Part 26 - Wayang

41.4K 980 5
                                    

Airen melangkah masuk dalam kafe yang sudah dipenuhi ramai pelanggan. Ameena yang berada dalam dukungan diletakkan di atas sofa. Arissa yang erat memegang tangan Airen seperti terpaku melihat ramai orang di dalam kafe. Memerhati setiap gerak geri pelanggan yang datang.

"Arissa dengan Ameena duduk sini tau. Jangan nakal-nakal" beg Arissa yang dipenuhi mainan diletakkan di atas meja. Buku warna dan pensel warna dikeluarkan dari beg itu.

"Baik Acik Ren" kata mereka serentak. Airen hanya mengangguk. Dia memasuki dapur untuk menyediakan air dan makanan untuk anak saudaranya. Kemudian dia kembali semula ke sofa untuk menghantar makanan. Kedua beradik itu sibuk mewarna buku kartun sehingga tidak sedar akan kehadiran Airen.

"Arissa dengan Ameena makan ni dulu okay. Jap lagi Aunty Farah dengan Aunty Qaseh datang. Petang pulak kita pergi tengok wayang, okay?" beritahu Airen. Makanan yang dibawa tadi diletakkan di atas meja.

"Okay!!". Arissa sambil mencapai air. Kek yang dibawa Acik Airen diambil dan disuap ke dalam mulut. Manakala Ameena hanya buat tak tahu. Hekelleh budak ni. Airen kembali semula ke dapur untuk menyambung kerja. Pelanggan semakin ramai memenuhi ruang kafe miliknya membuatkan dia tidak menang tangan untuk melakukan tugas walaupun dia mempunyai dua orang pekerja.

"Assalamualaikum Arissa, Ameena" Farah dan Qaseh memberi salam. Mereka berdua mengambil tempat berhadapan dengan kedua beradik tersebut. Aimi tidak dapat datang kerana bertugas sebagai pramugari di atas kapal terbang menuju ke Dubai.

"Waalaikumussalam Aunty" Jawab Arissa sopan. Farah memasamkan wajah. Aunty? Macam mak cik- mak cik ja. Panggil la kakak ka Sister ka. Cett.. Farah membebel dalam hati.

"Ameena buat ape tu" tegur Qaseh kepada Ameena yang sejak tadi diam. Fokus betul mewarna sampai tak sedar kehadiran dua wanita cantik di hadapannya. Ceyhh

"Colour buku ni" jawab Ameena tanpa mengangkat wajah.

"Cantiknya Meena colour" puji Qaseh ikhlas. Qaseh menjeling Farah yang mengganggu Arissa mewarna. Terjerit-jerit budak tu dibuatkan.

"Makasih Aunty" balas Ameena. Nasib dapat Aunty Qaseh yang baik. Aunty Farah nampak menakutkan. Kesian Kak Rissa

"Mana Acik Ren?" soal Farah kepada Arissa. Matanya meliar sekeliling kafe mencari kelibat rakannya itu.

"Acik Ren kerja. Atuk pesan jangan kacau Acik Ren kerja. Rissa dah janji dengan atuk. Jadi, Aunty Pah pon tak boleh kacau Acik Ren" mulut comel Arissa berkata-kata. Geram dengan Aunty Farah yang mengganggunya mewarna. 

Farah sudah ternganga. Aunty Pah? Punya sedap nama aku, budak ni panggil Aunty Pah. Kuang asam punya budak!

"Aunty Pah nak kacau jugak" Farah mengusik Arissa. Lidah dijelirkan mencari pasal dengan Arissa. Sebijik perangai macam budak-budak. Arissa memuncungkan bibir comelnya. Bab mengusik dan mengacau budak-budak serah sahaja kepada Farah. Itu memang kepakarannya sejak azali. Pernah si Farah ni mengusik anak mak cik mana entah sampai menangis budak tu. Hahahha. Qaseh hanya menggeleng melihat perangai Farah. Dari kecik sampai besar panjang, perangai tak pernah berubah.

"Yelah-yelah. Aunty Pah tak kacau Acik Ren. Cuba Arissa senyum. Mesti comel" Farah cuba memujuk. Bibirnya ditarik menggunakan jari telunjuk. Gaya seperti badut cuba menggembirakan kanak-kanak.

Arissa menarik senyum apabila mendengar kata-kata Farah. Ketawanya terlepas melihat wajah lucu Farah.

"Ha.... Tengok!! Kan dah comel tu. Cantik pulak tu. Anak siapa la ni" kata Farah. Kepala Arissa digosok sehingga kusut rambut budak tu.

"Wehh!! Dah sampai erk korang. Sorry tak perasan" Airen menegur. Dia mengambil tempat di sebelah Ameena yang fokus mewarna. Dulang yang dibawa diletakkan atas meja.

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now