Chapter 26 Guardian Meeting

4.4K 310 26
                                    

Seorang gadis berambut hitam bermata merah, bersama seorang lagi sahabatnya yang berambut pink dan mempunyai sepasang mata yang berlainan warna, berbaju guardian berdiri di sebuah bilik mesyuarat.

Gadis berambut hitam itu melihat ke arah rakannya dengan pandangan yang kelihatan risau.

"Semuanya akan okey, Emy. Relax, aku ada. " pujuk gadis berambut pink itu.

"Macam mana kalau mereka ingin berbincang pasal hukuman ke atas Shiro? Macam mana kalau mereka nak dia dimasukan ke dalam penjara Crustal? Saya tak nak!"

"Oit! Kau relax boleh tak? Okey tarik nafas... Lepas. Tarik. Lepas.... dah ok? "

Emyriel buat apa yang disuruh Akemi. Dia kena bertenang. Tenang.

Tiba-tiba dia memengang bahu Akemi lalu menggoncangkannya.

"SAYA TAK BOLEH BERTENANG AKEMI!!! "

BOKKK!!

"Hoi gila! Tenang sikit boleh tak? Aku tahu lah dia tu 'King in your heart' tapi jangan risau sangat boleh tak? " marah Akemi apabila sahabatnya itu asyik gelabah dan tak tenteram.

Emyriel menggosok kepalanya yang di luku oleh Akemi.

"Dah dah jom masuk"

Terus Akemi menarik tangan Emyriel dan menolak pintu kayu antik didepannya.

Apabila mereka masuk sahaja, mereka berdua tergamam.

"Tuanku Kaisar! "

Terus mereka menunduk hormat. Raja Kaisar hanya tersenyum lalu mengangguk apabila mereka mengangkat muka.

"A-apa yang Tuanku buat di sini? " soal Emyriel segan.

"Beta hanya datang kemari untuk berbincang dengan kamu semua, " kata Raja Kaisar tersenyum.

"Ah, dan lagi satu tidak perlu terlalu formal dalam mesyuarat ini okey? " soalnya dengan senyuman. Semua didalam bilik itu tergamam. Sebelum sempat Emyriel berbicara satu suara sudah menyampuk.

"Laa... Tuanku ke yang datang. Patutlah kereta diraja ada di banggunan guardian ni. Asal tak cakap awal-awal? kalau tak,boleh saya belanja kopi. "

Kata cikgu Leon selamba. Kemudian dia tanpa malu atau segan, duduk di sebelah kanan Raja Kaisar. Sekali lagi orang di dalam bilik itu tergamam. Selamba gila.

"Yelah tu nak belanja Kopi. Nak belanja saya kertas pun payah, ada hati nak belanja kopi yang mahal tu. " seloroh Raja Kaisar.

"Haha Tuanku kena faham saya berjimat. "

"Sangat. "

Terburai gelak tawa mereka berdua. 5 orang Guardian termasuk Emyriel dan Akemi hanya boleh berdiam diri.

"Laa... Emyriel, Akemi terjegat apa lagi? Duduk lah. " pelawa Cikgu Leon.

Emyriel dan Akemi hanya akur lalu duduk di kerusi pada meja yang panjang atau meja Mesyuarat itu.

Kini didalam bilik itu hanya ada 7 orang sahaja termasuk Raja Kaisar.

"Leon, semua dah ada didalam bilik ni ke? " soal Raja Kaisar.

"Ermm... Belum lagi. Ada lagi 4 orang yang masih belum masuk. Salah seorang dari Mereka pula masih dalam Misi dia. So lagi 3 orang lah. " terang Cikgu Leon

"Misi? "

"Misi untuk sebulan. "

"Siapa yang lakukan misi tu? "

"Haaihh...Silent. "

Jawab Cikgu Leon ringkas sambil mengeluh. Raja Kaisar hanya mengangguk Faham.

ELEMENTAL KEGELAPAN [C]Where stories live. Discover now