Bab29: Kenangan

122K 3.9K 451
                                    

Raihana duduk bersandar pada kepala katil. Lututnya ditarik mendekati dadanya dan kakinya itu dipeluk. Matanya memandang kosong ke arah luar jendela wad. Fikirannya bercelaru, masih cuba menerima hakikat yang baru sahaja dia dengari semalam. Menyesal? Ya. Dia teramat menyesal. Kemaafan daripada Adam pun dia taksempat pinta.

"Jangan sedih ya? Mungkin ni bukan rezeki kita. Nanti kita boleh usaha lagi." suara Adam menerjah telinganya.

"Usaha lagi? Takpayahlah. Nanti mesti En. Adam bunuh anak saya lagi kan? Dasar pembunuh takguna." dan dia terdengar suara dia pula.

Nanti. Dia ingat ayat tu. Itu.. memori lama dia bersama Adam. Waktu dia masih ditahan di dalam wad.

"Angel please.. abang tahu abang salah. Abang bunuh anak kita. Tolong, maafkan abang. Jangan buat abang macam ni." suara Adam menerpa kembali. Ya. Ini pula peristiwa waktu Adam melutut dekat dia, sebab nak dia maafkan Adam.

Dan apa yang dia buat? Dia tolak Adam ke lantai sambil cakap, "Awak fikir maaf awak tu boleh hidupkan anak saya? Sudahlah, buat apa minta maaf? Saya ni cuma tempat awak puaskan nafsu jerkan?" dia ingat lagi, macam mana Adam menangis sambil merayu supaya dia maafkan Adam. Tapi dia abaikan permintaan Adam. Sebab dia ego!

"Angel.. sayang.. nanti kita pergi honeymoon ya? Boleh tenangkan fikiran. Ya?" ini.. peristiwa yang jadi semalam kan? Sebelum Adam pergi kerja. Sebelum, Adam kemalangan.

"Taknak. Geli. Jijik. Saya tak keluar dengan pembunuh." itu yang dia balas. Tapi Adam masih juga tersenyum, macam baru lepas dengar Raihana luahkan kata- kata indah pada dia. "Angel kemas barang ya? Nanti abang usaha balik awal. Boleh abang tolong isteri abang ni pack barang."

"Taknaklah! Takfaham bahasa ke? Saya taknak honeymoon. Saya nak cerai!"

"Sampai mati pun abang takkan ceraikan angel."

"Kalau macam tu pergilah mati!"

Raihana tersentak. Mulutnya ditekup. Macam mana dia boleh tergamak kata dekat Adam macam tu? Mana pergi rasa hormat dia pada suami? Oh. Ya. Lupa. Rasa hormat tu dah kena pijak sampai lenyek dengan ego bodoh dia. Terima kasih atas jasa ego dia, Raihana sekarang ni dah taksempat nak minta maaf pada Adam.

Dia mengusap perutnya yang masih rata. Mampu ke dia besarkan anak dia sendirian? Apa nasib dia dan anak dia nanti?

Lamunan Raihana terhenti saat bapa mertuanya masuk ke dalam wadnya. Tan Sri Idham duduk di tempat duduk pelawat. "Raihana ok ke harini?" soalnya.

Raihana mengangguk, takmahu bapa mertuanya itu tahu tentang apa yang dirasainya. "Majlis.. pengebumian tu dah selesai ke?" soalnya pula. Kini giliran Tan Sri Idham pula untuk mengangguk. "Lepas Zuhur tadi, arwah dah selamat dikebumikan." jawabnya. Raihana mengangguk lagi. Pandangannya di halakan ke pintu wad apabila dua insan lain turut datang melawatnya.

"Irfan, Iman.. korang dari kubur juga ke?" soalnya. Kedua- dua mereka mengangguk.

"Terima kasih. Sebab tolong uruskan pengebumian arwah."

"Takpe. Itu dah tanggungjawab kami." jawab Irfan.

"Awak ok ke? Macam stres jer. Janganlah kusutkan fikiran tu. Nanti baby keluar muka masam jer baru tahu." sambung Irfan lagi.

Raihana menggeleng. "Saya ok. Saya cuma.. rindukan Adam. Saya taksangka yang dia..,"

"Jangan lemah macam ni ya? Lepas awak makan, saya bawa awak lawat dan ziarah dia. Kita pujuk doktor supaya kasi awak keluar sekejap." sampuk Iman. Raihana mengangguk. Dia tahu, keadaan dia yang masih lemah menyukarkan pihak hospital untuk mengizinkan dia keluar. Maklumlah, nak berdiri pun dia rasa taklarat sangat- sangat. Semuanya sebab kandungan dia jadi lemah waktu dia dengar berita pasal Adam.

Iman menayangkan bekal makanan yang dibawanya. "Awak mengidam nasi lemak kan? Ni saya dah masak."

Raihana mula menjamah nasi lemak yang disuap oleh Iman. Mengada- ngadakan? Sampaikan makan pun kena bersuap. Dia bukannya nak menggedik macam tu, tapi dia betul- betul tak larat. Sebab tulah Iman suapkan dia. Dan sebab itu jugalah, dia takpergi majlis pengebumian itu.

Tiba- tiba Irfan menepuk dahi. Terlupa pula dia hendak menyampaikan berita yang disampaikan oleh doktor tadi. Wajah semua insan di hadapannya itu dipandang sebelum dia bersuara.

"Oh ya. Dia dah keluar dari ICU."

TBC

Isteri Yang diBeliWhere stories live. Discover now