Part 43 - Kecewa

47.3K 1K 6
                                    

Radhwan menguak pintu bilik yang menempatkan isterinya dengan penuh berhati- hati. Dulang yang berisi bubur dan air kosong dibawa masuk dan diletakkan di atas meja.

"Airen... Masa untuk makan" kata Radhwan ceria. Dia melabuhkan duduk di sisi Airen.

Airen yang sedang leka merenung ke luar tingkap mengerling suaminya seketika sebelum kembali mengalihkan pandangan. Wajahnya kosong tidak beriak. Senyuman pada wajah isterinya bagaikan sudah hilang. Tiada lagi senyuman yang mampu membuat hatinya tergoda.

Airen membetulkan duduk. Dulang yang berada di meja sisi ingin dicapai.

"Eh.. bagi aku suap" Radhwan menghalang.

"Tak apa.. Saya ada tangan boleh makan sendiri" jawab Airen perlahan. Dulang di tangan Radhwan ingin diambil kembali.

"Airen.. please jangan macam ni. Aku tahu aku salah. Aku layan kau dingin sebelum ni. Aku tak sengaja. Aku buat semua tu sebab...." Belum sempat habis bicara, kata- kata Radhwan dipotong laju.

"Sebab awak nak tuduh saya yang rancang kemalangan tu? Sebab tu?" Soal Airen. Radhwan dipandang dengan pandangan kosong.

"Mana Airen tahu?" Radhwan angkat muka. Mata mereka bertentang untuk seketika.

"Tak penting dari mana saya tahu semua tu. Mana kepercayaan awak terhadap saya sebelum ini. Tak kan disebabkan benda tu awak nak tuduh saya yang buat. Saya tak gila Airez Radhwan. Saya tak gila sampai tahap tu. Saya masih ada iman. Takkan saya sanggup gadaikan nyawa saya semata-mata untuk mendapatkan awak. Sanggup bunuh Husna demi awak. Akal saya masih berfungsi dengan baik. Awak tak ingat? Saya koma disebabkan kemalangan tu. Atau awak lupa?" soal Airen sinis. Biar hari ini dia meluahkan apa yang terbuka di hatinya. Cukuplah selama ini dia menahan kesakitan di hati.

"Airen..." Radhwan memanggil lembut. Rasa bersalah kian menggunung di hatinya.

"Oh ya.. Awak kan bencikan saya masa tu. Mana awak nak ambil berat pasal saya, kan?" Airen berkata. Senyuman sinis tak lekang dari menghiasi bibir pucatnya.

"Aku..." Radhwan terdiam. Nafasnya bagaikan tersekat.

"Dah la Radhwan. Saya dah penat kejar awak, mencintai awak sebelum ini. Hampir 10 tahun saya simpan hati awak. Tapi sia-sia sebab awak tak pernah hargai saya. Awak buat saya macam tak ada perasaan. Awak seksa perasaan saya. Dah la, saya tak ada selera nak makan. Awak keluar japgi tutup pintu" Airen meluahkan perasaan hatinya yang tersimpan selama ini. Radhwan terkedu seketika mendengar luahan rasa Airen. Wajah isterinya direnung dalam. Tiada langsung air mata yang keluar. Yang tinggal kini hanyalah pandangan kosong. Airen menjadi lebih pendiam dari sebelum ini.

"Tapi Ren tak makan lagi dari pagi tadi. Sakit satgi kan susah" Radhwan cuma memancing perhatian Airen. Dia cuba memujuk hatinya sendiri. Cukup terasa dengan kata- kata isterinya.

"Biar la saya sakit. Awak bukan peduli pun kan" tambah Airen lagi.

"Airen.. makan la sikit" wajah Airen direnung redup.

"Saya cakap saya tak nak! Radhwan, please..." Airen meninggikan sedikit suaranya kali ini agar Radhwan lebih faham dengan apa yang dikatakan tadi.

"Okayla kalau macam tu. Aku keluar dulu" dulang yang berada di tangannya ditinggalkan di meja sisi. Jika lapar, isterinya itu boleh makan dengan sendiri. Sempat dikerling tubuh isterinya sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.

_______

Ketukan bertalu- talu pada pintu bilik menyentakkan Radhwan yang sedang membelek album pemberian Airen. Terpancul kepala Rania di sebalik pintu itu.

"Abang.. boleh Rania masuk?" soal Rania sambil tersengih.

"Masuk jelah Rania. Terjengul macam tu takkan abang nak halau" balas Radhwan sambil memandang adiknya sebelum kembali memandang album di hadapan.

"Abang okay?" Soal Rania sambil mendekati Radhwan yang elok bersila di atas sofa.

"Okay tak okay macam ni la Nia. Sendiri buat sendiri la tanggung" jawab Radhwan tenang. Luaran sahaja nampak tenang. Dalam hatinya hanya Allah yang tahu.

"Tu la Abang.. Dulu Nia nasihat tak nak dengar. Ni la padahnya" kata Rania geram. Dia melabuhkan duduk di sisi Radhwan. Melihat wajah muram abangnya, Rania jatuh simpati. Tapi itulah, abangnya yang mulakan dahulu perang dingin. Jadi, dia juga yang perlu akhiri masalah ini.

"Abang tahu" jawab Radhwab lirih. Dia menutup album di tangannya. Hanya ini sahaja penemannya setiap malam. Mengimbas kembali memorinya bersama Airen.

"Abang... Kak Ren tu dia bukan marah. Tapi kecewa. Kecewa dengan sikap abang. Dia perlukan abang waktu ni. Dia perlukan sokongan abang. Abang tu pulak jangan cepat mengalah. Dalam marah dia, dia nak sangat abang ada di sisi dia. Ni tak, marah sikit terus merajuk. Lepas ni, biar je Kak Airen nak kata apa. Abang buat pekak jer. Abang duduk situ teman Kak Airen. Jangan pulak lari masuk dalam bilik. Hati Kak Ren tu lembut. Abang dah kenal dia lama takkan masih tak paham kak Airen tu macam mana" pujuk Rania lembut. Dia punya kata- kata kalah mak- mak anak sepuluh. Padahal bercinta pon tak pernah.

"Yelah Rania. Nanti abang buat" Radhwan mengangguk perlahan. Dia menunduk memandang lantai.

"Tak ada nanti-nanti. Esok jugak abang buat" bentak Rania geram.

"Erm.. Baiklah adikku sayang" jawab Radhwan

"Rania keluar dulu. Nak teman Kak Ren dalam bilik. Sebelum tu, pinjam album ni boleh?" Rania mencapai album yang dipegang oleh abangnya tadi. Mungkin ini boleh menjadi penyelamat kepada hubungan abang dan kakak iparnya.

"Ambik la Rania..." adiknya yang bertocang kuda dipandang. Dah ambik baru mintak izin.. Tersengih- sengih adiknya yang seorang itu. Rania melangkah ke arah pintu bilik bersama album di tangan.

"Nia!" panggil Radhwan kuat ketika Rania ingin melangkah keluar. Rania berpaling bersama kening terangkat.

"Thank you sebab tolong abang" kata Radhwan sambil tersenyum. Walaupun senyuman itu sedikit sebanyak sudah hilang sinarnya. Masih ada harapan untuk dia menebus kembali kesalahannya sebelum ini terhadap Airen.

"Welcome. Nasib la abang ni abang Rania. Kalau tak, tak adanya Nia nak tolong" jawab Rania sebelum menutup rapat pintu bilik abangnya.

______

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now