49

123 21 0
                                    

hwarin pov

apabila mata aku dibuka, aku lihat sekeliling. ini bukan hospital mahupun rumah jimin.

aku bangkit terus dari pembaringan dan aku sedar bahawa tangan aku dimasukkan tiub air.

shit. apa ni semua.

tetapi baru sahaja aku mahu bertindak dengan langkah seterusnya, kemasukan tubuh jungkook dari muka pintu sambil membawa dulang makanan langsung menghentikan niat aku tadi.

" selamat pagi, rin "

¤

" saya nak balik jungkook " dingin suara hwarin yang sudah 3 hari tinggal di rumah kepunyaan jungkook tanpa berbuat apa apa.

cuma semalam, dia masih betah di rumah jungkook memandangkan ada urusan pembahagian harta appanya bersama peguam keluarganya seharian.

dan ini sudah masuk hari ketiga. hwarin berbaring bersebelahan dengan jungkook yang tidak berbaju. mereka tidur bersama selama 3 hari ini, tetapi tidak berbuat apa apa.

lainlah sekiranya jungkook berbuat sesuatu semasa hwarin tidur. tetapi hwarin tidak merasakan sebarang perubahan pada dirinya.

¤


" rin, saya dah belikan awak rumah baharu untuk awak menetap. jadi awak tak perlu dah tinggal di rumah kawan awak tu " jungkook memandu untuk menghantar hwarin pulang kerana dia sudah mengamuk teruk tadi.

"  saya tak suruh pun awak belikan saya rumah segala macam kan ! siapa kata saya akan pindah. " tengking hwarin.

" tapi awakkan dah tukar tempat kerja gantikan mendiang ayah awak. lagipun rumah yang awak tumpang sekarang jauh untuk ke sana. " balas jungkook.

"  jangan sibuk urusan saya. saya akan tinggal di sana walau apapun yang terjadi. tempat saya disisi dia. " tegas hwarin yang tetap berdegil dengan keputusannya.

🔫
tbc

[C] hallucination | pjm&kthWhere stories live. Discover now