Raya Special

76.6K 2.9K 324
                                    


Adam termenung melihat kolam renang di hadapannya. Sesekali jam tangannya direnung. "Baru pukul tiga petang? Alah.. lama lagi nak berbuka ke?" dia mengeluh. Perutnya yang dari tadi takberhenti berkeroncong diusap perlahan. Dia memandang ke arah kanannya apabila terdengar suara orang ketawa.

"Kenapa gelak?" soalnya apabila melihat susuk tubuh isterinya. Raihana duduk di sebelah Adam. "Abang tu lah.. nampak macam budak kecil baru belajar puasa." ejeknya.

Adam memuncungkan bibirnya. Pandangannya dilemparkan le arah lain.

Terasa tahu tak? Dia tu dahlah dah bertahun takpuasa. Waktu kahwin dengan Raihana pon bukannya dia pernah puasa. Dua tahun pertama diorang kahwin, Adam memang takpernah puasa sebab waktu tu dia jahil lagi. Masuk tahun ketiga pon dia takpuasa sebab waktu tu dia baru sedar dari koma. Jadi doktor takgalakkan dia puasa. Tahun ni dia dah nekad nak puasa penuh. Tapi isteri dia bukan nak bagi sokongan. Main ejek- ejek pula.

Adam menjeling Raihana apabila isterinya itu mencucuk pipinya perlahan. Raihana tersenyum sebelum menyandarkan kepalanya pada dada bidang Adam. Lengan Adam dipeluk. "Tu lah.. orang kejut sahur dia taknak bangun. Kan dah lapar." Raihana memerli.

Adam mencebik. Pelukan Raihana dilepaskan. "Alahai merajuk pula dia."

Suaminya itu masih mendiamkan diri, menunggu Raihana memujuknya. "Abang janganlah merajuk.." Raihana pula yang sudah muncung sedepa. Lengan Adam dicucuk berkali- kali. Adam mengeluh perlahan. Hidung isterinya dicuit lembut.

"You are so lucky I love you." dia tersenyum. Raihana membalas senyuman Adam.

"I love you more!"

"Abang.. abang tolong suapkan twin makan eh? Angel ada kerja sikit nak buat.." sambung Raihana lagi.

"Alah.. waktu puasa ni nestum diorang pon nampak sedap. Kalau abang rasa nak berbuka macam mana?" soal Adam. Dia menayangkan wajah meminta simpati. Raihana ketawa kecil. Hidung Adam dicuit.

"Jangan nak mengada. Kalau abang berbuka angel taknak kawan dengan abang." ugutnya sebelum meninggalkan Adam.

Adam mengeluh. Dia mengatur langkah ke dalam rumahnya. Farhan dan Gibran yang sedang berebut anak patung Nemo. Farhan menarik patung itu dengan kakinya manakala Gibran pula menghalang Farhan dengan menggigit kepala patung tersebut.

"Aduh.. sayang.. nak main tarik- tarik pon pakailah tangan." tegurnya. Farhan dan Gibran mengalihkan pandangan mereka ke arah Adam.

"Eidii!! *Daddy*" jerit keduanya. Mereka berlari terkedek- kedek ke arah Adam. Kaki Adam dipeluk. Mereka mendongak memandang Adam. "Up! Up!!" pinta keduanya serentak.

Adam menundukkan pandangannya sebelum tersenyum. Dia segera mendukung kedua puteranya itu. "Eidii.. wiyah hanggeriy..*daddy, we are hungry..*" ucap keduanya. "Yelah.. kita makan jom. Eh, salah salah.. korang jer yang makan. Daddy takboleh join." Adam memuncungkan bibirnya.

Gibran ketawa melihat reaksi daddynya. Kepalanya disandarkan pada leher Adam. Farhan pula merenung Adam. Dia menepuk muncung Adam berkali- kali lalu mencium pipi lelaki itu lama.

Adam hanya tersenyum lalu mengatur langkah ke dapur.
***

"Angel!" panggil Adam. Dia segera memeluk Raihana dari arah belakang. "Selamat hari raya.." bisiknya. Raihana tersenyum sambil menepuk tangan Adam perlahan. "Selamat hari raya, abang."

