Bab 5

826 114 20
                                    

ARAHAN keluar baris daripada Komander Najmi amat melegakan. Sudah tak larat lagi rasanya badan aku ni nak berdiri di tengah-tengah padang kawad walaupun matahari sudah tidak kelihatan sangat.

"Saya nak jumpa semua anggota platun di bawah pokok sana," Najmi bersuara tegas sambil jarinya menunjuk ke arah sepohon pokok rendang berbunga kuning kecil-kecil, di tepi padang. Aku dan beberapa anggota platun lain mula bergerak. Ada yang berlari anak, ada yang berkawad dan tidak kurang juga yang berlenggang. Aku sekadar berjalan pantas. Tidak hormat rasanya jika berlenggang di tengah padang kawad.

"Dua bulan dari sekarang, iaitu iaitu seminggu sebelum naik semester baharu, kita akan adakan satu program tanggungjawab sosial. Program yang dikenali sebagai Kembara Iqra' ini adalah program sukarela. Sesiapa yang terlibat akan diberi markah tambahan dan saya akan pastikan A+ tertera dalam slip keputusan peperiksaan anda."

"Dua bulan? Emm ... sempat ke?" Aku menggumam perlahan.

"Hah! Bagus soalan tu."

Terus tegak kepala aku memandang komander yang selalu bermuka masam, bersuara halilintar di tengah padang. Soalan? Ada orang bagi soalan ke? Aku pandang anggota platun yang lain. Tetapi kesemua mereka sedang memandang ke arah aku.

Aku?

Ya Allah, kuat ke suara aku tadi ... aku cuma bercakap dengan diri aku sendiri. Kau memang cari fasal Mira!

"Kau, mari sini!" Najmi menuding ke arah aku.

"Ya, komander!" Aku sudah berdiri tegak di hadapan Komander Najmi.

"Apa nama kau?" Suaranya sedikit mengendur bila aku sudah berada di hadapannya.

"Amira Qarmilah, komander!" Jelas dan tegas aku menyebut namaku, tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa aku sedang sedaya upaya mengikat jantung aku agar tidak bergendang laju. Takut. Ya. Sudah tentu! Gila tak takut dengan Komander Si Limau Peram ni. Tak pernah senyum. Agaknya kalau dia senyum, mahu hujan tujuh hari, tujuh malam.

"Memandangkan masa sangat singkat, budak ni ... apa nama kau?"

"Amira, komander!" Huh, memang limau peram betul! Pelupa.

"Amira akan bantu saya untuk buat kertas kerja dan pembahagian tugas. AJK kecil akan kita pilih pada minggu depan sebaik kertas kerja Cik Amira siapkan. Ok. Semua boleh bersurai. Amira, kau kena tunggu."

Aku ke yang kena siapkan?

Aku?

Aku tak tahu apa pun. Masa ni memang aku rasa menyesal sangat bersuara tadi walaupun bicara itu hanya untuk diri sendiri. Mak! Tolong Mira mak ... Amar, aku kena buli!

Sakit mata aku bila hanya sekadar dapat melihat rakan-rakan platun beredar. Lebih sakit bila ada di antara mereka yang tersenyum mengusik sambil melambai-lambai mengucapkan selamat tinggal pada aku.

Dahlah tinggal dengan Komander Si Limau Peram!

Aku memandang rakan-rakan yang tersenyum riang. Senyum-senyumlah korang. Nanti aku bagi tugas yang susah-susah untuk korang.

Siaplah!

Sakitnya hati aku. Aku menghantar lambaian rakan-rakan platun dengan pandangan tajam. Masam muka aku. Lebih masam daripada Si Limau Peram di hadapan aku ini.

"Amira."

Bertambah laju jantung aku dengan suara yang tiba-tiba bertukar baik daripada Si Limau Peram ni.

"Ya, komander."

"Latihan dah tamat. Tak payah panggil aku komander lagi. Panggil je Najmi. Susah aku nak bekerja kalau formal sangat."

Amar AmiraWhere stories live. Discover now