhingga! Tendangan Shiro membuatkan dia terseret jauh! Yurei mengelumpur dan melolong kesakitan! Larva hitam itu memamah armour miliknya! Dek kerana tidak tahan dengan kepanasan yang maha dahsyat, Yurei membuka Armour miliknya.

Nafasnya termengah-mengah. Badanya juga berasap hebat! Luke dan Shiro hampir melompong melihat wajah Yurei yang sebenar.

"Emy.. "

".. Riel? "

Serius! Wajah Yurei hampir serupa dengan Emyriel! Versi lelaki! Yurei meludah kesisi dengan wajah bengis. Kemudian Shiro tersentak apabila teringatkan perbualanya dengan Ryuzaki dan Celeste.

ELEMENTAL KEGELAPAN [C]Where stories live. Discover now