Part 50 - Bakal ibu

34.6K 856 2
                                    

Hari ini akan dilangsungkan majlis pertunangan antara Farah dan Fikri Harris di kampung halaman Farah di Kedah.

Rumah Farah yang penuh dengan sanak saudara dihampiri. Kereta Audi milik Radhwan elok terparkir di tepi jalan kampung itu. Mereka berpakat untuk menyewa chalet yang terdapat di kampung itu. Kata Airen tidak mahu menyusahkan mana- mana pihak. Keluarga Husna ada menjemput mereka untuk bermalam di rumah itu. Tetapi, pelawaan itu ditolak lembut dengan alasan tidak mahu menyusahkan keluarga bekas tunangnya itu.

Airen berjalan masuk ke dalam rumah manakala Radhwan menghampiri sekumpulan lelaki yang rancak berbual. Keluarga arwah Husna juga terdapat di situ memandangkan pertalian rapat sejak kecil.

"Yey... Ibu mengandung dah sampai" kata Farah gembira apabila melihat Airen di muka pintu biliknya. Tubuh Airen dipeluk kejap. Gaun pengantin putih yang tersemat di tubuh menyukarkannya untuk bergerak.

Airen melabuhkan duduk di birai katil yang penuh dengan dulang hantaran. Terasa penat pula berjalan dari kereta tadi. Dengan cuaca terik membuatkan tekaknya haus.

"Mana cik abang kau?" Soal Farah. Kepalanya terjenguk memandang luar tingkap biliknya. Di mana ada Radhwan, pasti akan ada Harris. Hehehe...

"Dekat luar. Sembang dengan ayah Husna" jawab Airen bersahaja. Minuman yang tersedia di sisi meja dicapai dan diteguk rakus.

"Kandungan okay?" Soal Farah lagi. Tangannya yang berinai menyentuh perut Airen yang sedikit berbentuk.

"Okay jer. Minggu lepas baru je pergi check up" jawab Airen. Matanya meliar mencari kelibat dua orang sahabatnya iaitu Aimi dan Qaseh. Tu tak lain tak bukan pergi selfie tepi sawah la tu. Macam tak ada kerja lain.

"Kau kena makan banyak buah and sayur okay. Susu jangan skip" nasihat Farah. Nutrisi yang cukup dapat memberi kesihatan kepada kandungan.

"Baiklah nurse" Airen berkata malas
Nasib la ada kawan nurse, setiap masa kena bebel tentang pemakanan.

Seketika kemudian, Aimi dan Qaseh melangkah masuk ke dalam bilik. Berbagai cerita yang keluar dari mulut masing- masing.

"Ha.. ni! Esok dengan Radhwan nak melawat kubur Husna. Korang nak ikut?" soal Airen kepada kawan- kawannya.

"Okay jer. Harris hari tu pun dia kata nak pergi melawat" balas Farah. Aimi dan Qaseh pula hanya mengangguk. Mengiakan kata- kata Farah.

"Pergi ramai- ramai lagi bagus" kata Aimi gembira. Iedlan iaitu suaminya yang sibuk berbual dengan Radhwan dan Harris di luar rumah dikerling sekilas. Kalau dah jumpa geng tu, bini pon dia boleh lupa.

_________

Minggu hadapan, semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan yang penuh mulia dan barakah iaitu bulan Ramadan. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana diberi kesempatan bertemu dengan bulan Ramadan pada tahun ini.

Radhwan dan Airen berada di pasaraya untuk membeli barangan dapur yang hampir kehabisan. Puan Sri Rahayu merancang untuk berkumpul, berbuka puasa seisi keluarga. Makin meriah la dengan kehadiran Arissa dan Ameena.

"Sayang... Boleh ke puasa masa mengandung ni? Nanti baby lapar pulak" soal Radhwan ketika Airen sedang memilih sayur sayuran segar. Dia menolak troli yang dipenuhi barangan dapur.

"Mesti la boleh. Kandungan Ren kan baru 4 bulan. Baby pun kena la belajar puasa dari kecil. Kan, sayang?" Airen seakan bercakap dengan bayi dalam kandungannya.

"Are you sure?" Radhwan meminta kepastian. Risau jika kesihatan isterinya terganggu. Maklumlah, pengalaman pertama sebagai ayah.

"Yup. Abang jangan la risau. Bukannya Ren tengah sarat sekarang. Lagipun puasa sebulan aje kan" Airen meyakinkan suaminya. Dia bergerak ke tempat buah buahan. Teringat pesanan Farah untuk memperbanyakkan makan buah buahan.

Radhwan mengalah juga. Mati akal jika berdebat dengan Airen.

________

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now