Bab15: Pelik

139K 4.6K 424
                                    

thanks for reading this story, add it to your reading list, and for voting it 😂 jadi malam ni author post terus 2bab ok 😂
#author terharu 😭😘😂
* * *

thanks for reading this story, add it to your reading list, and for voting it 😂 jadi malam ni author post terus 2bab ok 😂#author terharu 😭😘😂* * *

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Do you love him?"

"Hah?" berkerut dahi Raihana tatkala mendengar soalan yang keluar dari mulut Irfan. "Awak cintakan dia? I mean.., En. Adam." ulangnya. Wajah Raihana dipandang dalam, menanti jawapan jujur dari gadis itu. Jujur, dia pun taktahu mana datangnya keberanian untuk dia tanya soalan tu. Tapi yang pasti, dia nak Raihana bahagia. "Boleh takkalau.., saya taknak jawab soalan tu?" soalan Irfan dibalas dengan soalan.

Lelaki itu berpeluk tubuh. Sebelah keningnya terangkat. Entah kenapa, dia seakan tahu jawapannya walaupun gadis itu enggan menjawab. "Awak patut buat dia cintakan awak." cadangnya. Raihana ketawa kecil. "Saya takmampu. Dia takkan nak dekat saya." balas Raihana. Satu keluhan berat dilepaskan. Adam nak cintakan dia? Sampai mati pun takkan agaknya.

"Tapi awak perempuan pertama yang mengandungkan anak dia."

"Apa yang awak cuba sampaikan ni?"

"Buat dia cintakan awak. Awak orang yang paling layak untuk dapatkan cinta dia. Dia patut bersyukur kalau dapat awak. Because, to be honest, he don't deserve someone perfect like you."

Irfan tersenyum memandang Raihana. "Saya pergi dulu." Irfan terus bangun dan meninggalkan Raihana yang masih blur. Raihana menghantar pemergian Irfan dengan pandangan matanya. Otaknya masih cuba mentafsir kata- kata Irfan. Patutke.., dia cuba untuk dapatkan hak dia? Macam mana nak 'jinakkan' Adam Mikhail?
***

Adam menyusun kembali pakaian- pakaian Raihana di dalam almari. Wajah Raihana yang sedang berehat di katil langsung tak dipandang. "A.. Adam.. Awak tak payahlah buat semua tu. Nanti biar saya buat sendiri." rasa serba- salah menguasai dirinya apabila melihat Adam yang terkial- kial hendak melipat pakaiannya.

"Shut up and rest. Kau tu baru keluar hospital." balas suaminya. "Ta.. Tapi..," "Shut up before I kiss your lips. It looks delicious." sambung Adam sebelum sempat Raihana menghabiskan kata- katanya. Raihana mengetap bibir bawahnya. Tubuhnya kembali dibaringkan di atas katil. Elok jugakan Adam bagi dia rehat? Lagipun diakan masih dalam pantang.

Akhirnya, kerja mengemaskan pakaian Raihana selesai. Adam memandang wajah Raihana yang masih kelihatan pucat. Wajah isterinya itu diusap lembut. Raihana tak memberikan sebarang tindak balas, menandakan bahawa dia sedang tidur. Kemudian tangannya turun pula ke perut Raihana yang sudah 'tidak berpenghuni'. Satu keluhan berat dilepaskan. "Sorry. I am.., truly sorry."

Tubir matanya yang mula bergenang dengan air mata segera diseka. Langkahnya diatur ke dapur. Telefon pintarnya dikeluarkan dan dia mula menaip sesuatu. "Orang dalam pantang kena makan apa eh?" kepalanya yang takgatal digaru dan matanya mula tertumpu pada skrin telefonnya. "Shit. What the hell am I doing right now?" soalnya pada diri sendiri.
***

Raihana turun dari anak tangga perlahan- lahan. Tubuhnya yang masih lemah menyebabkan pergerakannya menjadi lambat. Kalau boleh, memang dia hendak berehat sahaja di bilik tetapi apabila terbayangkan wajah dingin Adam, hasratnya itu terpaksa diabaikan. Langkahnya diatur ke dapur. "A.. Adam.. awak buat apa ni?"

Kerja- kerja Adam terhenti saat mendengar suara Raihana. Kedua tangannya disilangkan. "Kenapa turun?" soalnya takbernada. Raihana menelan liurnya saat melihat wajah dingin Adam. "Sa.. saya nak masak. Awak mesti laparkan? Maaf sebab tertidur lama sangat." Raihana hanya tunduk memandang lantai, takut untuk membalas pandangan tajam dari Adam.

"Bodoh. Tengah dalam pantang pun nak buat kerja." balasnya. Tangan Raihana ditarik, memaksa gadis itu agar duduk di meja makan. "Aku dah masak. Makanan ni elok untuk orang dalam pantang." ujarnya lalu duduk di sebelah Raihana. Pinggan yang sudah siap berisi nasi dan lauk itu segera dicapai. "Makan. Aku suapkan." arahnya lagi.

Raihana membulatkan matanya. "Sa.. saya boleh.., hurmm..!" nyaris tercekik Raihana apabila Adam tiba- tiba sahaja memasukkan sesuap nasi ke dalam mulutnya. "Makan. Jangan bising. Kalau tak, aku cium kau." ugut Adam. Bibir bawahnya digigit, sengaja ingin menakutkan lagi isterinya itu. Raihana akur, dia hanya membiarkan sahaja Adam menyuapnya sehingga selesai.

"Kenapa buat baik dengan saya?" soal Raihana sewaktu Adam sedang membasuh pinggan mangkuk. Adam ketawa sinis. "Aku? Buat baik dengan kau? Tolonglah.. Jangan perasan." balasnya. Dia mengelap tangannya sebelum mendekati Raihana. Raihana cuba mengalihkan wajahnya namun gagal apabila Adam mencengkam kedua pipinya kuat.

"Kau kena sihat sebab aku masih nak 'pakai' kau. Macam aku cakap sebelum ni, aku dah 'ketagih' dengan kau. Jadi, kau kena berpantang betul- betul. Sebab aku taknak kau sakit waktu aku nak 'pakai' kau nanti."

Raihana menelan liurnya yang terasa kelat. Saat itu juga, nasihat gila Irfan berlegar- legar didalam kotak fikirannya. Anak mata Adam dipandang dalam, seakan cuba menyelami jiwa lelaki yang takberperasaan itu. "Dah puas scan muka handsome aku?" soalan itu membuatkan wajah Raihana berbahang. Malu!

Lelaki itu tersenyum sinis. "Tidur. Rest. Now." arahnya. Tubuh kecil Raihana dikendong erat. Mata Raihana membulat. Jantungnya berdegup kencang. Takpernah- pernah Adam dukung dia sebelum ni. "Sa.. saya boleh jalan.." ujar Raihana. Dada Adam ditolak perlahan, mengharap agar lelaki itu menurunkannya.

"No! Nanti kaki kau cramp."

Raihana mengetap bibirnya. Wajah Adam dipandang lama, seaman meneliti seluruh wajah lelaki itu. Perfect. Yes. Wajah Adam memang perfect. "Stop seducing me, Raihana. Don't look at me like that." suara Adam membuatkan Raihana memalingkan wajahnya. Pandang pun dikira menggoda ke? Pelik!
TBC

Isteri Yang diBeliWhere stories live. Discover now