Part 7 - Rania

32.9K 1.4K 32
                                    

Sudah seminggu usia perkahwinan mereka. Namun masih tiada perubahan dalam hubungan mereka. Airez tetap dingin dan terus menerus membencinya.

Kafe miliknya sudah dipenuhi orang ramai. Nasib baik dia mempunyai tiga orang pekerja yang rajin dan baik. Masing masing sibuk menyiapkan pesanan dari pelanggan.

"Bos, ada orang nak jumpa bos kat luar kafe" Asfa iaitu pekerja perempuan yang bertugas sebagai pelayan berkata.

"Asfa, kan akak dah cakap panggil akak jangan panggil bos" Dan yeaa si Asfa ni ketegaq. Dia hanya tersengih menayang giginya yang putih bersih.

"Siapa nak jumpa akak?" tnya Airen. Mustahil kawan kawannya kerana mereka bekerja. Jam tangannya yang menunjukkan pukul 11.30 pagi dikerling.

Asfa hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Airen terus keluar dari dapur kafe. Seorang lelaki memakai kemeja biru sedang membelakanginya.

"Yer encik? Ada apa nk jumpa saya?" Kata Airen. Lelaki itu terus mengalihkan tubuhnya dan merenung tajam ke arah gadis itu.

"Jadi kau la bos kat sini? Huh! Ingatkan takda pekerjaan" Airez berkata sinis. Kalau bukan kerana ibunya, tak hingin dia ke sini. Apatah lagi menemui gadis itu. Cermin mata hitam yang dipakainya ditanggalkan lalu diselitkan di baju kemeja.

"Awak nak apa?" Malas mahu melayan lelaki tu. Buat sakit hati ja.

"Ikut aku" katanya dingin sambil bergerak ke tempat pemandu.

"Kita nak ke mana?" soalan Airen mematikan langkahnya. Badan dipusing menghadap isterinya. Matanya memndang tajam ke arah gadis itu

"Aku tak ada masa nk jawab soalan kau. Cepat masuk" balas Airez.

"Tapi.."

"MASUK JELAH !!" Tengking Airez. Kesabarannya akan mudah hilang jika bersama isterinya.

Tanpa menunggu lama Airen terus memboloskan diri di tempat penumpang. Hatinya yang nipis cepat terasa dengan perlakuan lelaki tu. Sebak di hatinya cepat cepat ditahan. Kepala menunduk memandang lantai kereta. Tipulah kalau hatinya tidak terasa dengan tengkingan Airez.

Kereta terus meluncur laju membelah jalan yang sibuk.

__________________

"Abang!!" panggilan yang nyaring itu menyentakkan mereka berdua yang sedang menunggu ketibaan seseorang di KLIA 2

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Abang!!" panggilan yang nyaring itu menyentakkan mereka berdua yang sedang menunggu ketibaan seseorang di KLIA 2. Senyuman manis terukir dibibir Airez. Gadis yang menjerit itu sudah hilang dalam dakapan suaminya. Senyuman yang tidak lekang di bibir Airez sngat menyenangkan hati Airen. Suka dia melihat senyuman lelaki tu. Tetapi senyuman itu bukan untuknya kerana di bukan sesiapa bagi lelaki itu .

"Dah besar adik abang. Tapi masih comot" kepala gadis itu digosok perlahan. Habis kusut rambutnya. Wajahnya dimasamkan.

"Abang ni!!" Rajuk Rania iaitu adik kepada Airez. Walaupun mereka sudah dewasa namun perangai masih kanak2. Matanya tertancap pada gadis yang berdiri di belakang abangnya. Senyuman jahat terukit di bibir.

"Jadi, kau lah Airen Rafeqah? Huh! Pembunuh Kak Husna. Senang la hidup kau lepas ni kan? Kawin dengan orang kaya lepas tu kikis harta kitorang. Jangan ingat kau akan berjaya. Abang aku hanya sayangkan Kak Husna. So, kau jangan berangan. Dasar perempuan tak tahu malu!" marah Rania tiba tiba sambil merapati Airen.

Gadis itu hanya menunduk memandang lantai. Itulah yang hanya mampu dia lakukan. Diam tanpa membalas perbuatan jahat terhadapnya. Selama ini pon, kawan kawannya yang mempertahan jika dia dibuli. Lembik!!

"Dahla adik. Jom balik. Mama dan papa tengah tunggu kat rumah" bagasi Rania ditarik menuju ke kereta sambil berjalan beriringan bersama Rania dan diikuti isterinya di belakang.

Airen masih lagi menunduk di tempat duduk belakang. Airez sesekali memandang melalui cermin. Wajah Airen jelas keruh. Tiba tiba satu perasaan bagaikan mencuit hatinya melihat wajah mendung isterinya. Namun cepat- cepat ditepis perasaan itu. Masih mempertahankan ego yang tinggi melangit.

__________________


Terima kasih kepada yang vote
Nah love 💕💕😘

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now