Part 42 - Sedar

45.7K 1.1K 8
                                    

Radhwan menggenggam tangan isterinya lembut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Radhwan menggenggam tangan isterinya lembut. Walaupun sudah pagi, namun isterinya masih belum sedarkan diri. Mungkin kesan daripada ubat tidur yang diberikan.

Dia memandang ke arah ibu dan ayahnya yang masih tidur di sofa. Rania pula menghilang entah ke mana. Jam dinding dikerling. Dah pukul 9.30 rupanya.

Pergerakan pada tangan menyentakkan Radhwan. Terbaris sedikit senyuman apabila Airen membuka matanya perlahan. Sempat dia memanggil ibu dan ayahnya. Mereka yang terkejut segera bangun apabila mendengar suara garau Radhwan. Radhwan bangun dari kerusi dan menghampiri wajah Airen. 

"Saya kat mana ni?" soal Airen lemah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Saya kat mana ni?" soal Airen lemah. Dia memandang sekeliling. Bau ubat menyerbu masuk ke dalam rongga hidung.

"Kita kat hospital" jawab Radhwan sambil mengusap ubun-ubun isterinya. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

"Kenapa kita kat hospital?" tanya Airen lagi. Radhwan terdiam. Tidak tahu bagaimana untuk menyampaikan berita sedih tersebut. Dia memandang Puan Sri Rahayu. Memohon pertolongan mamanya untuk memberitahu Airen.

"Airen.... Mungkin bukan rezeki Airen kali ni. Sabar eh" giliran Puan Sri Rahayu memainkan peranan. Dia memandang redup wajah pucat menantunya.

"Kenapa dengan Ren, Mama?" Soal Airen. Dia cuba mengingati apa yang terjadi. Tetapi semakin dia cuba ingat, semakin berdenyut kepalanya.

"Sayang.... Airen keguguran" jawab Puan Sri Rahayu lembut.

"Airen mengandung?" Soal Airen kembali. Terkejut dengan berita itu. Jadi, selama ni dia mengandung? Kenapa aku tak perasan? Mungkin sebab terlalu memikirkan perubahan sikap Radhwan sehingga dia lupa akan perubahan kesihatannya. 

"Jadi, sekarang....anak Airen dah tak ada?" air matanya mula jatuh. Tidak dapat ditahan lagi rasa sebak yang mencengkam jiwanya. Radhwan menarik Airen ke dada bidangnya. Diusap perlahan belakang badan Airen. Melihat esak tangis isterinya, perasan bersalah mula menyerbu ke tangkai hati. Dia hanya membiarkan Airen melepaskan kesedihan di dadanya.

_________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_________

Airen sudah dibenarkan pulang ke rumah setelah seminggu berada di hospital. Kata mama tidak mahu berlama di hospital kerana mahu Airen berpantang secara tradisional di rumah. Airen hanya mengikut tanpa membantah arahan. Semua yang dilakukan demi kepentingannya juga.

"Rez... malam ni Airen tidur dengan mama" beritahu Puan Sri Rahayu ketika mereka sampai di rumah. Airen awal- awal lagi sudah masuk ke dalam bilik yang disediakan olehnya.

"Kenapa pulak?" soal Radhwan tidak berpuas hati. Dia tahu dia salah tapi ni bukan caranya. Mengasingkan dia dan Airen.

Dah la seminggu Airen tidak mahu bercakap dengannya. Hanya jawab dengan anggukan atau gelengan. Sungguh dia buntu. Dia harap jika berada di rumah, dia dapat membetulkan keadaan, ini lain pula yang terjadi. Mama ni potong line la!

"Rez.. Bagi Airen ruang untuk dia stabilkan balik emosi dia. Please..." Balas Puan Sri Rahayu separa merayu.

"Yela.. Rez izinkan. Jaga isteri Rez baik- baik" kata Radhwan rendah. Buat la apa pun janji Airen kembali sihat seperti sedia kala.

