58

149 19 8
                                    

reader pov

hwarin dan jimin kini sedang menikmati keindahan di pantai Jumeirah.

sudah seminggu mereka berada di sana atas urusan kerja dan masih lagi berbaki 7 minggu.

bukan sahaja hanya mereka berdua, tetapi ada juga pekerja lain yang turut mengikuti rombongan kerja tersebut.

berkenaan hal syarikat di bawah hwarin, ekonomi syarikatnya juga sudah kembali stabil dan normal seperti sedia kala.

semuanya kerana bantuan jimin.

hwarin sangat terhutang budi malah perasaan sukanya terhadap lelaki yang bakal menjadi seorang bapa itu semakin bercambah membuak buak setiap hari.

lagi jimin melayan dia sangat baik sekali.

dan dia yakin, ini adalah masa yang sangat sesuai untuknya

¤

hwarin pov

" jimin, dah lama saya nak beritahu awak hal ni " kata aku semasa kami sedang berehat menikmati pemandangan malam di negara maju ini.

" ya, apa? seperti serius je "

" saya cintakan awak, saya dah mulai rasa sayangkan awak jimin. lebih dari seorang kawan. "

" hahaha awak bergurau je kan rin. saya dah beristeri dan kami dah dikurniakan zuriat. "

" tak jimin, tapi saya betul betul mencintai awak. "

" awak hanya terhutang budi dengan saya, hwarin "

" saya yakin dengan perasaan saya jimin "

" maaf, tapi saya tak boleh terima " jimin pantas beredar meninggalkan aku untuk ke bilik hotelnya.

sekali lagi aku disakiti walaupun aku cuba untuk berlembut dengannya.

¤

irene telah meletakkan jawatannya sebagai seorang guru sebaik sahaja hubungannya dan jimin pulih. dia tidak mahu lagi bertemu dengan suho walaupun sebagai teman sekerja.

dia tidak mahu hubungan suami isteri mereka rosak hanya kerana suho.

walaupun begitu, kepergian jimin ke dubai diketahui oleh suho. suho berkeras mahu berjumpa dengan irene.

suho kerap datang ke rumah irene dan mengganggunya.

tapi, suho mempunyai agenda tersendiri. dia telah mengupah pekerja untuk mengikut jimin dan hwarin di dubai.

dan ternyata kemesraan antara hwarin dan jimin tidak dapat dinafikan lagi.

jadi dia mahu membongkarkan segalanya satu persatu pada wanita kesayangannya.

¤

jimin pov

sebulan berlalu, masa terlalu cepat menginjak. pastinya irene sudah mencapai kandungan 5 bulan. sudah seminggu juga aku menelefonnya, tetapi tidak berangkat.

aneh. tapi mungkin dia sibuk belakangan ini membantu ommanya dalam perniagaan kek dan pastri semenjak dia sudah tidak bekerja di sekolah itu lagi.

pada mulanya aku tidak membenarkannya untuk bekerja sambilan, malangnya irene seorang yang berdegil sejak dahulu lagi. jadi aku terpaksa membenarkannya.

malam ini akan berlangsung majlis pembukaan syarikat baharu bagi kenalan rapat aku. jadi aku dan hwarin bercadang mahu menghadiri sekaligus menjadi wakil.

aku telah bersiap siap, dan kini sedang menunggu hwarin di luar bilik hotelnya. kami akan berangkat bersama sama.

tentang hal yang hwarin katakan lepas, aku sebaiknya tidak mahu mengungkit lebih kerana aku tak mahu dianggap curang. jadi aku melayaninya seperti rakan kongsi biasa.

aku tahu mungkin dia kecewa, tapi malangnya aku terpaksa berbuat sedemikian.

bunyi pintu hotel ini dibuka mempamerkan tubuh wanita yang aku tunggu kira kira 8 minit lalu.

aku tak boleh lagi menafikan, wanita ini sungguh cantik sekali.

dia cantik walaupun hari hari biasa.

dia hwarin

dia hwarin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🔫
tbc

[C] hallucination | pjm&kthWhere stories live. Discover now