Bab11: Kejam

142K 4.3K 436
                                    

Raihana melihat pantulan dirinya pada cermin. Kesan lebam di bibirnya disentuh. "Ouch!" kemudian badannya pula dilihat. Kesan libasan tali pinggang pada tubuhnya disapu dengan minyak panas. Kesakitan yang dirasanya cuba ditahan. Bibirnya diketap bagi mengelakkan tangisannya kedengaran. Pakaiannya segera dipakai. Sakit hatinya melihat 'hadiah' dari suaminya itu.

"Kau tahukan apa aku buat kalau nampak kau menangis?" suara Adam memecah kesunyian. Raihana tersentak. Air matanya segera dikesat. Bila masa Adam bangun? Dia melihat Adam yang sedang mengikat tali bathrobenya dari cermin. Lelaki itu mula mendekatinya. "Aku ambil hak aku jerkan. Kenapa nak nangis? Bodoh." kepala Raihana ditunjal.

"Kalau kau bagi apa yang aku minta, mesti kau tak sakit." Raihana hanya tunduk memandang lantai, takberani menatap wajah Adam. "Sa.. saya nak masak." ujarnya. Lebih baik dia turun daripada menghadap lelaki itu lama- lama. "Nanti." tangan Raihana dicengkam kuat. Beberapa keping not 50 ringgit diletakkan pada telapak tangan isterinya itu.

"Ini tips kau untuk malam tadi."

"Adam! Saya bukan pelacur!"

"Memang bukan. Sebab kau lagi hina daripada diorang."

"Sudah!"

"Ilmu apa kau pakai sampai aku ketagih kat kau?"

"Adam.. saya banyak kerja ni."

Adam tersenyum sinis. " Gosok baju aku. Kalau ada kedut, aku seterika badan kau!" Raihana melihat Adam yang berlalu ke bilik air. Air matanya dilap. Pedih hatinya bila teringatkan kata- kata Adam tadi.
***

Sakit hati Adam bila ternampak Raihana bermesra dengan lelaki lain. Tapi, siapa lelaki tu ? Kenapa Raihana macam takut kalau dia ternampak diorang ? Argh! Perempuan murah! Depan aku tunjuk baik, tapi belakang aku, semua jantan kau nak layan. Kau suka sangat layan lelaki kan?

Adam memandang ketiga- tiga bodyguardnya. "Korang dah lama tak enjoy kan?" soalnya. "Mak.. maksud tuan?" soal seorang daripada mereka. "Haniff, I think you do know exactly what Iam saying about, right? Macamlah kau takbiasa clubbing." ujarnya sinis. Lelaki yang bernama Haniff itu terkedu, sementara kedua lagi rakannya cuba menahan diri daripada ketawa.

"I do know what you're trying to say, sir." balasnya. "Good. Naim, Irfan, korang pula faham tak?" kedua- duanya segera mengangguk. Well, bosnya macam setan, anak buahnya ikut menyetan jugaklah. "Ta.. tapi bos, kenapa bos tanya?" soal Naim. "I have something to share with you guys. A girl. Wanna try her?" soalnya takbernada.

"Kenapa tiba- tiba nak share your girl dengan kami?"

"Saja. Just answer me, korang nak atau tak?" wajah ketiga mereka dipandang, menunggu jawapan.
***

Pintu bilik itu dibuka perlahan, cuba untuk mengintai perempuan yang menghuni bilik itu. Nafasnya seakan terhenti apabila melihat seorang perempuan yang baru sahaja selesai mengerjakan solat. 'Perempuan macam ni ke.. yang bos nak kami.. jahanamkan?' hati Irfan mula dihuni perasaan serba- salah. "Guys, kita balik." bisiknya. Pintu bilik tersebut ditutup kembali.

"Kepala hotak kau! Susah- payah kita masuk rumah ni senyap- senyap, sekarang senang- senang jer engkau ajak kita blah!" marah Naim, namun masih cuba mengawal nada suaranya. "Kalau kau nak blah, kau blah. Benda free takkan nak lepaskan kot. Bongok!" Haniff terus meluru masuk ke dalam bilik tersebut, diikuti dengan Naim.

"Ko.. korang ni siapa?" nak tercabut nyawa Raihana bila dia nampak mereka merempuh masuk biliknya. "Tuan kau hantar kitorang. Kita enjoy sama- sama ya sayang." balas Naim. "Tu.. tuan? Adam?" air mata Raihana mula menitis bila mereka mengangguk. Ya Allah.., kenapa Adam buat macamni?

Dia mula menjauhi kedua lelaki itu. "Tolong.. jangan., Argh!!" tubuhnya semakin kuat menggigil bila Naim merentap lengan bajunya. "Aku cakap sudah!" Irfan berdiri di hadapan Raihana, cuba melindungi gadis itu. "Dia bukan macam perempuan yang selalu korang langgan tu. Let her go!"

"Jangan berlagak macam malaikatlah bodoh. Engkau pun sama jer!" jerlah Haniff. Dia cuba menarik lengan Raihana namun gagal apabila Irfan memeluk erat gadis itu. Raihana menangis. Lengan Irfan dipegang kuat, mengharap agar lelaki itu melindunginya.

"Aku cakap bak sini perempuan tu!" jerit Naim. Tubuh Irfan ditendang kuat, menyebabkan Raihana yang berlindung di sisinya turut terkena tempiasnya. Perut Raihana terhentak di sisi meja. Raihana jatuh terduduk. "Allah! Apa.. apa ni?" Raihana menekan perutnya, menahan kesakitan yang dialami.

Jantungnya berdegup kencang saat melihat darah merah memgalir keluar dari celah kangkangnya. "To.. tolong.." air matanya mengalir. Wajah ketiga insan di depannya dipandang sayu. "Tak.. jangan pergi.. tolong saya!" Naim dan Haniff berlari keluar, takut dengan apa yang dilihat. "Awak.. tolong.. tolong saya.. sakit.." Raihana memandang ke arah Irfan.

Irfan segera membaringkan Raihana di atas pangkuannya. "Ja.. jangan risau ya? Saya akan pastikan awak selamat." ujarnya. Telefon bimbitnya dikeluarkan, dia segera menelefon ambulans. Kepala Raihana terasa berat. Suara Irfan makin sayup- sayup kedengaran. Seketika kemudian, matanya terpejam rapat.
TBC

Isteri Yang diBeliWhere stories live. Discover now