4

398 53 1
                                    

flashback semasa umur 16 tahun

taehyung pov

nasib baik harini subjek last takde cikgu. boleh lah aku dengan jungkook keluar seawal yang mungkin.

aku telah menghantar chat pada hwa rin yang harini aku akan berjumpa dengan dia di kafe berdekatan kawasan sekolahnya.

aku dan hwa rin sudah menjalinkan hubungan jarak jauh sejak awal tahun lagi kerana kami berbeza sekolah. pertemuan pertama kami adalah di pusat tuisyen. takdir menentukan, aku dan hwa rin mengambil subjek yang sama.

jungkook juga mengambil subjek yang sama dengan kami berdua. oleh itu, jungkook turut mengenali hwa rin.

¤

reader pov

perjalanan untuk ke kafe yang berdekatan sekolah hwa rin mengambil masa kira kira 20 minit dari sekolah taehyung. hampir selang dua hari, pasti taehyung akan pergi berjumpa dengan kekasihnya. Sama ada ditemani jungkook ataupun berseorangan.

taehyung dan jungkook turun dari bas yang menjadi pengangkutan utama mereka untuk ke sesatu tempat.

" tae, nanti kau dating. aku lepak dekat pusat siber hujung tu lah. Apehal call je. " jungkook menyedut air minuman yang dibeli tadi semasa menunggu di perhentian bas.

" okay no hal " jawab taehyung. mereka berjalan ke kafe yang telah dijanjikan. apabila tiba di hadapan kafe, taehyung membelok masuk ke dalam kafe manakala jungkook meneruskan langkahnya ke pusat siber di hujung.

¤

taehyung pov

aku mencari kelibat hwa rin di dalam kafe tersebut dengan penuh teruja. ya aku nampak hwa rin dan kawan baiknya seperti biasa lalu kakiku pantas menapak ke arah mereka berdua.

" hai awak "

🔫
tbc

[C] hallucination | pjm&kthWhere stories live. Discover now