Bab 24

643 94 6
                                    

Alhamdulillah. Segala-galanya dipermudahkan Allah. Kertas pertama pada hari ini, walaupun agak susah tetapi aku dapat melaluinya.  Satu permulaan yang baik bagi aku, yang sedang berhadapan dengan bermacam ujian hidup.

Terima kasih juga pada Imran. Diari Imran menjadi sumbu untuk aku mula mengukur rasa syukur dalam hati.  Yang membuatkan aku mampu untuk menyalakan api motivasi agar terus kuat berdiri, berhadapan dengan dunia ini. 

Diari Imran masih lagi aku simpan bersama sehelai baju sejuk yang sudah siap aku basuh. Insya-Allah akan aku pulangkan sebelum semester ini berakhir.

            Melangkah keluar dari dewan peperiksaan, aku tersentap!  Pandangan mata aku menangkap kelibat Najmi yang berdiri tersandar di dinding dewan.  Wajahnya seperti biasa, tanpa riak.  Tenang dan bersahaja. Tidak dipeduli mata rakan-rakan satu fakulti aku yang sudah mula memandang.

            Fitnah yang tersebar, yang melibatkan aku dan dia masih lagi belum reda.  Dan dia dengan bersahaja memunculkan diri tanpa sebarang rasa, berdosa.

            Kenapa pulak Najmi ada kat sini ...

            Hati aku tak tenang.  Hati aku tak senang.  Selepas ini aku ada satu lagi peperiksaan.  Fikiran aku mula terganggu dengan keberadaan Najmi.  Aku cuba berlagak biasa.  Melintas di hadapan Najmi tanpa memandang ke arah dia. Aku nak pergi ke perpustakaan. Duduk mengulang kaji di sana.  Lagi pula, aku puasa.  Cepat aku melangkah bila semakin hampir dengan Najmi.

            "Ehem.  Assalamualaikum."  Najmi menghalang laluan aku.  Dia tersenyum.

            "Waalaikumsalam." Aku membalas tanpa memandang ke wajah Najmi.  Najmi Saqif Dato' Mokhtar.  Tak pernah aku terfikir tentang itu.  Patutlah dengan mudah sahaja dia dapat mencari penaja sewaktu projek Kembara Iqra' dulu.

            "Jom, teman aku makan tengah hari."

            Tergamam aku.  Najmi ni jenis manusia tak ada perasaan ke?  Mustahil fitnah itu tidak sampai ke pendengarannya.

            "Saya puasa."

            "Oh! Maaf.  Kenapa asyik puasa je?"

            Aku diam.  Tidak perlu aku jawab rasanya.

"Mak macam mana?  Hari tu kata nak cari aku bila dah sampai kolej.  Telefon pun tidak.  Aku telefon, tak jawab.  Aku hantar mesej tak balas."

Aku menghela nafas. "Awak tak dengar apa-apa ke?"  Aku bertanya sebelum Meor, Fauzul dan Azrul lalu di tepi aku.

            "Terdesak sangat ke, Mira? Sampai dah tak sembunyi hubungan dengan anak orang kaya? Banyak ke kau dapat? Kalau tak pandai jaga nama sendiri, boleh tak jaga nama fakulti?" Azrul melangkah pergi.

            Aku memejam mata.  Menahan nafas.  Tanpa sedar, menggigit bibir sehingga luka.  Ya Allah.  Sabarkanlah hati ini.  Aku tak ada hubungan dengan Najmi, hubungan hati apatah lagi menyerah maruah diri. Tak ada!

Kenapa bila orang susah macam aku rapat dengan anak orang kaya seperti Najmi ini membolehkan mereka menuduh sesuka hati? Meletakkan harga diri aku di kaki untuk diinjak-injak seperti aku ni tak punya hati?

Bila aku buka mata semula, Najmi sudah tiada depan mata aku.  Aku melihat sekeliling. Dan, aku lihat Najmi sedang berdepan dengan Azrul dengan diperhatikan oleh Fauzul dan Meor Ridzuan. Aku cuak.  Nak bertumbuk ke?  Kata-kata Azrul pun melampau sangat.

"Kalau orang diam, tak bermakna dia membenarkan.  Kalau tiba-tiba tercium bau busuk, jangan melihat pada diri orang lain.  Lihat dulu di tubuh sendiri.  Hati sendiri.  Mana tahu bau busuk itu datang daripada seketul hati dalam tubuh kau!

Amar AmiraWhere stories live. Discover now