Bab24: Indescribable

122K 3.8K 142
                                    

Semua orang layak diberikan peluang kedua.
Tapi bila kau sia- siakannya,
kau akan kehilangan segalanya.
Sebab
Peluang ketiga sukar untuk diperoleh.
***

"Raihana.. makan ya?" Adam cuba menyuapkan Raihana namun isterinya itu menggeleng, menandakan bahawa dia takmahu makan. "Please.. makan sikit ya? Daripada malam tadi takmakan? Macam mana nak sihat kalau taknak makan?" Adam masih cuba memujuk. Raihana hanya memandang ke arah dinding, dia jijik nak lihat wajah lelaki yang penuh dengan kepura- puraan itu. "Raihana.. please..,"

"Berambuslah! Saya kata taknak makan, awak takfaham ke?" marah Raihana. Pinggan yang dipegang Adam ditolaknya sehingga jatuh ke lantai. Adam mengeluh lalu mengutip setiap butir nasi yang tumpah. "Kalau marah abang, janganlah lepaskan dekat makanan ni. Makanan ni taksalah. Marah abang jer cukuplah." ujarnya. Raihana menjeling Adam. Nak kena marah betul- betul ke?

"Wahh.. apa tumpah- tumpah ni?" soal Irfan dari muka pintu. Dia masuk lalu duduk di sisi katil Raihana. "Apa jadi?" soalnya lagi. Raihana menggeleng sebelum tersenyum. "Aishh.. awak mesti takmakan lagi kan? Saya ada bawakkan makanan. Awak makan ya? Saya suapkan." ujar Irfan. Raihana mengangguk, dia membiarkan Irfan menyuapnya.

Adam meminta diri ke tandas, sebenarnya dia cemburu. Sampai hati Raihana biarkan Irfan yang suap. Siapa suami sebenarnya ni?

Irfan hanya menghantar pemergian Adam dengan pandangan matanya. "Awak buli Adam eh?" Raihana pantas menggeleng. "Mana ada." jawabnya. "Iyake? Habis tu kenapa muka dia macam tikus kena lenyek jer?" soalnya lagi. Raihana hanya mengangkat bahunya, malas menjawab pertanyaan Irfan.

"Raihana.. Adam ada bagitahu saya.. tentang perempuan yang awak nampak tu.." Irfan memandang wajah Raihana. "Adam tak..," "Kita jangan cakap pasal dia boleh?" Raihana memintas. Siapa dia nak tahu apa yang jadi? Dia kan taklayak.

"Tapi awak perlu tahu."

"Saya taknak."

"Sebenarnya..,"

"Tolong.. kita jangan cakap pasal ni dah ya? Biarlah apa dia nak buat. Saya tak kisah."

Irfan mengeluh perlahan. Dia ingat lagi macam mana Adam menangis, meraung, melalak waktu tengah ceritakan apa sebenarnya yang jadi waktu tu. Tapi, macam mana dia nak bagitahu Raihana kalau gadis tu sendiri pun taknak dengar? Lagi satu, kenapa wajah Raihana nampak dingin semacam jer bila dengan Adam? Dia takpernah tengok gadis itu berkelakuan sebegitu sebelum ni. Sumpah, takpernah!
***

Taufiq menghempaskan tubuhnya pada katil. Rambutnya diserabaikan. Asap rokok memenuhi ruang biliknya itu langsung tidak merimaskannya. "Adam.. sekejap jer lagi.. aku akan jahanamkan kau dan ambil balik Raihana.." dia ketawa sekuatnya, seakan sedang menonton sesuatu yang sangat kelakar.

"Selagi kau masih ada masa, lebih baik kau enjoy life kau puas- puas. Takpun, lebih baik kau bertaubat dan minta maaf pada semua orang." kata- katanya terhenti seketika saat dia mencapai sekeping gambar Adam yang turut memenuhi katilnya.

Senyuman sinis mula mekar di bibirnya. "Lepas ni, hidup kau akan tamat.. buat selamanya." sambungnya sebelum kembali ketawa.
***

Iman melihat pantulan dirinya pada cermin. Dadanya berdebar. Ok ke dia pakai macam ni? Kalau taksesuai dengan tempat yang Irfan nak bawa dia macam mana? Dia taknak malukan Irfan. Bunyi hon dari arah depan rumahnya menyebabkan lamunannya terhenti. Iman menelan liurnya. Langkahnya diatur ke arah pintu utama dan pintu itu dibuka.

Wajah Irfan yang sedang tersenyum manis ke arahnya dipandang seketika. "Iman.. cantiknya awak." pujinya ikhlas. Iman menundukkan wajahnya, malu dengan pujian yang diberikan Irfan tadi. "Irfan.. saya pakai macam ni.. ok ke?" soalnya.

Lelaki itu mengangguk laju sebelum memberikan thumbs up. "Lawa sangat. Kita gerak sekarang ya? Nanti lama pula parents saya tu menunggu." jawabnya. Mata Iman membulat. "Apa? Jumpa parents awak? Buat apa?" soalnya bertalu- talu.

Irfan tersenyum sebelum membukakan pintu pada bahagian temlat duduk penumpang. "Nanti awak tahulah ya?" jawabnya alu mengenyitkan mata.
TBC

Isteri Yang diBeliWhere stories live. Discover now