Bab4: Pertemuan

127K 4.1K 391
                                    

Air didalam gelasnya dikacau. Jemarinya di ketuk- ketukan di atas meja. Dah cair semua ais di dalam gelasnya tu tapi kerja si Taufiq tak juga selesai. Jam di tangannya di pandang sekilas. Apa dia nak buat? Raihana mula bosan. Dsia nak keluar jalan- jalan tapi kalau sesat macam mana? Dahlah ini pertama kali dia datang ke KL. Namun apa yang lebih membuatkan dia taksenang duduk ialah seorang lelaki dari tadi asyik memerhatikan dia.

Takut pula dia melihat pandangan lelaki itu. Ada yang takkena ke dengan tudung atau baju kurung dia? Rasa macam elok jerr. Raihana cuba mengabaikan pandangan lelaki itu. Mungkin dia jer kot yang perasan. Entah- entah lelaki tu taksedar pun kewujudan dia. Tekaan Raihana meleset bila lelaki tadi tiba- tiba sahaja duduk di hadapannya. 'Aduh.. dia ni kenapa? Taulah kafe ni penuh tapi blahlah!' desis hatinya.

Sejak dari tadi lagi, Adam takmampu mengalihkan pandangannya daripada gadis yang duduk berhampiran dengannya. Matanya liar memerhatikan setiap inci gadis itu. 'Kampung. But she looks perfect. Agak- agak berapa eh harga minah ni?' soal hatinya. Kerana tak tahan dengan godaan Syaitan, Adam mula bertindak. Dia mengambil tempat di hadapan gadis kampung itu. Bibirnya mengukirkan senyuman manis. Matanya mula memerhatikan wajah gadis itu dengan lebih dekat. 'Cantik.' puji hatinya.

Raihana makin taksenang duduk dengan kehadiran Adam. 'Taufiq.. Mana awak??' raung hatinya. Pandangannya cuba dialihkan daripada memandang lelaki itu. Tiba- tiba Raihana merasakan ada sesuatu yang memegang tangannya lembut. Membulat matanya melihat tindakan berani Adam. Dia segera menarik tangannya. 'Wahh.., jual mahal. Takpe.. Aku suka.' ujar hati Adam.

"You ni dari kampung ke? Datang sini nak cari kerja ke? Mana bapa ayam you?" berdesing telinga Raihana mendengar soalan sinis Adam. Muka dia ni ada iras- iras pelacur ke? "Awak ni kenapa? Datang tak dijemput, tiba- tiba jer nak cakap saya macamtu. Awak ingat saya ni apa?" soalnya geram. Adam mengangkat sebelah keningnya.

Macamlah dia taktahu perempuan kampung yang datang ke KL ni kerja apa. Awal- awal jer nampak baik, tapi last- last jadi pelacur sebab nak sara diri. "Takpayahlah malu dengan I. You 'budak baru' kan? Taknak ke I jadi your first customer? Kalau you layan I, I akan bayar berapa jer yang you minta." balasnya sambil tersenyum sinis.

Beberapa keping duit 50 ringgit dikeluarkan dan diletakkan di hadapan Raihana. "Takcukup lagi? I can pay you more if you do what I ask you to." tawarnya lagi. Raihana takmampu bersabar lagi. Dia bangun lalu menyimbah Adam dengan air. Suasana di kafe itu menjadi sunyi sepi. Semua mata kini tertumpu pada mereka berdua. "Kau ingat aku pelacur ke, bodoh? Ingat aku murah macam ni ke? Kau fikir aku ni apa? Pergi berambus dengan kau tu! Jantan tak guna!"

Bergema kafe itu dengan suara Raihana. Dia mengambil beg tangannya dan terus berlalu keluar. Adam terkaku. Takpernah dia dimalukan sebegini. Bibir bawahnya digigit. Dia dapat mendengar penghuni kafe itu mengumpatnya. Adam Mikhail kena reject dengan budak kampung? Seriously? "Kau hina akukan? Aku akan buat jadi lagi murah daripada pelacur tu!" ujarnya geram.
***

"Raihana, awak ok ke? Kenapa diam jer ni?" soal Taufiq prihatin. Pelik, biasanya gadis itu pasti ada benda yang nak dibualkan. "Saya ok." balasnya. Fikirannya masih pada kes di kafe tadi. Kenapa lelaki tadi tu biadap sangat? Mesti sivik fail ni! Dia ingat Raihana ni apa? Pelacur? GRO? Perempuan simpanan?

Geram pula bila dia ingat kembali peristiwa tadi. Dalam hati, dia berdoa agar tidak dipertemukan kembali dengan si gila tadi. Serik dia datang ke KL ni. Harap tempat jer gah- gah belaka, tapi ada pula orang gila macamtu dekat sini. Nasib baik bukan semua. Taufiq hanya membiarkan Raihana melayani perasaanya. Dia sendiri pun tengah dalam masalah, takkan dia nak bebankan otak dia ni dengan masalah Raihana pula kan?
***

"Aku tak kira. Aku nak kau cari perempuan tu!"

"Tapi bos, macam mana saya nak cari perempuan yang bos sendiri tak kenal? Susah bos."

"Cari jerlah bodoh! Lepas kau jumpa dia, bawa dia jumpa aku."

"Tapi bos, saya...,"

"Aku cakap cari dia!"

Adam mencampak fail kerjanya yang bertimbun- timbun itu. Sakit hatinya bila memikirkan perempuan tadi. "Tak kira walau apapun jadi, kau kena bayar untuk maruah aku yang kau jatuhkan tu. Takde siapa boleh hina Adam Mikhail!" marahnya sendirian.

Takpasal- pasal jer, semua staf dia kena marah petang tu. Kesian diorang jadi mangsa kemarahan Adam. Tapi nak buat macam mana, kalau melawan nanti hilang kerja pula kan? Pasrah jerlah jawabnya...
TBC

Isteri Yang diBeliWhere stories live. Discover now