6

305 45 0
                                    

flashback semasa umur 16 tahun

hwa rin pov

sebaik habis waktu sekolah, aku ditemani dahyun ke kafe DNA untuk berjumpa dengan taehyung.

aku mendapat pesanan bahawa dia berjanji mahu berjumpa aku selepas sekolahnya tamat. jujur aku katakan, taehyung seorang yang setia dan sweet. dia berusaha mahu berjumpa aku untuk setiap hari walaupun jarak sekolah kami berjauhan.

kami saling mengenali sejak di pusat tuisyen pada awal tahun dan hubungan kami semakin rapat apabila taehyung berani meluahkan perasan sebenarnya terhadap aku.

aku juga ada mempunyai perasaan yang sama sepertinya. jadi tidak salah untuk kami mencintai antara satu sama lain.

¤

reader pov

tangan pasangan kekasih itu masih lagi erat dalam pegangan masing-masing. hwa rin menemani taehyung dan jungkook yang sedang menunggu bas di perhentian.

sudah disuruh oleh taehyung untuk hwa rin pulang dahulu, tetapi hwa rin berdegil mahu menunggu taehyung. jadi diikutkan sajalah kehendak hwa rin.

taehyung pastikan hwa rin telah menghantar pesanan pada pemandu keluarga hwa rin untuk menjemputnya selepas kepulangan taehyung nanti.

dahyun pula sudah pulang setengah jam lalu kerana diminta ibu bapanya pulang segera.

jungkook melihat jam tangannya. ia menunjukkan tepat 5 petang. taehyung dan hwa rin masih lagi berbual.

jungkook menunding ke arah sebuah bas yang dari jauh telah dilihat memberikan signal untuk berhenti di perhentian bas itu pada taehyung menandakan mereka akan menaiki bas tersebut untuk pulang.

" rin, terima kasih untuk harini. " kata taehyung dengan senyuman. Dia sangat gembira berjumpa dengan hwa rin.

hwa rin menganggukkan kepalanya.

" take care balik nanti. i love you " perlahan taehyung melepaskan pegangan tangan mereka berdua.

" bye taehyung. love you too " balas kembali hwa rin pada taehyung.

🔫
tbc

[C] hallucination | pjm&kthWhere stories live. Discover now