Part 27 - Tidur sama

36.9K 1K 3
                                    

"Kau dah kemas baju?" soal Radhwan apabila melihat Airen yang memasuki bilik. Dia baru sahaja selesai mandi. Dia pulang dari pejabat selepas menyelesaikan kerjanya. Jam menunjukkan pukul 9. Lambat jugak dia balik. Nasib dah solat isyak kat masjid tadi. Jadi, dia boleh tidur awal malam ni untuk mengumpul tenaga untuk hari esok.

"Belum lagi. Tadi saya kemas baju Arissa dan Ameena. Ni baru nak kemas baju saya" kata Airen. Dia mula mengeluarkan beg dari almari. Pakaian penting dimasukkan terlebih dahulu dalam beg. Radhwan dipandang sekilas. Nasib pakai baju malam ni

"Alang-alang kau nak kemas baju. Tolong packing baju aku sama" Radhwan berkata tenang. Perkara yang paling malas dia hendak lakukan ialah packing baju. Dia bersila di sisi Airen. Memerhati tangan lincah isterinya mengemas baju. 

"Okey" balas Airen ringkas. Langsung tidak membantah. Dia mencapai sehelai baju muslimah lengan panjang dan seluar jean.

"Apsal kau ambik baju tu" soal Radhwan . Airen terhenti daripada melakukan tugas. Wajah kacak suaminya dipandang. 

"Baju untuk saya salin esok la. Kenapa?" soal Airen kembali. Pelik dengan soalan Radhwan. 

"Tak payah. Bawak jer baju yang Kak Maira bagi. Kau bawak baju t-shirt untuk malam. Kita tidur sana" kata Radhwan selamba. Tangannya menongkat dagu. Rambut Airen yang diikat satu ditarik.

 Yess! Bermalam kat sana yuhuuuu.. Hati Airen melonjak riang.Rasa gembira kerana dapat pergi bercuti. Sudah lama dia tidak pergi bercuti. Kemudian, Radhwan disebelah dijeling tajam apabila terasa rambutnya ditarik.

"Packing baju ni untuk awak sekali ke?"

"Yelah.. Aku sekali la"

"Awak pergi la pilih baju awak. Mana saya tahu awak pakai apa. Kang tersalah pilih marah pulak. Pakaian dalaman jangan lupa" Airen menolak tubuh Radhwan dari tepi. Tersungkur lelaki itu dibuatnya. Tergelak besar gadis itu melihat wajah cemberut suaminya.

Dengan malas Radhwan bangun dari lantai dan melangkah ke almari miliknya. Beberapa helai pakaian dipilih dan disangkut pada tangan lalu diberikan pada Airen. Dia mencapai kotak pemberian Humaira dan kembali bersila di sisi Airen. Amboih tadi macam penat sangat. Ni boleh pulak menempek kat bini.Eh lantak la kau sibuk pahal. Radhwan berperang dengan hatinya. 

"Bawak topi ni sekali" Radhwan memberikan dua topi putih yang berada dalam kotak kepada Airen. Gadis itu menggeleng laju. 

"Buat apa? Tak payah la" jawab Airen. Huluran Radhwan diambil dan diletakkan kembali dalam kotak. Dia hanya buat tak tahu dengan pandangan tajam suaminya.

"Bawak jugak. Tak kira" Radhwan mula membentak seperti budak kecil tak dapat lolipop. Elleh! Ingat aku kisah. Topi itu diambil semula dan diletakkan terus dalam beg. Dia tersenyum kemenangan.

Airen hanya melihat kelakuan suaminya. Dalam hati dia bersyukur kerana Radhwan sudah dapat menerimanya. Tetapi dia tidak tahu sama ada lelaki itu mencintainya atau sebaliknya. Namun jauh di sudut hati dia berharap sangat dapat memiliki sebuah keluarga yang bahagia seperti orang lain. Airez Radhwan..lelaki yang dia cinta sejak kecil. Lelaki yang berjaya mencuri hatinya. 

"Aku tahu la aku handsome. Tapi jangan pandang aku macam tu. Kang aku terkam baru kau tahu" kata Radhwan apabila menyedari Airen sedang merenungnya. Gadis itu cepat-cepat mengalihkan pandangan ke arah lain. Kerja packing baju diteruskan hingga selesai. 

"Saya dah siap packing. Saya penat dan nak tidur. Good night" Airen terus bangun meninggalkan Radhwan terkebil-kebil seorang diri. Bantal di atas katil diambil dan tubuhnya terus direbahkan di atas lantai. Iaitu tempat tidur rasminya. Hoho

Baru sahaja hendak terlelap, terasa tubuhnya dicempung oleh sepasang tangan kasar. Siapa lagi kalau bukan suaminya, Radhwan. Tubuhnya diletakkan perlahan-lahan atas katil. Mata yang terpejam tadi terbuka luas. Perkara pertama yang di lihat ialah wajah kacak suaminya. Jarak mereka terlalu dekat. Hidung hampir bertemu.

"Apsal kau nak tidur bawah?" soal Radhwan. Matanya memandang wajah cantik si isteri. Dia langsung tidak mengalihkan pandangan. Terpaku melihat pemandangan indah yang terbentang di depan mata.

"Tu kan tempat tidur saya" jawab Airen gugup. Jantungnya berdegup laju.

"Mulai hari ni, kau tidur dengan aku atas katil. Kalau kau tidur jugak kat bawah tu..tahu la apa aku nak buat" pandangan tajam menusuk terus ke anak mata Airen. Dari mata turun ke hati. Itu yang Airen rasakan saat itu. Berkali-kali dia jatuh cinta kepada suaminya sendiri. 

"Yelah-yelah. Sekarang ni saya nak tidur. Your hand, please!"  kata Airen malas. Mulutnya yang menguap luas ditutup dengan tangan. Radhwan mula menjarakkan wajah mereka. Tetapi tubuh mereka masih lagi rapat. 

"What's wrong with my hand?" tanya Radhwan walaupun dia sudah tahu jawapannya. Tangannya melingkari pinggang ramping Airen. Manakala sebelah lagi menampung berat kepala memandang Airen.

"Tangan gatal awak tu memang asyik nak berjalan je ker?" dalam kantuk Airen masih lagi menyoal. 

"Ha'ah. Dia suka berjalan pergi dekat orang. Tambah-tambah orang yang dah halal macam kau" senyuman gatal terukir di bibir merahnya.

"Apa-apa jelah" Airen mengalah. Dah nak tidur pun masih nak gaduh lagi. Apa daa.. Dalam tidurnya dia terasa ada kucupan di dahi. Keliru sama ada itu mimpi atau realiti. Entah la.

__________

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now