Chapter 57 Hello Wife..

3.3K 279 239
                                    

Luke masih tergamam dengan kehadiran Arata. Perlahan-lahan dia berada dalam mode menyerang tetapi terbantut apabila Arata mengangkat tangannya.

"Tenang. Aku nak bercakap dengan kau kejap. Lagi pun kalau aku serang kau, itu hanya tempah maut, memandangkan aku di istana Raja. Jadi Chill lah bro. "

Ujar Arata seraya menyeluk tangannya kedalam poket. Luke pula masih ragu-ragu. Arata membuat muka bosan.

"Lantak kau lah. Aku datang sebenarnya nak tanya kau ni. Kau jawab ek? " soalnya selamba.

"Apa kau nak tanya? "

"Ni ibu kau kan? "

Terbutang mata Luke apabila Arata mengeluarkan sekeping gambar seorang wanita yang berambut oren panjang paras pinggang.

"Macam mana kau.. "

"Betul lah kan? Lagi pun dia kekadang buat benda bodoh gak macam kau di tempat kami. "

"Oit! " terus mata Luke menjegil kearah Arata yang sengih innocent.

"Huwoo.. taniah Luke! Kau sudah terkenal dengan sikap bodoh kau! " Kata Kitsu bersama tangan ditepuk-tepuk. Bangga. Siap sapu air mata lagi!

"KITSU!! "

Terus dicengkamnya badan ketot Kitsu yang dari tadi sedap landing diatas kepalanya. Tak padan dengan kecik, aku tendang masuk dalam sungai nanti baru tahu!

"Pergi balik dunia spirit kau tu!" Marah Luke yang masih mencuba mengangkat Kitsu dari kepalanya. Menjerit Luke sakit apabila Kitsu menggunakan kukunya dan mencengkam rambutnya pulak!

"Woi! Sakitlah setan!! Lepaslah!! "

"Nooo!!! Tak nak!! Kitsu nak duduk atas sini!! "

"Menggediklah kau!! "

Arata yang menjadi penonton tak berbayar, hanya duduk diatas tanah sambil makan betih jagung yang entah dari mana datangnya. Lantaklah, janji drama tak rasmi menjadi tatapan mata. Jejak kasih antara Musang jantan dan Luke jantan!

"Bla lah Author! " kata Kitsu dan Luke serentak.

Aku pulak yang kena.

"Dah dah lah korang ni. Aku datang nak bincang, bukan tengok korang bertekak. "

Ujar Arata seraya bangun dari duduknya. Luke menghela nafas berat lalu membiarkan sahaja Kitsu dikepalanya. Kitsu pula sudah tayang sengih bersama ekor yang digoyangkan kiri dan kanan. Seronok letuuww.

"Jadi macam yang telah disahkan oleh kau, dia ni ibu kau yang telah lama hilang atau lebih tepat sudah mati. "

Luke hanya mendengar. Sempat juga dia menelan liur apabila perkataan mati ditekankan oleh Arata. Pahit. Tetapi dia harus terima.

"Jadi... ibu aku memang.. dah mati? " soalnya kelat.

"Ya."

"Habistu.. kenapa dia masih ada didepan mata aku masa di medan perang? "

"Perjanjian. "

"Huh? "

Kening Luke bertaut kerana keliru. Arata pula hanya tersengih. Tangan dimasukkan kedalam poket seraya berjalan mengelilingi Luke.

"Yes, perjanjian. Dia melakukan perjanjian dengan seseorang untuk berkongsi nyawa supaya boleh teruskan hidup. Malangnya seseorang yang telah dia berjanji.. ialah orang yang keji atau lebih tepat Riz. "

"Riz? "

"Riz ialah perisik Dark Cyber yang dihantar oleh Yurei dan salah seorang jeneral terkuat. Dia yang rancang semua bencana yang melanda di Grandiflora. Termasuklah,kes Guardian membelot negara. "

ELEMENTAL KEGELAPAN [C]Where stories live. Discover now