Bab3: Perosak

137K 4K 224
                                    

Nak tercabut jantung Adam bila seorang wanita tiba- tiba sahaja muncul di hadapan keretanya. Nasib baik dia sempat tekan brek! "Aduh.. Perempuan murah ni nak apa doo.. Semak!" rungutnya. Dia keluar dari keretanya dan memandang wanita itu tajam. "Apa masalah kau? Nak mampus ke? Kalau nak mampus, pergi terjun bangunanlah. Bodoh!" marahnya. Wanita itu mendengus geram.

"Damn you, Adam! You dah jahanamkan hidup I, sekarang you nak blah macam tu jerke?" marah wanita itu. Adam tersenyum sinis. "Damia.. When did I ruined your life? Bukan kau memang dah rosak ke waktu aku 'guna' kau?" soalnya sinis. Kepala wanita itu dijuntal berkali- kali. Damia menggigit bibir bawahnya. "You kejam tahu tak?" marahnya lagi.

Bahagian depan kereta mewah Adam ditendang kuat kerana terlalu geram dengan sikap lelaki itu. Terbuntang mata Adam melihat aksi gadis itu. "Woii.., apa masalah engkau? Selamba atuk nenek kau jer nak tendang kereta aku." akibat terlalu marah, pipi Damia ditampar kuat. Nasib baik takjatuh tersungkur gadis itu. "Adam, I'm pregnant. And you are the father of this baby. I nak you bertanggungjawab." lengan Adam digenggam erat, mengharapkan simpati dari Adam.

Ketawa Adam pecah apabila mendengar kata- kata Damia. Tangannya ditepuk kuat sebagai tanda mengejek. "My baby? Kau nak kata ni anak aku? You have slept with alot of men but you only ask me to be responsible? Kenapa aku? Sebab aku kaya?" soalnya sinis. Damia rasa terpukul dengan kata- kata Adam. Pandangannya dilemparkan ke arah lain. Adam mengeluarkan buku cek dari keretanya. Sekeping cek dikoyak dan dicampak ke muka perempuan itu.

"Aku rasa 50,000 ni lebih dari cukup untuk perempuan semurah kau. Sekarang, berambus!" tubuh Damia ditolak kasar ketepi. Dia kembali masuk ke keretanya dan memandu pergi. Damia mengutip cek yang dicampak tadi. Hatinya menyumpah Adam berkali- kali. Tapi dia hanya mampu mendiamkan diri. Siapa dia untuk melawan lelaki sehebat itu?
***

Bunyi bising di bilik karaoke itu langsung tidak merimaskannya. Arak yang terhidang di hadapannya itu diteguk sehingga habis. Dua wanita yang duduk di kiri dan kanannya itu dipeluk erat. "So., siapa antara you berdua yang nak ikut I balik?" soalnya sambil menarik keduanya dekat dengannya. "I!!" balas keduanya serentak.

"Mana boleh, I jawab dulu."

"Apanya? I lah! Bukan you."

"I lah!!"

"Rileks boleh tak? I boleh bawa dua- dua sekali. Now, please stop fighting and enjoy our night." arah Adam. Kedua wanita itu tersenyum girang. Pipi Adam dicium dan tubuh sasa Adam dipeluk erat. Adam membalas pelukan keduanya. Tangannya mula menjalar pada badan kedua wanita itu. Kedua wanita itu turut melakukan hal yang sama. Dan malam itu, seperti hari- hari yang lainnya, Adam semakin hanyut dalam lautan dosa.
***

Al- Quran yang baru selesai dibaca itu dicium lama lalu disimpan di dalam almarinya. Telekungnya dibuka dan dilipat. Dadanya dipegang lama. Entah kenapa, makin dekat hari dia hendak ke KL, makin dia rasa taksedap hati. Sedang dia khayal melayani perasaannya sendiri, dia terdengar bunyi tingkapnya dibaling dengan sesuatu. Raihana tersenyum sendiri. Dia rasa dia tahu dengan 'hantu' yang mengetuk tingkapnya itu.

Langkahnya diatur ke arah tingkap biliknya. Tingkap itu dibuka. "Taufiq, awak takreti nak pergi tidur eh?" soalnya. Tunangnya itu tersenyum, menayangkan barisan giginya yang tersusun rapi. "Awak dah tidur ke?" soalnya pula. "Aahhh., saya dah tidur. Ini bukan saya tau, ni hantu raya. Saya yang asli tengah tidur dekat sana." balas Raihana. Boleh pula Taufiq tanya soalan yang cerdik pandai macamtu.

"Iyake? Saya taktahu pula yang sayang saya ni ada bela hantu raya. Patutlah cantik jer selalu." membulat mata Raihana mendengar usikan Taufiq. Kita nak kenakan dia, tapi kita pula yang kena balik! "Ish! Sukalah tu menyakat orang?" soalnya geram. "Sukalah kalau orang tu namanya Raihana Batrisya." jawabnya sambil mengenyitkan sebelah matanya. Pipi Raihana kemerahan mendengar jawapan Taufiq.

"Ermm., nak apa ni?" dia cuba menukar topik. "Kebetulan jer saya jalan- jalan sini tadi. Saja nak ambil angin malam. Tu yang jumpa awak ni." Raihana menggeleng perlahan. "Awak balik eh? Nanti ada orang kampung nampak, takmanis pulakan?" pintanya. Taufiq mengangguk tanda setuju. Dia memberikan flying kiss kepada Raihana sebelum melangkah pergi. Raihana tersenyum, tingkapnya ditutup kembali.

Bibirnya mengukirkan senyuman apabila mengingati perilaku Taufiq tadi. Lampu biliknya ditutup dan langkahnya diatur ke katil.
***

Telefonnya dicampak kasar ke dinding. 'Jahanam! Baru jer jumpa buah hati, ada pula masalah nak datang." marah hatinya. Kaki kerusinya ditendang kuat. "Adoi! Bodoh punya kerusi. Sial!" makinya. Takpasal- pasal kerusi yang takbernyawa itu menjadi mangsa makinannya. Rambutnya diserabutkan. Dia berjalan ke hulu- hilir, memikirkan masalah yang dihadapinya sekarang ini.

Taufiq stres. Macam mana dia boleh kena tipu dengan rakannya sendiri? Mana dia nak dapat duit untuk selamatkan bisnes kecil dia tu? Susah payah dia bangunkan bisnes keropok lekor dia, tiba- tiba sekarang ni nak bankrap pula! Dahlah tarikh perkahwinan dia dah dekat. Syiling rumahnya dipandang lama. "Aku kena pergi KL secepat mungkin. Dia kena bayar balik duit aku." ujarnya sendirian. Walau apapun caranya, dia kena selamatkan bisnes dia!
TBC

Isteri Yang diBeliWhere stories live. Discover now