Part 20 - Kenduri tahlil

39.7K 1.3K 12
                                    

Jam menunjukkan pukul 5 petang. Ramai sanak saudara dan sahabat handal serta jiran tetangga memenuhi perkarangan banglo milik Tan Sri Zahir. Dua pasang khemah didirikan di hadapan rumahnya. Suasana menjadi meriah apabila sahabat bertemu dengan sahabat yang sudah lama tidak bersua.

Airen masih belum bersiap. Masih mencari baju yang sesuai di wadrobe. Okey!! Dah jumpa. Tiba tiba pintu wadrobe diketuk. Hampir terlepas baju kurung di tangannya. Takkan Radhwan kut. Huishhh dah la tengah berkemban ni. Tapi, dia rasa Radhwan sudah turun ke bawah. Mungkin mahu menolong apa yang patut. Tak sempat dia melihat pakaian yang dipakai oleh suaminya.

Pintu ditolak dari luar. Muncul Rania yang cntik memakai jubah. Di tangannya memegang sehelai jubah berwarna hitam. Jubah itu dihiasi dengan bunga kecil berwarna pink dan daun berwarna hijau. Sangat cantik!

"Kak Ren, Mama suruh pakai baju ni" kata Rania sambil menyuakan jubah tersebut kepada Airen.

"Okey terima kasih Rania. Kak Ren baru nak pakai baju ni" huluran Rania disambut. Baju kurung tadi diletakkan di tempat asal. Segera dia menyarungkan jubah di tubuhnya. Selesa sangat. Tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Seperti ditempah khas untuknya. Rania hanya memerhati kakak iparnya. Untung abang dapat Kak Ren.

Shawl warna hijau dililit kemas di kepala. Terpancar kecantikan asli pada wajahnya tanpa sebarang make up. Siap!

"Cantik Rania malam ni" kata Airen sambil melangkah ke arah Rania.

"Amboih akak. Sebelum ni tak cantik ker" usik Rania. Dia ketawa kecil.

"Cantik... Cantik lagi kalau Rania tutup rambut ni" kata Airen sambil mengusap perlahan kepala Rania. Kemudian dia mencapai selendang putih dan serkup di wadrobe. Sesuai dengan jubah yang dipakai Rania yang berwarna merah jambu. Dipakaikan pada Rania dengan penuh berhati-hati. Rania langsung tidak membantah malah berasa selesa apabila mahkotanya ditutup dengan cantik.

"Okay siap ! Cuba tengok cermin" Airen tersenyum apabila melihat wajah ceria Rania.

"Cantik sangat. Terima kasih Kak Ren" tubuh Airen dipeluk erat. Terharu dengan sikap kakak iparnya.

"Dah.. Jom turun. Kang kena marah tak pasal-pasal" kata Airen sambil menarik lengan Rania. Mereka beriringan turun ke bawah. Ramai mata yang memandang wajah cantik Rania dan Airen yang sedang menuruni tangga. Gaya mereka seperti pengantin perempuan yang bersedia untuk dikahwinkan. Ceyhh!

Pandangan Airen bertembung dengan Radhwan yang sedang merenungnya. Mungkin terpaku dengan kecantikannya atau keindahan Rania bertudung. Dia sendiri tidak tahu. Airen rabun jauh, jadi  dia tidak pasti akan pandangan sebenar suaminya.Lelaki itu memakai baju hitam sedondon dengannya. Adakah suratan atau kebetulan? Airen bersorak gembira dalam hati. Entah mengapa dia berasa seronok.

•••••

Bacaan yasin dilakukan selepas solat maghrib. Kemudian disambung pula solat isyak diikuti bacaan doa yang panjang. Ia selesai dilakukan secara jemaah di ruang tamu rumah yang luas. Semua perabot dialihkan ke tepi. Kini, acara makan diteruskan. Jam menunjukkan pukul 9.05 malam. Kenduri tahlil ini diadakan untuk kedua orang tua Tan Sri Zahir dan Puan Sri Rahayu yang pergi menghadap ilahi 10 tahun lepas. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa Airen dan arwah Husna.

Majlis ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran beberapa tetamu kehormat iaitu rakan kepada Tan Sri Zahir. Sanak saudara Radhwan yang datang dari luar negara pon ada juga. Haihh macam malam raya pulak rasanya. Tidak pula Airen tahu yang Airez Radhwan mempunyai keluarga yang besar. Mak ngah, mak njang dan mak su. Jenuh Airen nak mengingat.

Kasih Yang HilangDonde viven las historias. Descúbrelo ahora