Bab6: Jual Beli

129K 4K 349
                                    

Berdebar jantung Taufiq saat pertama kali dia melangkah masuk ke dalam kelab malam itu. Dia duduk di hadapan Adam. Terkedu lidahnya melihat idolanya itu sedang khayal meneguk minuman Syaitan sambil dikelilingi oleh perempuan- perempuan seksi. Dia semakin berasa takselesa. Namun sempat pula dia berasa kagum dengan lelaki itu. Kalau kau ada duit, ada kuasa, kau boleh miliki apa sahaja yang kau mahukan.

Terdetik juga di hatinya untuk melakukan hal yang sama. Nafsu lelakinya turut dicabar apabila seorang wanita di situ tiba- tiba sahaja menggodanya. Baru sahaja dia hendak tewas, kotak mindanya teringat akan tunangnya. Dadanya diurut berkali- kali. Tubuh wanita itu ditolak perlahan. "Why? Don't you like her?" soal Adam, seakan menguji. Segelas arak dituang dan dihulurkan kepada Taufiq. Adam tersenyum sinis apabila lelaki itu cuba menolak pelawaannya.

"Kenapa encik ajak saya bincang kat tempat macam ni? Saya.. saya takbiasa." luahnya. Pandangan matanya hanya menghadap lantai, taksanggup melihat 'perhiasan' wanita yang sedang mengelilinginya. "Berapa duit yang kau perlukan? Aku boleh bagi berapa jer kau nak. Lagipun, aku tahu bisnes kau nak hancur. Business partner kau dah lari kan?" soal Adam sinis. Nak gugur jantung Taufiq mendengar kata- kata Adam. Mana mamat tu tau tentang masalah dia? Rasanya dia takpernah ceritakan hal tu pada Adam.

Adam ketawa melihat wajah blur Taufiq. Taksia- sia dia upah penyiasat untuk menyelidik tentang kisah hidup Taufiq dan Raihana. Nampaknya, perangkap dia akan mengena. "Kenapa.. encik nak sangat bantu saya?" soal Taufiq pelik. "Sebab aku nak tunang kau." balas Adam tenang. Membulat mata Taufiq mendengarkan penjelasan Adam. Dadanya berombak menahan marah. "Maaf. Saya balik dulu." baru sahaja Taufiq ingin mengangkat punggungnya, Adam terlebih dahulu mencampakkan sekeping cek padanya.

"Aku rasa 500,000 ni cukup untuk pulihkan bisnes kau dan untuk kau bagi aku tunang kau." uji Adam. Manusia mana yang taknak duit? Mustahil lelaki sepertinya mampu menolak duit sebanyak itu. Taufiq menelan liurnya yang terasa payau. Jumlah yang ditawarkan itu memang menguji dirinya. "Tu.. tunang saya.. taksemurah ni." dia masih cuba menolak tawaran Adam. "Kalau macam tu, I'll give you another five hundred thousand. Aku rasa nilai tu dah lebih dari cukup."

Terkedu Taufiq mendengar tawaran Adam. Kenapa lelaki itu nak sangat dengan Raihana. Tanpa disedari, dia meneguk arak yang terhidang di hadapannya. Fikirannya mulai bercelaru. Adam tersenyum kemenangan. "Good. Kau dah pandai minum." air di dalam gelas Taufiq di tambah lagi. Tekak Taufiq terasa panas sedikit kerana pertama kali mencuba air tersebut. Air itu diteguk lagi. Kedua- dua cek di atas meja itu dipandang lama.

"Sa.. saya takboleh.. She's my fiancé.."

"Dengan duit sebanyak ni, kau boleh dapat perempuan lebih baik dari dia."

"Kenapa encik nak sangat dengan Raihana?"

"I just want her badly. That's all."

Satu keluhan berat dilepaskan. Rambutnya diraup kasar. Dia perlu korbankan insan yang dia cinta atau biarkan bisnes yang susah payah dia bina bankrap? Kali ini, tanpa perlu disuruh sesiapa, Taufiq sendiri dengan relanya meneguk air Syaitan itu sehingga bergelas- gelas. Wanita disebelahnya mula membelai tubuhnya manja. Taufiq hanya membiarkan. "Ok. You can have her." dia membuat keputusan. Kedua- dua cek tadi diambil dan disimpan. Adam bangun dari duduknya. "You have made a good decision. Mana aku boleh ambil dia?" soal Adam. "Saya akan uruskan hal tu." balasnya.

Adam mengangguk perlahan. Bibirnya taklekang dengan senyuman sinis. "Sebagai tanda terima kasih aku, kau boleh pilih mana jer perempuan kau nak. Aku belanja." langkahnya mula diatur pergi. 'Aku dah agak. Duit memang lagi bernilai daripada cinta bodoh kau tu.' ejek hatinya. Taufiq masih di dalam club. Dia semakin kalah dengan godaan Syaitan. Perempuan- perempuan di sana takhenti- henti menggodanya. Akhirnya, malam itu Taufiq tewas, dia hanyut di dalam lautan dosa.
***

Raihana melihat jam tangannya berkali- kali. Dia mulai bosan. Sms yang diberikan Taufiq tadi dilihat sekali lagi.

* Jumpa dekat jalan simpang hotel sekarang. Urgent!*
Taufiq

Apa yang Taufiq nak bagitahu dia? Kenapa nak jumpa dekat situ malam- malam buta macam ni sedangkan esok pun mereka masih boleh berjumpa? Raihana melihat ke kiri ke kanan. "Mana Taufiq ni? Kata tadi nak jumpa.." bebelnya sendirian. Sampai betul hati tunangnya itu biarkan dia terpacak dekat tepi simpang tu seorang diri. Raihana nekad, dia hendak pulang ke bilik hotel. Takut pula dia berdiri di situ sendirian. Kalau ada orang kacau dia macam mana?

Baru sahaja Raihana memalingkan tubuhnya, dapat dia dengari sebuah kenderaan berhenti betul- betul di belakangnya. Taufiq ke? Langkah Raihana terhenti. Tatkala dia hendak berpaling, mulutnya ditekup dengan sehelai kain. Mata Raihana terbeliak. Apa jadi ni? Siapa dekat belakang dia? Raihana cuba menjerit meminta tolong namun suaranya tak kedengaran. Dia cuba melawan namun kudratnya tidaklah sekuat mana.

Tubuh Raihana kian lemah. Matanya kian memberat. Saat itu, dapat dia rasakan bahawa tubuhnya ditarik ke dalam kenderaan itu. Pandangan Raihana mulai kabur. Namun dia tetap cuba untuk melepaskan dirinya. Dengan kudrat yang masih berbaki, Raihana menolak tangan yang menutup mulutnya itu sekuat hati. "Lepaslah!" jeritnya. Dia cuba melompat keluar dari kenderaan itu namun tudungnya direntap kuat. "Diam!" marah satu suara. Pipi Raihana ditampar kuat. Kepala Raihana terasa berat sebelum matanya terpejam rapat. Dia pengsan.
TBC

Isteri Yang diBeliWhere stories live. Discover now