New Babies(story)

22.3K 407 7
                                    

Title: Purple Hyacinth

Sinopsis:

"Anak pembunuh!" pisau lipat di tangan terus di hunuskan ke bahagian dada Khalish. Namun lelaki itu lebih pantas mengelak. Dia menjatuhkan diri ke lantai. Anggerik mendengus geram. Sekali lagi dia cuba untuk menikam lelaki itu.

Khalish segera memegang tangan Anggerik. Kemudian tangan gadis itu ditolak ke bahagian belakang badan. Anggerik ingin menjerit menahan sakit. Namun jeritannya tertahan oleh tangan kanan Khalish yang sudah menutup mulutnya.

"Kau siapa?" lelaki itu menyoal. Anggerik cuba melawan. Dia rasa tak selesa dengan kedudukan mereka sekarang.

"Orang yang nak rampas apa yang keluarga kau dah rampas dari aku."

Mereka berasal dari dunia yang sama. Namun kisah hidup keduanya jauh berbeza. Takdir menemukan keduanya dalam cara tak boleh diterima akal.

"Let me pay for my sins, while also making you my queen."

Entah lelaki bernama Tengku Khalish itu jujur atau tidak, Kasih Anggerik sendiri pon tidak tahu. Mana mungkin dia boleh menerima lelaki itu di dalam hidupnya. Tak mungkin Anggerik boleh terima seseorang yang berasal daripada keluarga yang telah meragut kebahagiaan dia.

Purple hyacinth, merujuk pada bunga yang membawa erti "memohon kemaafan."
Namun bisakah kemaafan itu diperolehi?

Antara sayang, adanya dendam.
Antara cinta, bersulamnya benci.
Andainya ada rindu yang dipendam.
Biarlah kasih mekar di hati.

"Sampai mati pon aku tak akan maafkan engkau, Khalish!"

"Dan sampai mati juga, aku tak akan berhenti untuk cuba dapatkan kemaafan dari kau, Anggerik."

Andainya wujud cinta dan benci, agaknya perasaan yang mana lebih menguasai hati?


Cover:

Bab pertama akan di update pada:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Bab pertama akan di update pada:

Isnin (16.08.2021)

Isteri Yang diBeliWhere stories live. Discover now