12

242 41 0
                                    

flashback semasa umur 17 tahun

taehyung pov

sejak dari aku mempunyai motor, sudah menjadi rutin aku untuk mengambil hwa rin dari sekolahnya selepas masa persekolahan aku tamat.

aku sudah berada di hadapan sekolahnya kini sementara menunggu hwa rin keluar. aku sendiri yang menawarkan diri. kami akan bersiar siar selepas persekolahan sebelum aku menghantarnya pulang.

aku masih lagi tidak pernah melihat ayah hwa rin kerana beliau dikatakan mempunyai urusan di luar negara. manakala omma hwa rin sudah lama tiada.

deringan loceng kedengaran menandakan waktu persekolahan sudah tamat. Mata aku terarah pada pintu pagar utama yang dibuka.

dan aku kehairanan, kenapa ramai pulak pelajar lelaki yang berwajah baru keluar dan pakaian mereka menunjukkan mereka dari sekolah lain.

ada apa apa event ke harini?

¤

reader pov

hwa rin berlari masuk ke dalam kawasan sekolahnya. harini dia terlewat kerana terbangun lewat. tergesa gesa dia bersiap dan menaiki bas untuk ke sekolah kerana pemandu keluarga mengikuti bapanya ke luar negara selama beberapa bulan.

apabila dia masuk, suasana yang dirasakan begitu riuh rendah dan seakan padat sahaja di dewan berkumpul sekolahnya.

dan satu hal lagi, ada pelajar yang memakai pakaian seragam sekolah lain. hwa rin seakan terpinga buat tiga saat sebelum bahunya disentuh oleh dahyun, teman rapatnya.

" dahyun, apa berlaku skrg ni ? kenapa tetiba ramai je, dah lah banyak pelajar lelaki pulak tu " soal hwa rin

" tadi pengetua buat pengumuman mengejut, mereka ni akan jadi sebahagian pelajar sekolah kita. sekolah kita bergabung dengan sekolah diorang. jadi pelajar akan ramai nanti " jelas dahyun dengan penuh keterujaan.

🔫
tbc

[C] hallucination | pjm&kthWhere stories live. Discover now