Bab 19

608 83 5
                                    

Sudah seminggu berlalu semenjak aku pulang ke rumah berjumpa mak dan Amar. Tetapi ... hati aku masih tidak tenang. Resah semakin kerap bertandang. Dan di sepertiga malam aku merayu pada Tuhan.

"Ya Allah. Kau yang Maha Melihat masa hadapan, sedangkan aku hanya merasa tanpa mengetahui apa-apa. Tidak dapat aku bezakan di antara bisikan hati dengan bisikan syaitan. Tolonglah aku Ya Allah. Apa puncanya hati aku jadi resah.

Aku mohon petunjuk-Mu. Aku mohon kasih sayang-Mu. Peganglah hatiku agar tidak tergelincir kerana aku sendiri tidak mampu memegangnya dengan iman yang tidak menentu. Tolong aku Ya Allah.

Pelihara imanku, pelihara amalku. Pelihara kesihatan dan keselamatan ibu dan abangku. Aku serahkan semuanya atas kasih sayang-Mu yang melebihi kasih sayang seorang ibu. Tolonglah aku Ya Allah ..."

Aku sujud merayu. Tidak termampu lagi untuk aku menanggungnya sendiri.

****

"Amira!"

"Amira Qarmilah!"

Aku lantas menoleh. Najmi! Aku menanti Najmi yang sedang berjalan menuju ke arah aku. Aku tak pernah berdendam. Dan aku tak pernah membenci Najmi walau sudah acapkali aku dimarahi tanpa aku mengerti.

Aku cuba tersenyum. Sebagai seorang kawan walaupun aku tahu belum tentu Si Limau Peram ini akan bertukar menjadi Limau Mandarin.

Dan ...

Dia tersenyum sebaik berdepan dengan aku. Senyum yang menyedihkan.

"Sihat?" Sepatah daripada Najmi.

Hilang senyum aku. Terdiam. Terkejut. Terkaku dan ... terkelu. Tiada nada marah atau tegas.

Aku segera mengangguk. "Sihat." Balas aku masih lagi dengan wajah terkejut.

"Aku nak minta maaf. Aku berkasar dengan kau. Aku salah faham."

"Tak apa. Saya dah lama maafkan awak."

"Kawan?" Najmi tersenyum.

"Ok." Balas aku.

"Teman aku makan?"

"Err ... maaf. Saya puasa." Wajah Najmi berubah. Memang betul aku puasa.

"Kau nak pergi mana ni?" Suaranya masih sama. Bernada rendah dan ... sayu. Tiada kemarahan seperti dulu.

"Saya nak ke fakulti. Hantar tugasan pada pensyarah." Aku jadi kekok pula dengan Najmi yang berubah tingkah.

"Aku teman kau."

"Hah? Eh, tak payahlah. Saya boleh pergi sendiri. Bukan tadi, awak kata awak nak pergi makan?"

"Tak ada orang teman. Tak seronok makan seorang." Najmi merenung aku sehingga aku rasa tak tentu.

"Kawan-kawan awak?"

"Dahlah. Jom aku teman kau pergi fakulti. Jangan buang masa. Rugi."

Nak tak nak, aku terpaksa membiarkan Najmi ikut aku pergi ke fakulti. Aku rasa tak selesa. Matilah kalau bertembung dengan rakan-rakan sekuliah. Tak pasal jadi bahan. Tapi aku tak berani nak bantah. Dia tengah baik hati dan tak marah-marah. Layankan sahaja.

Najmi jalan di hadapan. Macam dia dah biasa sahaja dengan Fakulti Komunikasi Massa ini. Sedangkan dia budak Engineering. Aku dah musykil.

"Awak-" Dan kata-kata aku terhenti bila dia menoleh memandang ke dalam mata aku.

Dia tersenyum. "Kenapa?"

"... macam dah biasa je dengan fakulti ni?" soal aku, berhati-hati.

"Memang pun."

Amar AmiraWhere stories live. Discover now