Chapter 54 (part 4) Royal Siblings

3.1K 294 117
                                    

"Luke.. "

Tegur seseorang membuatkan Luke tersentak. Terus dipalingkan badanya kebelakang. Matanya membulat sebaik sahaja bertembung dengan mata yang berwarna biru yang sudah berair.

"Fuyu.. "

Dengan spontan badannya di peluk erat. Darah daripada Demon dan Daemon di badan Luke tidak dihiraukan. Luke yang tergamam membalas pelukannya pelahan lahan.

Hujan mula menitis. Menangis dan membasahi dunia. Peperangan pertama sudah tamat dan peperangan terakhir bakal menyusul.

"Thanks.. god.. thanks for saving him. "

Ucap Fuyu dalam sendu didakapan Luke. Hujan yang membasahi diri mereka tidak dihiraukan. Luke tersenyum. Ubun-ubun Fuyu di cium sayang. Rambut hadapannya menutupi mata. Air mata yang sedari tadi ditahan akhirnya tumpah jua dilindung hujan. Wajah Shiro dan Emyriel mula bermain di fikirannya. Begitu juga wajah ibunya.

"Did we have a chance to win the war? "

***

"Urgh.. "

"Katsu..? "

Ujar Anne apabila Katsu mula bergerak . Sudah 2 hari berlalu sejak peperangan tak diduga itu. Dan 2 hari jugak Katsu terlantar di hospital yang masih boleh beroperasi. Banyak kerosakan yang telah berlaku di Grandiflora. Kematian seorang Guardian, pembelot dari unit Guardian dan juga kemusnahan di setiap kerajaan serta kematian ramai tentera...

Ianya seperti petanda untuk kemusnahan Grandiflora..

Itulah apa yang difikirkan oleh rakyat tika ini.

Kemenangan?

Tersangat samar.. terlalu samar.

"A-Anne..? Ak-"

"Shh... jangan banyak bergerak. Badan kau tak cukup kuat lagi. Baringlah. "

Katsu hanya akur apabila Anne menolak dadanya untuk berbaring semula. Badan Katsu di balut dengan kain pembalut luka dari bahu kanan ke pinggang dan di sekeliling bahagian perut hingga dada.

Kesunyian memenuhi bilik itu sehinggalah Katsu mengambil keputusan untuk bercakap. Dia menarik tangan Anne lalu mengangkat muka Anne yang sedari tadi menunduk. Katsu tersenyum kelat melihat air mata gadis itu menitis.

"Hey.. hey.. no need to cry.. I'm here and alive.. "

"Tapi kau cedera Kat... kau cedera teruk... mana janji kau? Pulang dengan selamat dan sentiasa di sisi aku? "

Anne mula menangis membuatkan Katsu sebak. Terus di tarik gadis itu kedalam pelukannya. Dia berdecit perlahan apabila luka di perut menyengat tetapi tidak diedahkan. Bahu Anne yang terhinjut kerana menangis diusap perlahan.

"Sorry Pinky... "

"Kau jahat Kat.. kau jahat.. "

"I know... "

Tersenyum Katsu mendengar luahan kecil Anne. Selamat dia ditempatkan di bilik private, kalau tak lagi dia nak bersweet dengan Anne.. hahaha...

"Lahaii.. dalam diam mengatal jugak Abang Katsu ni kan abang Keizo? "

Soal seorang gadis yang muncul tetiba membuatkan Katsu dan Anne menjarangkan diri antara satu sama lain. Katsu memandang gadis itu kegeraman.

"Sibuk lah kau! "

"Eii!! Tak padan dengan sakit, ada hati nak bertekak."

Dengan selamba gadis itu mencubit bahagian perut membuatkan Katsu mengerang sakit! Kejam punya adik!!

ELEMENTAL KEGELAPAN [C]Where stories live. Discover now