"Angel.. abang minta maaf sangat- sangat. Abang tahu abang banyak salah dekat isteri abang ni.. Maafkan abang ya?" pintanya.

"Angel dah lama maafkan abang.. Angel pon minta maaf sangat- sangat..,"

"Don't apologize.. you never do anything wrong.." Adam memintas.

Raihana ketawa kecil. Pelukan Adam dileraikan sebelum dia memandang suaminya itu. "Sejak bila waktu raya nak minta maaf kena peluk- peluk ni? Bukan patutnya kena salam ke?" soalnya.

"Biarlah.. family kita kan special." jawab Adam lalu mencium dahi isterinya.

"Assalamualaikum!"

Alah.. siapa pula yang datang ni?

"Waalaikumussalam!" jawab Adam dan Raihana serentak. Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum mengatur langkah ke pintu.

"Alahai.. maaf eh. Kitorang taknak beli barang. Sila berambus sebelum anda dihalau." ucap Adam setelah pintu dibuka. "Eh tapi baby Aisyah dengan mama dia ni boleh masuk. Jemput jemput. Tapi suruh pakistan jual karpet ni blah eh?" sambung Adam lagi.

"Kurang asam kau, Adam. Muka aku yang iras- iras Park Bogum ni kau kutuk?" jawab Irfan.

"Kalau kurang tambahkanlah." balas Adam dengan nada takbersalah.

Iman dan Raihana ketawa. "Jom masuk. Biarkan dua orang ni kat luar." Raihana mengajak Iman dan masuk ke dalam, meninggalkan Adam dan Irfan di luar.

"Jemputlah aku masuk, takguna." arah Irfan.

"Bak sini duit raya baru boleh masuk."

"Takde duit. Cepatlah panas ni!"

"Takde duit?! Jangan bohong nanti kena bakar dalam api Neraka. Aku baru jer lepas bagi bonus kat kau kan?"

"Apa ni? Kau kan kaya. Bagi lah duit kat diri sendiri." bahu Adam ditolak sebelum dia melangkah masuk.

"Ya Allah.. Irfan takmalunya kau. Aku takjemput pon kau masuk." perli Adam.

"Wei ayah kau mana?" Irfan cuba mengubah topik. "Oversea. Ada kerja. Tengah usaha cari mummy baru untuk aku kot. Raihana pula taknak balik kampung dia. Takready lagi katanya." jawabnya.

Astaghfirrullahalazim.. Adam, sejak bila kau suka sangat buat loyar buruk ni?

"Kau tu, kenapa takberambus balik kampung?" soal Adam pula.

"Aku dengan Iman memang kampung kat KL jer lah." jawab Irfan. Adam hanya mengangguk faham. Keduanya mengatur langkah ke ruang tamu.

Gibran berlari ke arah Adam. Adam mendukung Gibran dan meletakkan Gibran di atas pangkuannya.

Farhan memanjat sofa. Aisyah yang sedang duduk di atas pangkuan Iman dipandang. "Aii!! *Hii!!*" tangannya dilambai- lambaikan ke arah gadis itu. Aisyah tertawa sebelum melambai kembali.

Semua mata mula memerhati ke arah mereka berdua.

"Yuu.. mine. *You.. mine.*" tangan kecilnya memegang kedua belah pipi Aisyah sebelum dia mencium pipi gadis kecil itu. Farhan tersengih sebelum berlari ke arah Raihana.

"What the..,"

Irfan segera menutup mulut Adam. "Patutnya aku yang carut."

"Anak aku baru lepas.., "

"Haah.."

Iman dan Raihana berpandangan sesama sendiri.

Gibran menayangkan wajah menyampah. Kedua matanya masih ditutup rapat dengan tangan.

"Err.. jemput makan." pelawa Raihana. Masing- masing ketawa, masih cuba mentafsir kejadian yang baru sahaja berlaku tadi.

TAMAT

maaf 😂🔫

ahaha taksangka siap juga part ni 😂🔫

hope you like it

kalau taksuka pon buat2lah suka.

Pada yang confuse, Gibran and Farhan adalah anak Raihana dan Adam. Umur diorang 2tahun.

Aisyah pula anak Iman dan Irfan. She's almost 1 year old.

Isteri Yang diBeliWhere stories live. Discover now