Bab14: Insane

140K 4.2K 470
                                    

ok 😂 author gambarkan muka Adam macam Woo Bin sebab dia macam badboy 😂 Park Bo Gum macam Irfan sebab dia cute ahakss *gedik*😂😂 Raihana pula taktergambar dek akal author yang tiga suku ni 😂 ok tu jer 😂***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ok 😂 author gambarkan muka Adam macam Woo Bin sebab dia macam badboy 😂 Park Bo Gum macam Irfan sebab dia cute ahakss *gedik*😂😂 Raihana pula taktergambar dek akal author yang tiga suku ni 😂 ok tu jer 😂
***

Tubuh sasa Adam ditolak ke dinding. Penumbuk kanannya dihayunkan tepat pada wajah lelaki itu. "Irfan! Are you insane?!" jerkahnya. "Saya ke encik yang gila?" wajah Adam dipandang tajam. Kolar baju lelaki itu ditarik kuat. Mendidih darah dia bila dia nampak Adam tampar Raihana tadi. Habis pengsan gadis itu dibuatnya. "Sedar diri, Irfan. Ingat sikit tempat engkau." balas Adam takbernada.

Irfan melepaskan satu keluhan berat. Senyuman sinis Adam menyakitkan hatinya. Pegangannya dilepaskan. "Kesiankanlah dia. Dia masih lemah. Encik gila ke belasah dia dekat sini? Hospital kot." pintanya. "Aku bosan. Dia asyik minta anak dia. Lagipun, dia tu siapa sampai aku perlu kesiankan dia?" soalnya. Irfan menarik nafasnya dalam, cuba mengumpul kembali sabarnya.

"Look at her! Look at her conditions! She just lost her baby. And the father of the baby is you. Encik ni takde perasaan ke? Look at her right now!" lengan Adam ditarik kasar, memaksa lelaki itu untuk mendekati Raihana yang masih taksedarkan diri. Adam memandang wajah pucat Raihana. "Why should I feel pity on her?" soalnya lagi, cuma kali ini, suaranya kedengaran sedikit bergetar.

"Sebab kita akan dapat balasan yang setimpal atas setiap perkara yang kita lakukan. Baik dan buruk. Walaupun perkara tu cuma sebesar zarah. Allah tu Maha Adil, encik. Jangan sampai, sesuatu yang buruk jadi dekat encik, sebelum sempat encik bertaubat. Jaga Raihana baik- baik."

Dahi Adam berkerut seribu saat mendengar nasihat Irfan. Baru sahaja dia hendak membalas, Irfan lebih pantas meninggalkan wad tersebut. Daripada dia dosa dia bertambah sebab mencarut dekat bos sendiri, lebih baik dia blah. Pandangan Adam jatuh pada Raihana kembali. Rambutnya diraup kasar. "Irfan, Irfan.. apa benda yang kau merepek ni?"

Adam melabuhkan punggungnya di sisi katil Raihana. Otaknya masih cuba mentafsir apa yang Irfan perkatakan tadi. Kepala isterinya diusap lembut. Baru sahaja dia ingin mendekatkan bibirnya dengan dahi Raihana, telefonnya berbunyi. Satu keluhan berat dilepaskan saat melihat siapa si pemanggil.

"Daddy.." pandangannya kembali tertumpu pada Raihana. Panggilan tersebut dibiarkan takberjawab. Tiba- tiba dia rasa taksedap hati, takut kalau daddynya itu tahu tentang Raihana.
***

Adam memandang perempuan yang masih lena didalam dakapannya. Rambut wanita itu dibelai lembut. 'Bersama' dengan orang lain, tapi terbayangkan orang lain. Gila ke takwaras namanya itu? "Raihana.." nama itu meniti dari mulutnya tanpa dia sendiri sedari.

"Baby, you sebut nama siapa tu?" lamunan Adam terhenti. Bibirnya mengukirkan senyuman manis. Dahi wanita itu dikucup seketika. "No one important." balasnya. Wanita itu tersenyum. Leher Adam dipeluk erat. Bibir lelaki itu ditindih dengan bibirnya. Adam ingin membalas ciuman gadis itu namun tiba- tiba sahaja wajah pucat Raihana menerjah fikirannya.

Tubuh wanita itu ditolak kuat. "Enough. Take your money and leave me alone. Get out. Now." arahnya. Beberapa keping not50 dicampakkan tepat pada wajah wanita itu. "Bila aku habis mandi, aku taknak tengok engkau dekat sini. Get out." arahnya lagi. Dia segera bangun dan menghilangkan diri ke bilik mandi.

Wanita itu mengetap bibirnya. Duit yang diberikan tadi diambil dan disimpan. Pakaiannya dikutip dan dipakai kembali. Tugas dia dah selesai. Jadi dia perlu pergi. Lagipun, dia takboleh lama- lama berada disitu. Ramai lagi 'pelanggan' yang perlu dia puaskan.

Adam pula masih menghabiskan masanya berendam di dalam tab mandi. Fikirannya serabut. Kenapa ni? Sejak dia terima nasihat Irfan tadi, jiwanya rasa semacam jer. Kenapa dia asyik terfikirkan Raihana? Takkanlah.. dia rasa bersalah kot? Gila. Adam Mikhail rasa bersalah? Memang taklah! Eh.. Yeke?
***

Taufiq memandang gambar- gambar Adam yang tergantung di dinding biliknya. "Damn you, Adam Mikhail!" sumpahnya. Sebilah pisau yang terletak di sisinya dibaling tepat pada gambar Adam. Sakit hatinya bila dia mendapat tahu bahawa Raihana telah dimasukkan ke hospital akibat keguguran.

"Jahanam. Anak tu.. Patutnya anak aku. Bukan kau!" teriaknya. Taufiq ketawa sendirian. Arak yang masih bersisa diteguknya rakus. Langkahnya terhuyung- hayang mendekati gambar- gambar Adam. "You ruined my girl. Now, it's your turn to be ruin by me." dia ketawa sendirian. Wajah Adam ditikam dan ditoreh berkali- kali. Tawanya menjadi semakin kuat, menandakan dia gembira dengan apa yang sedang dia lakukan.

Seketika kemudian dia mulai menangis. Semakin lama tangisan itu menjadi semakin kuat. Taufiq duduk tersandar pada dinding. Botol arak yang dipegangnya dipeluk erat. "Raihana.. Saya minta maaf, sayang. Saya janji.. Saya akan dapatkan awak.. dan kita akan jadi pasangan paling bahagia dalam dunia ni." ujarnya sendirian. Botol tersebut dicium dan tawanya kembali meletus.
TBC

Isteri Yang diBeliWhere stories live. Discover now