Part 29 - Taman tema air

33.3K 954 7
                                    

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh memakan masa lebih kurang 3 jam. Mungkin kerana jalan pada pagi itu tidak terlalu sibuk dengan kenderaan. Mereka sempat makan bekalan yang dibawa tadi di RnR bagi mengisi perut yang kosong. Nasib la bawak bekas makanan yang jenis pakai buang tu. 

Kereta diparkir di hadapan taman tema air itu. Keadaan agak lengang kerana hari ini merupakan hari bekerja. Mungkin juga kerana masih awal. Langit yang agak mendung dipandang.Jam di dashboard hadapan dipandang sekilas. Dah pukul 10.45 maknanya dah boleh masuk. Mana pulak Harris ni. Lambat betul mamat ni.

Telefon bimbitnya dicapai. Sempat dikerling Airen di sebelah. Jelas tergambar keterujaan pada wajah itu. Mana taknya, senyum sampai telinga dari tadi. Arissa dan Ameena pula meloncat kegembiraan di seat belakang. Cermin mata hitam dibetulkan bagi menyesuaikan kedudukan pada mata.

"Weh mangkuk. Kau sampai mana dah. Lambat sangat pahal" tanpa salam Radhwan tterus menyembur Harris di hujung talian. Perkara biasa baginya.

"Acik kau. Aku on the way la. Sabar sikit boleh tak?" marah Harris pula. Layan Radhwan sampai kesudah tak akan habis.

"Cepat sikit. Lembap!" kata Radhwan. Sengaja menaikkan amarah kawannya. 

"Tunggu jelah jimbut" Harris membalas. Entah apa perkataan jimbut tu. Dia sendiri pon tak tahu. Asalkan sedap disebut sudahh..

"Aku beli masuk dulu. Kitorang tunggu kat dalam" Radhwan meminta diri. Penat mahu menunggu Harris yang terlalu slow. Pintu kereta dibuka.

"Yelahh.." talian dimatikan. Harris meneruskan pemanduan. Dia mengerling Farah di sebelah. Amboih tidur.. Ingat aku ni driver dia. Jangan meleleh air liur tu sudah!. Reject terus dari senarai calon isteri.

"Jom Rissa, Meena. Kita masuk dulu. Jap gi Uncle Harris sampai". Radhwan membuka pintu kereta berlakang. 

"Yeayy" Arissa dan Ameena bersorak. Seronok nak main air la tu. 

"Airen. Satgi kau bawak Arissa dengan Ameena tukar baju dulu. Lepas tu hantar diorang kat aku. AKu tunggu kat luar tandas." arah Radhwan. Ameena didukung dengan sebelah tangan manakala sebelah lagi menjinjit beg pakaian.

"Baik bos" balas Airen. Tangannya diletakkan di kepala seperti askar nak berkawad. Tangan Arissa dicapai dan dipimpin kemas. Kalau hilang mampus aku. Nak jawab apa kat mak ayah dia. Zaman sekarang banyak kes culik berlaku. Hatta depan mak bapak diorang sendiri pon masih lagi boleh berlaku penculikan. Semakin gila orang sekarang. 

"Bagus" Radhwan tersenyum. Kereta dikunci dan mereka bersama-sama bergerak ke arah kaunter tiket.

_________


"Sampai pon. Ingatkan sesat dah" kata Radhwan apabila melihat Harris dan Farah melangkah seiring ke arah mereka. Pengunjung di taman tema itu semakin bertambah. Pelbagai jenis manusia yang ada di situ. Ada yang datang bersama keluarga dan ada juga bersama kawan-kawan. Kebanyakkan di situ hanya golongan muda sepertinya.

Mereka sedang berehat di salah sebuah kedai makan di situ. Baju yang basah tadi mulai kering. Lama sangat menunggu kehadiran Harris dan Farah. Aiskrim yang dipesan tadi juga sudah selamat masuk dalam perut. 

Radhwan hanya mengenakan singlet hitam dan boxer mandi. Jelas menunjukkan lengan berotot milik lelaki itu. Tak lupa juga cermin mata hitam yang elok tersangkut pada mata. Manakala Airen pula memakai t shirt lengan panjang warna hitam dan seluar panjang warna senada. Tudung Ariani hitam cantik terletak di kepala. Menutup segenap aurat yang dijaga rapi. 

"Airen. Suami awak ni memang tak penyabar eih?" kata Harris. Dia mengambil tempat di sebelah Radhwan. Dia baru sahaja selesai menukar pakaian mandi. Baju lengan pendek warna putih digayakan di tubuh sasanya.

