Chapter 55 You must protect her

3.2K 299 106
                                    

Shiro POV

Gila! Semua ni gila!

"Hahaha..! Pandang belakang woit! "

Aku yang tergamam dengan suara itu terus berpaling kebelakang seraya menghayunkan pedang Dark Fire aku! Lagaan Scythe dan pedang meretakkan kawasan sekeliling sehingga tanah tanah naik keatas! Aku mengetap gigi kegeraman apabila Eren cuba menghayunkan tendangan pada rusuk kiri ku! Aku menolak Scythe miliknya seraya menjarakkan diri darinya.

"Kau terlalu terbuka.!! "

"Apa?! "

BBBBAAAAMMMMM!!!

Satu tumbukan mengena tepat pada pipi kananku membuatkan aku tercampak jauh kebelakang! Aku mencacak pedangku kedalam tanah untuk memberhentikan aku dari terus terseret. Aku meludah darah kesisi. Dari jauh aku dapat melihat Eren tersengih manakala King Aiken serius seperti selalu. Nafas aku tercungap-cungap dek kerana serangan yang bertali arus dari mereka bertiga. Bertiga?

"Perhatikan setiap musuh yang berada disekeliling..! "

Aku menoleh kebelakang bersama mata yang membulat. Masa seakan bergerak perlahan apabila bilah pedang dihayunkan oleh Ryuzaki!

SSSSSLLLAAASHHHH!!!

"ARGHH!!! "

Aku mengerang kesakitan apabila aku tidak sempat mengelak serangan itu. Badan ku menjamah satu libasan serong di bahagian belakang sehingga darah hitam ku mula keluar dengan banyak.

Terus aku melutut seraya kedua belah tanganku cuba mengimbangi diriku. Nafas aku Sesak. Darah pula semakin galak keluar.

"Hey hey.. kau okey kan? Err.. ke aku yang dah melebih ?"

Soal Ryuzaki dalam masa yang sama kelihatan risau. Aku menggelengkan kepala seraya mengangkat tangan. Kecederaan di belakang semakin sembuh. Kuasa healing aku disini lebih cepat daripada di bumi.

Eren dan Aiken datang kearah aku yang terkial kial bangun.

"Kuasa kau terlalu lemah Shiro. " ujar Aiken dalam nada tegas. Aku hanya berdiam diri.

"Well, tak boleh nak salahkan dia. Lagipun kuasa dia terbuka semasa dia masih kecil. Dan tak ada siapa nak ajar dia kawal kuasa tu. " kata Eren cuba membela.

"Tch. Tapi Hakuryu ada kan?apa masalahnya. Boleh aje naga tu ajar. Kenapa? Dah lemah sangat sampai tak boleh nak ajar budak ni? Heh, ingat boleh lah pakai. Padahal tak berguna. "

"Ayahanda... "

"Dah lah. Disini sahaja latihan kita. Aku tak berminat nak mengajar yang lemah. "

Terus King Aiken berpaling. Eren pula sudah garu kepala sambil mengcekak pinggang. Ryuzaki pula tersenyum kelat.

"Aku tak kesah kau nak cakap apa kat aku, tapi.. "

KKTTINGGGG!

Bilah pedang raja Aiken bergema apabila bertembung dengan pisau belati yang disaluti api kegelapan! Mudah sahaja dia menangkis serangan hendap itu. Matanya tajam memandang aku.

".. jangan sesekali kau cakap benda buruk tentang Hakuryu. "

Ujarku dengan nada suara yang tegas. Mata merahku bersinar warna darah pekat.

"Kau sayangkan naga bodoh tu? "

"Aku cakap jangan hina dia lah!! "

SSSRRRRAANGGG!!!

ELEMENTAL KEGELAPAN [C]Where stories live. Discover now