Part 49 - Mengada

37.1K 897 3
                                    

Airen menyiram pokok bunga yang berada di taman belakang. Berbadan dua tidak menjadi alasan untuk dia melakukan tugas di rumah itu. Memandangkan usia kandungannya baru berganjak usia tiga bulan, namun dia tetap berasa bertenaga untuk bergerak ke sana sini.

"Airen..." Panggil Radhwan lembut. Dia yang berada di kerusi batu hanya memerhati kelakuan isterinya. Papa dan mamanya tiada di rumah. Kata mereka mahu berkunjung ke rumah kenalan. Mungkin salah satu alasan untuk berdating. Rania pula keluar bersama kawannya.

"Hrmm" jawab Airen tanpa menoleh. Kadang kala dia membongkok menghidu bau bunga.

"Airen Rafeqah!" panggil Radhwan lagi. Kini suaranya dikuatkan. Rasa terabai pula apabila Airen buat tak tahu kepadanya.

"Apadia?" Dia menutup paip dan melangkah perlahan mendekati Radhwan. Duduknya dilabuhkan bersebelahan dengan suaminya. Wajah muncung Radhwan direnung.

Makin mengada- ngada pulak Radhwan ini sejak dia mengandung. Makin menjadi jadi perangai manja dia. Airen pun kadang- kadang pelik juga. Siapa sebenarnya yang mengandung ni? Nak kata bawaan budak, tapi aku yang mengandung. Desis hatinya.

Melihat Radhwan diam membuatkan Airen tergelak kecil. Alahai... Merajuk rupanya. Kedua belah tangannya melekap pada pipi Radhwan. Memaksa suaminya untuk memandang ke arahnya.

"Kenapa ni? Cuba bagitahu Ren" pujuk Airen lembut. Aduhhh, kalah Arissa dan Ameena.

"Abang lapar laksa.." Radhwan mengadu kepada Airen. Bibirnya mencebik sambil buat muka sedih. Hari ini tekaknya terasa mahu menikmati laksa kedah.

"Lapar laksa? Jom pergi beli" Airen bingkas bangun. Tangan sasa milik Radhwan ditarik. Namun sedikit pun tidak berganjak.

"Tak nak!" Kata Radhwan. Pinggang Airen ditarik kembali supaya isterinya itu melabuhkan duduk di atas pahanya.

"Lah... Tak nak pulak. Tadi kata lapar laksa" mata comel Airen terkebil- kebil memandang suaminya. Dia memeluk erat leher Radhwan.

"Nak sayang buatkan" Radhwan tersengih menampakkan giginya yang putih bersih.

"Ermm.. jom tengok bahan- bahan ada tak" ajak Airen. Dia bangun kembali dan terus menuju ke dapur. Meninggalkan Radhwan seorang diri di taman.

Airen memeriksa semua bahan di dalam peti. Ikan, laksa dan sedikit timun dan salad. Pertama sekali, dia merendam laksa di dalam sebuah mangkuk besar dan beralih ke dapur untuk merebus ikan.

Radhwan menjengah di muka pintu. Cett, suka hati jer tinggalkan suami yang handsome ni sorang- sorang, getus hatinya. Airen yang lincah melakukan kerja dipandang.

"Abang.. Meh tolong Ren" badan suaminya ditolak mendekati ikan yang siap direbus. Bau yang menusuk ke dalam hidung membangkitkan seleranya.

"Asingkan isi dengan tulang" arah Airen. Radhwan hanya menurut. Kerusi meja ditarik dan dia mula melakukan tugas. Sesekali isi ikan yang siap diasingkan disuap ke dalam mulutnya. Sedap! Rasa manis isi ikan ni.

Setelah beberapa minit 'berperang' di dapur. Akhirnya, laksa yang diidamkan oleh Radhwan siap dimasak.

"Amboii.... Sedapnya bau" tegur Tan Sri Zahir apabila tiba di dapur rumahnya. Bau yang menjengah ketika dia melangkah di muka pintu hadapan semakin kuat aromanya. Dia dan isterinya segera mengambil tempat di meja makan. Tidak sabar untuk menikmati laksa yang dimasak oleh menantu mereka.

"Airen masak semua ni?" Soal Puan Sri Rahayu tidak percaya. Dia mencedokkan kuah laksa ke dalam mangkuk dan dihulurkan kepada suaminya.

Airen menganggukkan kepala sambil tersenyum.

"Kenapa tak tunggu mama balik?" Tanya Puan Sri Rahayu. Kuah laksa yang masih panas dihirup perlahan. Sedap!

"Menyusahkan mama pulak. Lagipun senang jer nak buat ni" Airen merendah diri. Terasa segan pula apabila semua kerja Puan Sri Rahayu yang lakukan. Dia tidak mahu menyusahkan ibu mertuanya itu.

"Ren masak sorang ke?" Soal Tan Sri Zahir pula. Dia sudah menambah untuk kali kedua. Sudah lama dia tidak merasa laksa kedah. Ditambah dengan telur separuh masak dan sedikit timun dan bawang membuatkan seleranya terangkat.

"Rez tolong sekali la.." bentak Radhwan. Penat dia asingkan isi dan tulang tadi. Penatlah sangat.. penat makan ada lah.

"Rez tolong masak? Macam tak percaya jer" usik Puan Sri Rahayu. Nak suruh basuh pinggan pun susah, inikan pula tolong masak.

Wajah Radhwan yang memuncung membuatkan seisi keluarga itu ketawa. Aduhh! Asyik muncung jer. Jangan lekat kat anak sudah..

______

"Sayang....!! "

Jeritan Radhwan dari muka pintu depan mengejutkan Airen yang sibuk menolong Puan Sri Rahayu memasak di dapur. Terkocoh- kocoh dia berlari untuk mendapatkan suaminya. Risau jika berlaku perkara yang tidak diingini.

"Huh! Penat! Hah, apa dia?" Airen termengah. Penat berlari la katakan.

"Abang nak pergi kerja dah ni. Nak cium sayang" kata Radhwan sambil tersenyum meleret.

"Ingatkan apa la tadi. Buat terkejut jer. Baby pon terkejut dengar bapak dia menjerit" Airen memegang perutnya yang sedikit membulat.

"Sekali sekala apa salahnya" kata Radhwan tersengih. Perut Airen diusap dengan jemari kasarnya.

"Sorry baby. Daddy buat baby terkejut. Saja nak usik ibu" Radhwan mencangkung untuk berbicara dengan anak dalam kandungan. Macam la baby tu paham.

"Baby jaga ibu baik- baik. Jangan naughty² tau" perut Airen yang dilindungi oleh blause longgar dicium. Dia rasakan seperti mencium anaknya. Tidak sabar menunggu kelahiran anak itu

Dahi isterinya dikucup lembut. Kemudian, Airen menyalami tangannya seperti biasa. Rutin hariannya sebelum ke pejabat.

______

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now