Chapter 18 Chat with the King

4.5K 323 22
                                    

Sebuah motosikal berkuasa tinggi masuk ke pekarangan Istana yang Gah berdiri. Dia memberhentikan Motosikalnya di Sebuah tempat Parking Motosikal khas untuk para Guardian.

"Haaiihh.. cuti cuti pun nak kena buat keja, apalah nasib. " keluhnya lalu membuka helmet dan berlalu pergi masuk ke dalam istana bersama satu File merah bercorak keemasan.

Tok'

Tok'

Tok'

"Nama dan tujuan ke mari. "Sahut Raja Kaisar didalam biliknya sambil membaca buku.

"Lance Tsuyoshi. Patik ingin menyampaikan Laporan tentang kuncu Dark Cyber. " kata Lance dari Luar.

"Masuk"

Lance berjalan masuk ke dalam bilik itu dengan tenang. Raja Kaisar tersenyum lalu menutup bukunya. Dia membetulkan kedudukannya dan menghadap Lance.

"Tuanku, patik-"

"Lance, berapa kali saya cakap jangan terlalu formal kalau tak ada orang dekat sini. Lupa dah ke? " ujar Raja Kaisar mesra.

"Ala.. tuanku ni, bukan selalu, lagi pun boleh feeling feeling sikit macam citer dulu dulu. Kan? kan? "
Balas Lance pulak.

"No. Beta titahkan kamu untuk mengikut arahan! " kata Raja Kaisa Acah tegas.

"Mmm... mula dah gila kuasa dia.. " kutuk Lance selamba.

"Aiii... itu pun digelar gila kuasa ka? "

"Tak tahu, hentam jelah gila kuasa, jangan tuanku gila sudah.. " kutuk Lance selamba.

"Pandai kamu kan? "

"Memanglah saya pandai, kalau tak, tak nya Kyo bagi gelaran 'The Most Annoying person' pada saya. "

Pfftt..

Hahahah..

Akhirnya bilik itu bergema dengan gelak tawa mereka berdua. Inilah sebab kenapa Raja Kaisar disayangi oleh rakyatnya, kerana sikapnya yang mesra, prihatin, jujur dan adil dalam pentadbiran.

"Ehem! Baiklah Lance boleh kamu terangkan apa yang berlaku sebenarnya semasa perbincangan kamu dengan kuncu Dark Cyber itu? " soal Raja Kaisar mula serious.

"Baiklah, sebenarnya tak ada apa yang dibincangkan sebab Rei tidak mahu berkerjasama, Tambahan pula.. " Lance mengeluarkan satu kertas dari File tadi, lalu diserahkan kepada Raja Kaisar. Raja Kaisar terkejut melihat gambar yang tertera di atas kertas itu.

"Ini.. "

"Kurayami,King Of Destruction . Dark Cyber, they want to rise him. "

"WHAT?! "

"Yeah, pada mulanya saya pun tak percaya tapi... " Lance melihat gambar yang berada di dalam genggaman Raja Kaisar.

".. bila saya tengok kes beberapa bulan lepas tentang kehilangan 3 Cristal Key dari tiga Kerajaan iaitu Emarald,Orochi dan Verlliant , ini boleh menjadi bukti tujuan mereka. " terang Lance

"Kerajaan Emarald menjaga Cristal Of Tear, Kerajaan Orochi Cristal Of Fate dan Kerajaan Verlliant Cristal Of Despair. Kesemua Cristal ini adalah Kunci yang mengunci Kurayami. Tapi Cristal yang mengunci Daemon itu ada lima dan dua Cristal itu pula ialah.. " kata kata Raja Kaisar terhenti seketika.

"Cristal of Death dan Cristal of Life bukan? " soal Lance.

Raja Kaisar mengangguk sambil berpeluk tubuh pada kerusi di biliknya itu.

"Dua Cristal Key tu telah hilang dan masih belum dijumpai. Cristal of Life hilang setelah kelahiran puteri Raja Emerald iaitu 17 tahun yang lalu. Cristal of Death pula telah dijaga oleh satu puak yang telah banyak melahirkan Pengguna Elemen dari kegelapan. Mereka jugalah yang banyak membantu dalam mengawal Elemen Elemen itu. Cristal itu hilang 19 tahun yang lalu. Nama puak yang menjaganya juga sama dengan Dua orang pelajar yang menjadi kegemaran Guardian Leon.... " kata kata Raja Kaisar dihentikan seketika. Dia melihat ke arah Lance dengan senyuman.

ELEMENTAL KEGELAPAN [C]Where stories live. Discover now