Part 32 - Hari lahir

34.3K 1K 10
                                    

Radhwan menuruni anak tangga satu persatu. Matanya meliar mencari kelibat keluarganya. Aikk..  Mana semua orang? Sunyi jer. Arissa dan Ameena pon tak ada. Jam tangan dikerling. Dia menepuk dahi. Terlalu sibuk sampai tak sedar dah pukul 10 pagi. Mana bini aku ni? Kalau tak 24 jam depan mata. Haishhh takkan rindu kot.

Baju putih yang tersarung pada tubuhnya dibetulkan. Selepas subuh tadi, Airen beria-ria suruh dia memakai baju ini. Dia sendiri tak tahu mengapa. Lagipun, pagi tadi dia malas mahu mencari baju. Jadi, pakai ajelah yang ada. 

Semua tempat sudah dicari termasuk di bilik wayang, tetapi seorang pon tiada. Mama dan Papa takkan hilang jugak kot. Hanya satu tempat yang belum dicari. Laman belakang! Saat tangannya menarik pintu belakang, telinganya menangkap bunyi nyanyian yang kuat.

Happy birthday to you ~

Happy birthday to you ~

Happy birthday to Airez Radhwan....

Happy birthday to you ....

Wuhuuuu ... Tetamu yang hadir bersorak kegembiraan diselangi dengan tepukan gemuruh. Radhwan terkedu. Hari ni birthday aku erk.. Tu lah kau busy tak ingat dunia. Sampai birthday sendiri pon boleh lupa. 

"Birthday boy baru turun" salah seorang sepupunya mengusik. Ikutkan hati, mahu ja dia membaling kasut ke arah empunya suara. Tapi dibatalkan hasratnya itu. Birthday boy la katakan. Takkan nak buat perangai.

Radhwan masih lagi terkedu. Terkejut dengan kejutan yang diadakan. Macam mana dia boleh tak perasan semua ni padahal balkoni biliknya berhadapan dengan taman belakang rumah ini.

Dia melirik Airen yang tersenyum manis di sisinya. Mesti berkomplot dengan mama ni. Airen yang memakai t- shirt putih dan seluar jeans hitam nampak begitu manis sekali. Patut la suruh aku pakai baju ni. Nak bagi sedondon rupanya.

"Radhwan. Tiup lilin tu" Airen bersuara. Leka benar Radhwan merenung sampai naik segan dia dibuatnya. Lagi-lagi semua mata sedang memandang ke arah mereka berdua. Tiba-tiba terasa ada sesuatu yang melingkar di pinggangnya. 

"Tiup dengan aku" pinta Radhwan sambil tersenyum manis. Matanya masih terpaku pada wajah malu isterinya.

Tepukan gemuruh sekali lagi bergema selepas Radhwan dan Airen bersama-sama meniupkan lilin pada kek yang tertera nama Airez Radhwan. Tiba acara memotong kek, mereka berdua bersama-sama memgang pisau. Feeling potong kek kahwin. Rania pula sibuk mengambil gambar menggunakan kamera nikon yang baru dibeli dengan duitnya sendiri. 

"Happy birthday Airez Radhwan

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"Happy birthday Airez Radhwan. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Bagi cucu ramai kat mummy tau" Humaira menyakat apabila mereka berada di meja belakang. Airen sedang asyik melayan sanak saudara.

Radhwan tersengih. Bila masa ntah kakak sulungnya itu datang. 

"Insyaallah. Akak tu bila nak tambah" balas Radhwan. Kembalikan soalan maut itu kepada kakaknya.

Kasih Yang HilangTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang