Part 9 - Tidur dengan Mama

34.9K 1.2K 13
                                    

Airen menuruni tangga untuk ke taman belakang rumah. Tempat itu sahaja yang boleh mententeramkan hatinya. Pagi tadi semasa dia bangun, dia masih di balkoni. Lelaki itu sedap tidur di atas katil. Langsung tidak mempedulikan dirinya yang hampir beku berada di luar. Huh!!

Airen malas untuk ke kafe. Dia meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada pekerjanya itu.

Kasut dipakai dan terus melangkah ke arah seseorang . Kelihatan Mama sedang sibuk bercucuk tanam.

"Mama tanam pokok apa tu?" soal Airen ramah. Dia mengambil tempat di sebelah wanita itu.

"Mama tanam anak pokok sawi. Kangkung Mama dah tanam" balas Puan Sri Rahayu sambil mengeluarkan anak pokok dari beg polisterina warna hitam. Pokok tersebut terus dimasukkan ke dalam lubang pada batas yang telah siap.

"Sayur sekarang tak boleh percaya sangat. Banyak yang tiruan. Jadi, tanam sendiri lebih bagus. Jimat pon jimat" sambungnya lagi. Selesa dia bersembang dengan menantunya itu.

Dia melihat gadis itu hanya tersengih dan mengangguk setuju.
"Airen dah okey dengan Rez?" Soalnya tiba². Jelas perubahan pada riak wajah gadis itu.

"Macam tu la Ma. Airen ke utara, dia ke selatan. Dia langsung tak nak cakap dengan Ren. Ren dah cuba, Ma" balas Airen. Airez langsung tak nak bercakap dengannya apatah lagi berbual. Dia dan lelaki itu seakan langsung tidak mengenali antara satu sama lain.

"Sabar Ren. Ma minta maaf bagi pihak anak mama tu. Ma yakin satu hari Rez akan berubah dan sayang Ren macam dia sayang Husna" kata Puan Sri Rahayu. Matanya merenung anak mata gadis itu.

Airen hanya tersenyum. Kata kata Puan Sri Rahayu bagaikan memberi semangat kepada dirinya. 'Suamiku!! Mu tunggu aku datang. Tapi takkan aku nk kena goda dia. Huishhh!!' . Tanpa sedar kepalanya digeleng.

"Airen, kenapa geleng kepala tu?" Soal Puan Sri Rahayu. Pelik dengan tingkah menantunya. Airen tersengih seperti kerang busuk. Kerang busuk pon sengih elok lagi dari kau.

"Takda pa2. Boleh Airen tolong?" kata Airen cuba mengubah topik.

"Airen tolong siram pokok Mama kat sana" balas Puan Sri Rahayu. Dengan pantas Airen mencapai getah paip dan memulakan siraman. Puan Sri Rahayu mengerling sekilas. Husna memilih orang yang terbaik untuk menjadi menantunya.

______________

Jam menunjukkan pukul 10 malam. Tetapi kelibat Airez masih lagi tidak kelihatan. Airen sudah biasa. Kadang2 pukul 12 baru suaminya pulang. Kadang2 pula suaminya pulang ketika dia sudah lena diulit mimpi.

Rania? Sudah lama dia tidak bersembang dengan adik iparnya itu. Mereka hanya bertembung di meja makan dan kemudian dia menghilang.

Airen melalui sebuah bilik dan terdengar keluhan.kepalanya dijengukkan sedikit. Wahhh!!! Besarnya tv. Mungkin bilik wayang. Matanya tertancap pada seseorang yang sedang menumbuk perlahan bahu. Mama!

"Mama okey?"soalnya risau

Hoppsan! Denna bild följer inte våra riktliner för innehåll. Försök att ta bort den eller ladda upp en annan bild för att fortsätta.

"Mama okey?"soalnya risau. Airen meloloskan diri ke dalam bilik tersebut. Puan Sri Rahayu menoleh. Terukir senyuman di bibirnya.

"Sakit bahu sikit. Berkebun tadi kut" balasnya. Tangannya terus menerus menumbuk perlahan bahunya bagi mengurangkan rasa sakit.

"Meh sini Airen urutkan" minyak angin dicapai dan disapukan di bahu Puan Sri Rahayu. Bahu ibu mertuanya diurut perlahan. Kuat bau minyak angin memenuhi ruang dalam bilik wayang itu.

Rasa sebak mula bertandang di hati. Bila dia dekat dengan wanita itu, dia dapat rasakan ibunya berada di sisinya. Makk!! Airen rindu mak.

"Maa.... Ren nak tidur dengan mama boleh malam ni?" soalnya kepada Puan Sri Rahayu.

"Boleh jer Ren. Pandai Airen urut" Mama memuji Airen bersama senyuman.

"Ma... Ren rindu mak dengan ayah Ren. Diaorang pergi terlalu cepat. Masa tu Ren kat U. Kawan kawan yang banyak tolong pulihkan semangat Ren. Sekarang Husna dah takda. Ren sorang sorang jer dalam dunia ni. Ren tak ada sapa sapa dah" kata Airen tiba tiba. Rasa sayu dalam hati cuba dibuang jauh.

"Jangan cakap macam tu Ren. Mama papa kan ada. Airez dan Rania pon ada. Kawan kawan Ren ada. Jangan sedih sedih. Dah tak cantik menantu Mama" kata Puan Sri Rahayu. Air mata Airen dilap. Kemudian dahi gadis itu dikucup perlahan. Airen hanya tersenyum. Sangat bahagia apabila berada di samping wanita itu.

Puan Sri Rahayu tidak pernah menganggap Airen sebagai orang luar. Malah menganggap Airen sebagai anak kandungnya. Kasih sayang tidak pernah kurang terhadap gadis itu. Setiap layanan sangat ikhlas lahir dari hatinya.

"Jom tidur. Meh Mama peluk sayang Mama yang busyuk ni"  kata mama. Airen terus menanggalkan tdung dan terus meletakkan kepalanya di atas bantal. Tangannya memeluk erat ibu mertua dadri belakang. Dia dapat rasakan dia sedang memeluk ibunya. Beberapa minit kemudian, Airen sudah lena.

Puan Sri Rahayu mengalihkan badannya. Matanya merenung wajah gadis itu. Cantik!! Dengan rambutnya yang beralun menambahkan manis pada wajah itu. "Airen kena kuat sayang. Mama akan selalu ada dengan Airen". Bisiknya perlahan. Rambut Airen diusap perlahan.

Tanpa mereka sedar, ada seseorang di sebalik pintu. Rania mengelap air mata yang mengalir. Rasa bersalah terhadap Airen mula bertandang. Dia mengakui dia mula menyayangi kakak iparnya itu.

______🌻🌻🌻______

Kasih Yang HilangDär berättelser lever. Upptäck nu