Part 25 - Aku nak kau

44.9K 1K 5
                                    

"Weh.. boleh tak kau bukak tudung tu? Aku rimas la tengok" kata Radhwan ketika mereka berada dalam bilik wardrobe. Airen sibuk menyangkut baju yang dibeli tadi pada hanger. Mamat ni je yang menyibuk masuk sekali. Konon nak tengok Airen mengemas baju.

"Kenapa? Selama ni okay jer" wajah Radhwan yang sedang bersandar dipandang. Tangan lelaki itu disilangkan ke dada.

"Aku cakap buka, buka jelah" Radhwan menarik muka.

"Awak yang suruh saya pakai dulu. Awak tak suka saya tunjuk rambut. Awak kata saya macam ahli sihir kalau buka tudung. Sama jahat den..." kata kata Airen terhenti. Matanya terbeliak dengan tindakan drastik Radhwan. 

Cupp !

Bibirnya dilepaskan perlahan oleh Radhwan. Wajahnya sudah bertukar merah. Jantungnya berdegup kencang seperti mahu melompat keluar dari badan. Pipinya diusap lembut oleh tangan kasar lelaki itu manakala sebelah tangan lagi merangkul erat pinggangnya.

"I'm sorry. Sekarang ni aku suruh kau buka tudung. Lepas ni tak payah pakai dah dalam rumah ni. Kecuali kalau Abang Danial balik. Okay?" bisik Radhwan. Hidungnya sudah bertemu dengan hidung milik Airen. Tangannya menarik perlahan tudung yang menutup rambut panjang Airen. Cantik! Mata mereka saling bertentangan. Beberapa minit kemudian Airen tersedar. Kepalanya ditundukkan memandang lantai.

Radhwan tersenyum melihat wajah merah isterinya yang sedang menunduk. 

"Awak pergi la tunggu dekat luar. Saya nak kemas bagi habis ni" kata Airen sedikit gugup. Rambut yang jatuh diselitkan di tepi telinga. Tangannya berpura-pura mengemas baju. Ya Allah! Rasa macam nak pecah dada. Berharap sangat agar Radhwan keluar dari bilik itu. 

Radhwan hanya buat tak tahu. Dia lebih suka berdua-duaan dengan isterinya dalam bilik ini.

"Airen.. Kau belum try lagi baju yang aku beli tadi" kata Radhwan apabila matanya tertancap pada baju tidur seksi yang digantung dalam almari. Merah aumm..

"Perlu ka?" soal Airen. Gila apa.. Malu tadi pon tak hilang lagi. Ni nak suruh pakai baju seksi tu pulak. Lagi la malu!

"Perlu la. Cepat pergi try" kata Radhwan. Belakang tubuh Airen yang membelakanginya dipandang.

"Tak nak la.." balas Airen. Kepalanya digeleng laju. 

"Try jelah. Aku nak tengok" bibirnya diketap. Geram dengan kedegilan isterinya.

"Tak nak!"

"Kau nak aku pakaikan?" Radhwan sudah mula mengugut. Mata gatalnya melirik pada tubuh Airen. 

"Lagi la tak nak" Airen menjeling tajam. Eii macam perogol bersiri

"Lebih baik kau try sendiri daripada aku yang tolong pakaikan. Aku okey jer. Cuma aku risau jadi benda lain kang. Tak pasal-pasal mama dengan papa dapat cucu" Radhwan menahan ketawa dalam hati melihat muka cuak isterinya. Macam la tak pernah buat. Ehh !!

"Seksi sangat masalahnya"  Airen merungut. Tangannya mencapai baju seksi berwarna merah yang digantung dalam almari. Baju itu dibelek. Hanya baju itu yang paling elok pon. Baju lain yang dibeli Radhwan semuanya jarang dan singkat paras paha. 

Ni kalau aku pakai paras paha kut.. Tapi aku pendek ja. Maybe paras lutut. Airen berkata dalam hati

"Alah bukan dosa pon. Aku sorang jer ada dalam bilik ni" balas Radhwan. 

"Tapi..."

"Maybe kau nak aku pakaikan" Radhwan menghampiri isterinya. Sengaja mahu mengusik.

"Eh takpa2.. Saya boleh pakai sendiri". Baju itu dicapai dan dibawa ke bilik air. Bukan boleh percaya sangat Radhwan ni. 

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now