Chapter 47 Welcome To Hell!

3.4K 290 59
                                    

3 hari sudah berlalu. Luke masih belum sedar dari pengsannya. Ini mengundang rasa risau yang teramat terutama kepada Fuyu. Gadis itu setia menjaga lelaki yang sudah mendapat tempat di hatinya walaupun belum meluahkan rasa. Begitu juga dengan personalitynya yang satu lagi.

"Luke bangun lah. Fuyu dan Ara dah lama tunggu Luke ni. "

Ujar gadis itu bersama tangannya menggenggam elok tangan remaja lelaki yang masih tertutup matanya. Bahu Fuyu kemudian terasa seperti di tepuk lalu di tolehnya muka ke kanan. Akari!

"Dahlah Fuyu. Baik awak pergi makan dulu. Dari semalam awak tak makan. "

"Tapi-"

"Fuyu.. kalau awak tak jaga pemakanan awak macam mana nak hadapi peperangan nanti? "

Soalan maut itu terus mengunci bicara Fuyu. Ya, orang yang dipanggil oleh pengetua 3 hari yang lepas telah di maklumkan tentang peperangan yang ingin dilancarkan oleh Dark Cyber. Terkejut mereka semua terutama remaja yang berumur baru 14 tahun.

Flashback

"Tapi kenapa kami? " soal Hinari bersama Marina di sebelahnya.

"Kamu semua ada potensi untuk menyertai peperangan kali ini. Jangan risau. Kesemua remaja yang berumur 14 tahun ke bawah hanya akan bertarung di kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut. "

"Tapi bukankah lebih elok jika General Guardian yang menjaga tempat itu? " soal Yukari walaupun wajahnya tidak menunjukkan riak.

"Ya. General Guardian juga akan membantu di tempat itu. Lagi pun ini arahan Putera kedua. "

Kesemua di situ tergamam.
Putera kedua?

"Apa kaitan pula dengan Putera kedua? " kini Ariane pula yang memutarkan soalan.

"Apa yang saya tahu, dia mendapat cadangan, untuk masukkan kamu berempat dari seorang gadis. "

Sekarang makin pelik mereka jadinya. Putera kedua? Seorang gadis? Apa ni!

"Apa apa pun, Lucia, Aiz dan Rid akan berada dalam pasukan Guardian Kyo. Akari, Ayana dan Ayumi berada dalam pasukan Guardian Leon. Jangan risau dia sudah mengetahui hal ini. Fuyu pula akan berpasangan dengan Luke dan bergabung kekuatan dengan pasukan Warrior yang turun di medan peperangan nanti. Jadi saya nak kamu semua bersiap sedia dari sekarang. "

End Of Flashback.

"Peperangan... "

Ujar Fuyu sayu sebelum memandang Luke. Dia bangun lalu mendekatkan dirinya ke muka Luke. Bibirnya elok mendarat di atas dahi lelaki itu.

"Cepat bangun ya? "

Ujarnya lalu beredar untuk makan. Akari tersengih. Suka dia melihat rakannya di perlakukan seperti itu. Kasih sayang yang indah.

"Dah, dah lah tu pengsan. Dah kena cium pun still tak bangun. Begong! "

Terus Akari menumbuk lembut bahu rakannya itu. Lukse ketawa sebelum membuka matanya.

"Kau dah tahu eh? "

"Dari semalam lagi. Kau ingat aku tak tahu yang kau dah bangun dari semalam? "

"Hahaha...yelah yelah. "

Ujar Luke sambil merehatkan badannya di kepala Katil. Di memandang katil abangnya yang sudah tidak berpenghuni. Abangnya sudah bangun 2 hari yang lepas. Tapi mukanya dingin sahaja. Seperti ada sesuatu yang mengganggu dirinya.

"Jadi? " soal Luke.

Akari memahami apa yang disoal oleh Luke kepadanya. Dia tersenyum.

"Jangan risau, Shiro dah bawak Kak Ayrina dan yang lain lain ke tempat yang selamat 2 hari lepas. Hanya Iroha yang akan ikut dia pulang. Cumanya.. "

ELEMENTAL KEGELAPAN [C]Where stories live. Discover now