"Eh dia ni. Macam la mama nak culik isteri dia. Tahu la mama jaga Airen. Menantu mama kan" ujar Puan Sri Rahayu. Anaknya itu patut terima balasan dengan apa yang telah dia lakukan.

"Erm.. Kenapa Airen kena tidur dengan mama?" soal Radhwan lagi. Tidak mahu mengalah!

"Airen tu kena berpantang. Bagi sihat balik tubuh badan dia supaya nanti tak kena penyakit lain" jelas Puan Sri Rahayu kepada anaknya yang seorang itu.

"Keguguran pon kena pantang ke ma? Kenapa tak pantang jer dalam bilik Rez?" Soalan dari Radhwan membuatkan Puan Sri Rahayu menjeling.

"Rez mana boleh percaya sangat. Kang pergi terkamnya Si Airen tu" kata Puan Sri Rahayu geram. Rasa macam nak je baling bant ke muka kacak anaknya itu.

"Berapa lama kena berpantang tu?" Soal Radhwan sayu. Rasa sedih kerana terpaksa berjauhan dengan Airen. Berjauhan la sangat padahal satu rumah je pon.

"Dalam sebulan lebih. Tapi malam ni jer mama tidur dengan dia. Esok lusa Rania pulak yang ganti tempat mama" beritahu Puan Sri Rahayu.

"Ala Mama.... Mana boleh macam tu" Radhwan merengek seperti kanak-kanak. Dia memuncungkan bibir.

"Kenapa pulak tak boleh? Dah la. Mama pergi masuk tidur dulu. Layan Rez ni sampai esok pon mama tak tidur"

Puan Sri Rahayu bangun dari sofa meninggalkan Radhwan seorang diri di ruang tamu itu. Radhwan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

________

"Hey bro... monyok jer. Apsal?" Tegur Rafiq selepas menyedari Radhwan senyap. Sejak tadi hanya dia dan Harris yang banyak mulut. Tadi dia yang beria-ia ajak lepak. Tapi dia pulak yang senyap.

"Mak aku buat kawasan larangan doe" beritahu Radhwan. Tangannya memusing-musingkan telefon di atas meja kedai mamak itu. 

"Kawasan larangan apa pulak?" Harris buat muka pelik. Dia dan Rafiq saling berpandangan.

"Mak aku tak bagi aku tidur dengan Airen!" Radhwan menyebik. Dia memandang kedua rakannya itu.

Untuk seketika terhambur gelak tawa mereka berdua. Bertambah cemberut la muka Radhwan dibuatnya.

"Betul la apa yang mak kau buat. Perempuan gugur kena berpantang" kata Harris bersama sisa  tawa. Apa yang lawak pon tak tahu.

"Boleh je kan pantang dalam bilik aku" balas Radhwan geram. Sakit hatinya apabila ditertawakan oleh mereka berdua.

"Boleh tu memang la boleh. Tapi, kau ni jenis tak boleh percaya." Giliran Rafiq pula berkata.

"Mengutuk depan nampak" Radhwan menjeling Rafiq.

"Mengutuk depan tak apa daripada kutuk belakang. Dah memang perangai kau macam tu. Kang jadi lain pulak bini kau tu" kepalanya digeleng bersama senyuman di bibir. Radhwan diam. Wajahnya langsung tidak beriak.

"So..... kes tu dah selesai?" soal Rafiq.

"Belum. Aku rasa nak tarik balik la kes tu . Aku dah tak nak ingat. Biar la berlalu jadi kenangan pahit dalam hidup aku." cerita Radhwan. Dia membetulkan duduk di kerusi agar lebih selesa.

"Aku rasa better jangan. Mana tahu lelaki yang serang bini kau tu ada kena mengena dengan kes kemalangan tu. Lelaki tu pun kita dah serah kat polis. Biar polis yang siasat semua ni."

Radhwan dan Harris saling berpandangan selepas mendengar kata-kata Rafiq. Dalam hati, mereka berharap sangat agar kes itu dapat diselesaikan dengan cepat.

_________

Vote and comment

:-)

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now