Bab 36

229 42 10
                                    

Sewaktu aku sedang menghidupkan enjin motosikal yang sememangnya lambat sangat nak panas, aku terlihat kelibat Imran berhampiran pintu masuk perpustakaan.

Dia yang pada mulanya hanya memerhati dari jauh, datang menghampiri.

"Mira?"

Aku senyum pada Imran. "Ya, saya."

"Kenapa bawa motor sendiri? Amar tak hantar ke?" Muka Imran masih nampak manis walau tanpa senyum. Tetapi, aku juga dapat mengesan riak risau yang terlukis pada wajahnya.

"Tak. Dia kerja. Lagipun dia sibuk dengan mak. Saya selesa bergerak sendiri. Mudah nak urus masa."

"Mira tak tinggal kat kolej lagi?"

Aku menggeleng.

"Hari-hari Mira akan bawa motor dari PJ ke Shah Alam? Seorang diri?"

Aku mengangguk. Imran menghela nafas.

"Kan bahaya ..." Lembut dan bernada memujuk.

"Insya-Allah, tak ada apa-apa." Aku tersenyum. Aku nak Imran tahu bahawa aku mampu buat semua ini. Demi mak, aku cekalkan hati.

Bila melihat aku senyum. Imran juga tersenyum. "Mira ... hati-hati. Ada masalah kat jalan, telefon saya, ya? Janji?"

Aku nak ketawa melihat riak muka Imran. Tapi aku tahan. Kenapa risaukan aku sangat? Amar pun percaya pada keupayaan aku dan percaya untuk melepaskan aku bawa motosikal sendiri. Kenapa tidak dia?

"Mira ... Janji pada saya."

"Insya-Allah." Aku mengangguk. Kasihan pula melihat Imran. Sekurang-kurangnya, kata-kata 'Insya-Allah' itu dapat meredakan kerisauan di hati Imran.

Dan aku lihat dia memaksa senyum. "Hati-hati."

Aku senyum dan mula menghidupkan semula motor. Aku masuk ke gear satu. Aku pandang Imran. "Terima kasih. Saya gerak dulu. Assalamualaikum." Dan motor lama EX5 arwah ayah aku bawa menjauhi Imran. Dari cermin sisi, aku dapat lihat Imran masih lagi memerhati.

Imran, jangan terlalu beri perhatian pada aku. Nanti kau akan kecewa. Aku berbisik pada angin yang menderu, mengharap ia membawa mesej ini kepada Imran yang pernah suatu waktu dulu berkata,

"Saya tetap suka Mira, walau berapa kali Mira tolak saya."

Aku memulas minyak. Ada lagi satu jam setengah untuk dos kedua mak. Insya-Allah, sempat aku sampai ke rumah.

****

"Macam mana?" Amar yang sedang membantu aku mencuci pinggan sebaik kami selesai makan malam, bertanya.

"Aku? Bawa motor?"

Amar angguk.

"Alhamdulillah. Ok. Tak ada masalah."

"Tukar gear lancar tak? Tersangkut-sangkut macam mula-mula dulu tak?"

"Emm ... ada juga sikit masa dua tiga hari tu. Sekarang dah nak masuk seminggu oklah."

"Esok kau balik lambat?"

"Yalah! Esok aku ada latihan silat. Habis dalam pukul 9:45 malam. Kau boleh balik sebelum pukul tujuh tak?"

"Insya-Allah. Esok kan Sabtu. Aku boleh balik awal."

Aku senyum.

"Kau tolong buang sampah ni. Tak eloklah simpan sampah dalam rumah. Sebelum tidur kena bersihkan semuanya."

"Baik, tuan puteri!" Amar capai plastik sampah yang sudah kuikat kemas dan terus keluar. Turun ke tong sampah besar di bawah flat.

Aku hanya tersenyum. Meja makan sudah aku lap. Pinggan semua sudah tersusun. Esok aku tak ada kelas. Tapi ada latihan silat selepas maghrib.

Amar AmiraWhere stories live. Discover now