Bab21: Again

136K 4.3K 257
                                    

Assalamualaikum, hi., for those yang baru nak baca ., or for whoever yang baca balik cerita ni ., first of all ., thank you sebab sudi luangkan masa anda di sini.

Cerita ni akan di unpub pada hujung bulan 5.
Terima kasih., please continue your reading
###

"Tahniah. Puan mengandung. Dah nak masuk dua bulan."

Ya Allah.. rasa macam nak buat sujud syukur juga dekat situ. Tangannya ditekupkan ke mulut, cuba mempercayai apa yang dikatakan oleh doktor muda itu. "Betul ke ni? Saya mengandung? Doktor tak main- mainkan?" soal Raihana. Doktor itu tersenyum sebelum mengangguk. "Cuma, kalau ikut pada laporan ni, puan pernah kegugurankan sebelum ni?"

Raihana lambat- lambat mengangguk. "Kenapa ya?" "Kandungan puan masih baru, tambahan pula puan pernah keguguran sebelum ni. Saya harap puan akan lebih berhati- hati." Raihana mengangguk lagi. Kali ni, dia tak akan biarkan anak dia 'pergi' lagi. Dia meminta diri untuk keluar setelah semuanya selesai.

Tanpa dia sedari, ada sepasang mata yang sedang memerhatikannya. Senyuman sinis tak lekang daripada bibirnya. Langkahnya mula diatur mendekati gadis itu. "Raihana.. Miss me?" soalnya sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah gadis itu. "Tau.. Taufiq?" senyuman di bibirnya mati saat melihat lelaki itu.

"Apa awak nak? Pergi! Jangan dekat dengan saya." dia memberi amaran. Dia ingin pergi dari situ namun Taufiq memegang tangannya erat. "Aku nak engkau! Kau takfaham ke?" soalnya geram. "No! Hal kita dah lama berlalu. Tolonglah.. jangan kacau saya lagi." lelaki itu ketawa sebelum menggeleng. "Kau tahu aku cintakan kau kan?"

"Kalau awak betul- betul cintakan saya, awak takkan 'jual' saya." balasnya. Tangannya direntap sekuat hati. Taufiq meraup rambutnya kasar. "Kau.. kau mengandung kan? Apa yang buat kau fikir Adam akan terima anak ni?" Raihana memandangnya tajam. "Awak tak kenal suami saya. Tolonglah, saya merayu. Pergi! Jangan kacau saya." dia segera bangun dan menahan teksi.

Taufiq cuba menahan Raihana namun gagal kerana teksi itu telah meluncur pergi. Dia meludah. "Damn it! Raihana..rumah tangga kau takkan aman."
***

Raihana tersenyum saat melihat kereta Adam di perkarangan rumah mereka. Wajah Taufiq dibuang jauh- jauh dari kotak fikirannya. Dia melangkah ke dalam rumah. "Adam!" panggilnya. Tak sabar rasanya dia nak bagitahu Adam tentang berita gembira ini. Senyuman dan langkahnya mati saat dia berdiri betul- betul di hadapan pintu biliknya.

Suara perempuan? Tolonglah kata yang dia salah dengar.. tolonglah.. Tangannya mencapai tombol pintu dan pintu itu dibukanya kasar. Raihana terpempan saat melihat Adam yang sedang terbaring di katil bersama seorang wanita di atasnya. "Adam!" keduanya kelihatan terkejut melihat Raihana.

Adam menolak gadis itu kasar dan segera membetulkan pakaiannya. "Raihana.. I can explain.." dia mula mendekati isterinya itu. "Baby.. perempuan ni siapa?" gadis yang berpakaian takcukup kain itu meneluk erat tangan Adam. "Don't touch him with your dirty hand!" Raihana menolak kasar gadis itu.

"Raihana! Watch your mouth!" jerkah Adam, terkejut dengan apa yang dilakukan Raihana. "You., balik sekarang." gadis itu mencebik mendengar arahan Adam. Bahu Raihana sengaja dilanggarnya saat dia melangkah keluar. "Takguna! Betina!" "Raihana!" tangan Adam mendarat di pipi Raihana. "Rai.. Iam sorry.. Aku taksengaja.." tangan Raihana cuba dicapai namun gadis itu menepis.

"Awak tampar saya sebab perempuan tu?"

"Raihana.. aku..,"

"Awak pertahankan orang luar tu? Saya ni isteri awak, Adam! Kenapa awak takpernah pertahankan saya?!"

"Kau ni kenapa? Jangan jadi macam orang gila boleh tak?"

"Gila? Oh. Dulu kata saya ni pelacur, GRO, tempat pemuas nafsu, tempat awak lepaskan marah awak. Sekarang kata saya orang gila pula? Betullah kata Taufiq, awak..,"

"Kau jumpa dia?! Sial. Kau kata nak oergi klinik. Kenapa jumpa dia?"

Ok.. siapa yang tengah marah sebenarnya ni? Raihana menampar pipi Adam. "Dia jerlah yang sial? Awak yang tidur dengan perempuan lain ni taksial ke?!" jeritnya. Langkahnya diatur laju. That's it! Dia nak keluar. Kalau Adam nakteruskan dengan perangai 'setan' dia tu, lantaklah!

Adam menarik tangan Raihana kasar. "Lepas! Jangan sentuh saya! Saya jijik dengan lelaki macam awak ni!" lengan Adam dipukul berkali- kali menyebabkan Adam menguatkan lagi pegangannya. "Kau sedar takdengan siapa kau bercakap?!" jerkahnya. "Ya. Saya sedar. Saya tengah bercakap dengan lelaki paling hina dalam dunia ni!"

Menyesal. Ya. Raihana menyesal sebab percaya yang lelaki bernama Adam Mikhail ni boleh berubah. Adam memandangnya tajam. Dia mendengus geram. "Jahanam!" tanpa dia sendiri sedari, tangannya sekali lagi hinggap di pipi Raihana.Raihana hilang imbangan lalu terjatuh menuruni tangga. Adam kaku seketika. "Raihana!" isterinya itu mula didekati.

Liurnya yang terasa payau ditelan saat melihat darah merah mengalir dari celah kangkang isternya itu. "Rai.. Raihana?" Raihana menekan perutnya yang terasa sakit yang teramat sangat itu. "A.. Adam.. anak kita.. anak saya.." Adam terkejut. "Kau..mengandung?" "Kalau ada apa- apa jadi dekat anak saya.., saya takkan maafkan awak.." ujar Raihana lemah sebelum matanya terpejam rapat.
TBC

Isteri Yang diBeliWhere stories live. Discover now