"Selalunya macam tu lah" jawab Airen. Menyokong kata-kata Harris. Dia mengerling Farah Nadirah di sebelah. Gadis itu asyik mengusik Arissa. Tak habis-habis mengacau budak-budak!

"Ish..ish! Dengan perangai tak sabar dia tu, rasanya awak sekarang mesti tengah berisi. Kan?" balas harris selamba. Muka Airen bertukar riak. Darah mula menyerbu ke muka. Malu bukan kepalang.

"Of course! Kau tak pernah buat, duduk diam sudah. Nanti ada bini buat puas-puas. Kembar enam pon aku tak kisah". Radhwan tersenyum puas. Harris dipandang dengan ekor mata.

Airen dan Farah berpandangan. Lelaki kalau boleh sembang ish-ish. Mereka yang perempuan pula berasa malu. Farah memandang Harris yang ketawa besar. Dasar lelaki miang!

"Kita tengok nanti. Kembar 10 aku bagi kau" kata Harris bersama sisa tawa. Otak kotor betul mereka ni. Elok kena cuci dengan sabun dettol, bagi hilang kuman yang melekat kat otak tu. Kalau tak berkesan jugak, kena sental dengan berus dawai kuprum. Last kalau tak bersih jugak tak tahu la nak kata apa. Baik pergi derma jer kat hospital. Tu pun entah hospital terima ke tak. 

"Tak malu" Radhwan membaling botol kosong kepada Harris. Dah la Arissa dan Ameena tengah dengar. Nasib la budak-budak tu tak paham apa. Kalau tak naya aku nak jawab dengan Humaira nanti. Muka merah Airen dipandang. Betul ke Airen mengandung? Alangkah bahagianya jika benar. 

"Kau dah la lambat. Mulut tu bukan main mengata aku. Kau tunggu bila kahwin nanti. Aku mengadu perangai tak senonoh kat bini kau. Baru kau tahu siapa Airez Radhwan. Hah!! Tak payah cari jauh sangat calon bini. Farah ada boleh jadi isteri kau. Otak kau tu kena cuci sikit. Sesuai la sebab Farah kerja nurse. Ha Farah, malam pertama nanti jangan lupa suntik ubat tidur dulu kat budak ni" panjang lebar Radhwan membebel. Siap kenankan Harris dan Farah. Harris tersentak. Eh apsal aku dengan minah tu pulak.

Farah angkat muka apabila terdengar namanya. Eh, asal nama aku pulak yang muncul. Hello I tak ada kena mengena dalam ni okay. Nak gaduh pergi jauh-jauh. Tak yang aku tak paham apsal nak kenankan aku dengan mamat gatal tu. Eeuuu malam pertama bagai. Tak pernah terlintas langsung nak kahwin dengan mamat tu. Kalau betul la kan.. bukan takat ubat tidur jer aku suntik, sekali racun pembunuh aku bagi .. Hishh mintak simpang la.

"Kau ni memang tak reti diam eih? Cot-cet jer kerja. Selalunya perempuan yang membebel. Ni terbalik pulak. Ke kau ni perempuan? Tak sangka selama ni aku kawan dengan perempuan" balas Harris. Kepalanya digeleng seperti menyesal berkawan dengan Radhwan yang disangka pondan. Kata-kata Radhwan untuk menjodohkannya dengan Farah bagaikan angin lalu. Langsung tidak masuk dalam otak Harris kerana dia tahu perkara itu tidak akan berlaku sama sekali. 

Walaupun begitu, dia tetap memandang sekilas Farah yang sedang melayan Ameena. Dia mahu melihat tindak balas wanita itu. Langsung tiada reaksi pada wajah itu. Hanya muka kering yang dipamerkan. Chett!!

"Mulut kau... Mintak makan kaki nampak. Aku humban dalam air tu kang" marah Radhwan. Kecik besar jer aku tengok mamat jendul ni.

"Tengok! Melawan je kerja dia. Airen, macam mana awak diamkan suami awak ni? Awak tak sakit telinga ke dengar dia potpet" tanya Harris kepada Airen. Tak habis lagi ke? Belum sempat Airen membuka mulut, Radhwan pantas memotong.

"Senang jer dia nak bagi aku diam" Radhwan jongket kening. Senyuman gatal terukir di bibir. Harris tayang muka menyampah. Paham sangat!

________

Kasih Yang HilangDonde viven las historias. Descúbrelo ahora