Bab 21

630 81 7
                                    

"Mira ..."

            Aku langsung tidak mengangkat muka pun, memandang Amar.  Tidak pernah aku begitu.  Aku hormat Amar.  Tapi kali ini keputusan Amar buat aku sakit!

            "Kau dah di separuh pengajian, Mira.  Sabar sikit."

            Aku angkat kepala.  Tetapi tidak memandang Amar.  Aku toleh ke kanan.  Melihat ke arah pintu perpustakaan.  Ramai yang lalu-lalang.  Dan ada juga mata-mata yang memandang aku dan Amar.  Aku tak peduli.

            "Aku tahu kau sayangkan mak.  Aku pun sayangkan mak.  Dan, aku sayangkan kau. Tolong Mira.  Jangan sia-siakan peluang yang ada.  Aku dah korbankan bahagian aku.  Dan aku mengharap pada kau agar kau teruskan perjuangan dan harapan arwah ayah.  Sikit je lagi Mira. Tak lama."

            "Aku tak boleh fokus Amar.  Mak sakit.  Aku nak jaga mak.  Nak uruskan mak.  Tak guna semua impian ni kalau mak dalam keadaan menderita tak ada yang jaga!" Tinggi sedikit suara aku.

            "Aku kan ada, Mira.  Kau tak percaya yang aku akan jaga mak dengan baik?"

            "Aku percaya, cuma ..." Aku menentang mata Amar.  "Aku tak nak kau tergesa-gesa mengejar kerja dan kemudian berkejar balik untuk uruskan mak. Pergi semula ke tempat kerja. Kau kerja bawa motor ke sana sini, Amar. Bahaya!  Kau tahu tak setiap kali aku terdengar bunyi motor memecut di kawasan kampus, jantung aku semacam terhenti? Aku teringat kat kau ... Aku tak nak kau kemalangan, Amar."

            Amar menghela nafas, perlahan dan kemudian diam.

            "Amar, biarlah aku berhenti belajar buat sementara ni. Ada rezeki aku sambung.  Kita sambung sama-sama. Aku boleh ambil upah menjahit kat rumah. Mesin jahit mak yang lama tu masih boleh digunakan.  Dan, aku boleh jaga mak. Uruskan mak.  Kau boleh teruskan kerja kau.  Ya?"

            "Aku okey, Mira.  Kau teruskan pengajian kau. Tak lama pun lagi.  Lepas tu kau boleh bekerja, dapat gaji tinggi.  Kita ubah nasib keluarga kita.  Hidup memerlukan pengorbanan, Mira."

            "Ya, aku tahu, Amar. Sebab itulah aku nak berkorban. Aku nak korbankan pengajian aku demi kau dan mak."

            Amar menggeleng.

            "Tak.  Aku nak kau korbankan perasaan risau kau tu berbanding pengajian.  Kau teruskan pengajian.  Buat untuk aku."

            "Tapi-"

            "Insya-Allah.  Kau doakan aku.  Aku tahu macam mana nak uruskan masa aku."

            Dua tangan Amar memegang bahu aku. "Pandang aku, Mira."

            Aku kembali menentang mata Amar selepas aku melarikan pandangan aku ke arah langit. Cuba menahan air mata daripada gugur jika aku menunduk atau memandang ke wajah Amar. Dan... air mata itu gugur juga.

            Amar kesat air mata di pipi aku. Aku sedikit teresak. Tak mampu nak menahan sebak.

            "Insya-Allah, aku jaga diri aku baik-baik.  Kau selalu ada untuk aku kan?"

            Aku jauh Amar. Aku tak ada selalu di sisi kau.  Bagaimana kau boleh kata yang aku selalu ada untuk kau Amar?  Hanya di dalam hati bicara itu terzahir.

            "Doa kau ..."

            Amar seolah-olah mendengar bicara hati aku.  Gugur lagi dua tiga manik daripada kolam air mata aku.

            "Aku ada doa kau, dik.  Amira Qarmilah." Jari Amar mengesat lagi air yang bergenang di birai mata aku.

            Aku tak mampu untuk menahan diri daripada menyembamkan muka di dada Amar.  Mengogoi aku menangis.  Sehingga aku terlupa aku berada di mana.

Amar AmiraWhere stories live. Discover now