Bab 15

765 97 9
                                    

"KENAPA tinggalkan Unit Kembara?" Satu soalan yang membuatkan aku terdiam seketika.

Terkejut.

Kenapa aku kena marah tiba-tiba? Aku yang sedang elok menyusun langkah untuk ke perpustakaan terhenti bila Najmi tiba-tiba menghalang laluan. Dahlah tak bagi salam, tak tanya khabar atau sekurang-kurangnya cakap, 'Hai Amira.' Ini tidak, tiba-tiba marah aku.

"Sebab saya nak masuk Unit Silat," jawabku, tenang.

"Tipu!"

Tersentak aku. Tipu apa pulak, memang itu yang aku dah rancang sejak awal aku menjejakkan kaki ke kampus.

"Betul." Aku membalas.

"Kau tinggalkan Unit Kembara sebab aku, kan? Sebab aku garang, sebab aku selalu suruh kau buat itu, buat ini, aku kongkong pergerakan kau, aku dera kau, kan? Sebab itu kan?"

"Mana ada. Memang saya keluar dari Unit Kembara sebab nak masuk Unit silat. Saya nak belajar seni mempertahankan diri, untuk jaga diri saya sendiri. Tak ada sebab lain." Suara aku masih tenang, walaupun manusia di hadapan aku ini terus-terusan menghentam aku tanpa belas kasihan.

"Kenapa awal-awal dulu kau tak pilih Unit Silat?"

"Sebab saya nak dapatkan pengalaman di Unit Kembara dulu. Nak rasa berkawad, hidup dengan disiplin di padang kawad, mengembara sambil berdakwah ..."

Najmi berpeluk tubuh mendengar penjelasan aku satu persatu tanpa segaris senyum di wajah. Cara dia pandang muka aku tu dengan muka masam semasam-masamnya buat aku kecut. Pandangan dia tu rasanya dah boleh tembus melalui otak aku dan tembus lagi ke dinding di belakang aku.

"Kau tak ada rasa sayang walau sekelumit pun ke, dengan Unit Kembara?"

"Maksud komander?"

"Jangan panggil aku komander. Kau bukan lagi anggota platun aku dan kau bukan di bawah Unit Kembara lagi."

"Maaf."

Sungguh. Aku kecil hati dengan kata-kata Najmi.

"Kau tak rasa apa-apa ke bila kau buat keputusan untuk tinggalkan rakan-rakan satu platun dengan kau? Yang pernah menjayakan aktiviti luar bersama? Yang pernah tidur satu khemah dengan kau, yang pernah memasak di tengah hutan dengan kau?" Najmi melepaskan satu-satu soalan pada aku, tanpa henti. Umpama anak panah yang menghujani di medan perang.

"Atau kau memang jenis yang tak ada perasaan?"

Keras sungguh tuduhan Najmi. Pedih. Tercalar hati aku. Kata-kata dia ibarat sebilah pedang yang dilibas laju ke dada aku, menembusi dan melukai hingga ke dasar hati. Besar sangat ke salah aku bila aku meninggalkan Unit Kembara? Semua yang meninggalkan unit ini akan menghadapi tuduhan sebegini ke? Sungguh aku tak faham.

Dan aku cuba bertenang. Api dengan api hanya menambah bahang. Aku tarik nafas dalam-dalam dan melepasnya perlahan. Aku sudah biasa berhadapan dengan penghinaan. Di fakulti aku pernah dikatakan sebagai budak ulu. Di rumah flat aku pernah dituduh anak dara yang tidak bermaruah, pulang lewat hingga matahari sudah beradu.

Dan kini aku dituduh tidak punya perasaan walau sekelumit rasa sayang pada rakan-rakan. Aku dah biasa, dan aku tak perlu nak melatah dengan mudah. Dia bukan siapa-siapa, hanyalah seorang bekas ketua.

Kalau dia tak ingin aku memanggilnya dengan panggilan yang menunjukkan rasa hormat aku pada dia, iaitu panggilan komander ... aku akan ikutkan.

"Saya tak tahu apa yang menyebabkan awak marah-marah saya, Najmi. Saya keluar dari Unit Kembara kerana saya punya cita-cita. Perancangan hidup yang sudah saya atur sebaiknya.

Amar AmiraWhere stories live. Discover now