Bab8: Gila

136K 4.3K 73
                                    

Tok tok tokkk!!

Adam terjaga dari lenanya. Siapa pula yang kacau dia pagi- pagi buta ni? Wanita yang masih lena di atas dadanya dialihkan ketepi. Pelukan wanita itu dileraikan. Bathrobe yang terletak di lantai diambil dan dipakai. Dia bangun dan membuka pintu biliknya. Sebelah keningnya terangkat. "Kau nak apa?" soalnya. Tangannya disilangkan. Wajah pengawal peribadinya itu dipandang tajam. Baru sahaja dia hendak memaki hamun pekerjanya itu, pandangannya jatuh pada Raihana yang sedang berdiri ketakutan.

"Kenapa perempuan ni boleh keluar dari bilik dia? "

"Dia cuba lari, bos. Tapi kami..,"

"Apa? Bodoh! Macam mana kau buat kerja?" marahnya. Penumbuknya dihayunkan tepat ke pipi pengawalnya itu.  Raihana tercengang. Dia menapak ke belakang beberapa langkah. Dapat dia rasakan pengawal lelaki itu semakin menggenggam erat tangannya. Marah dekat bos, tapi lepaskan dekat orang lain pula. Tak adil!

"Bagi aku pisau lipat kau." Adam menghulurkan tangannya pada pengawalnya itu. "Ap.. apa?" soalnya kembali. Takkan bos dia nak tikam dia sebab perempuan ni nyaris terlepas kot? "Najmi, aku minta pisau lipat kau. Sejak bila kau jadi pekak ni?" soalan dibalas dengan soalan. Pengawal yang bernama Najmi itu lambat- lambat menyerahkan pisau lipat tersebut kepada Adam. "Kalau minah dalam bilik ni bangun, kau bagitahu dia aku busy." tanpa memandang ke arah Najmi, Adam terus menarik Raihana pergi.

Tubuh Raihana ditolak kasar ke katil. Belum sempat gadis itu ingin bangun, Adam terlebih dahulu menindih tubuhnya. Raihana menjerit melihat tindakan Adam. Dia cuba menolak dada namun gagal apabila Adam memegang kedua tangannya hanya dengan sebelah tangan. Air mata Raihana mula mengalir apabila kotak fikirannya mula membayangkan perkara negatif.

"Diamlah sial!" pipi Raihana ditampar kuat namun tangisan gadis itu masih takberhenti. "En.. encik.. tolong jangan buat saya macam ni.." rayunya. Adam tersenyum sinis. Hatinya ketawa riang melihat wajah takut Raihana. "Aku cakap aku buat apa kalau kau cuba lari?" soalnya. Tali bathrobenya dilonggarkan sedikit, sengaja ingin menakutkan lagi gadis itu. Tubuh Raihana mula menggeletar ketakutan.

"To.. tolong jangan.. buat saya macam ni.." rayu Raihana. Dia cuba meleraikan pegangan tangan Adam namun lelaki itu terlalu kuat. Air matanya mengalir semakin deras apabila Adam mengoyakkan lengan bajunya. "Takut? Ke kau sengaja nak aku rogol kau? Sebab tu kau larikan?" Raihana menggeleng laju mendengar soalan Adam. "Sa.. saya.. saya..,"

"Saya apa, bodoh? Sial! Kau memang nak aku jahanamkan kau sekarangke?" jerkah Adam. Pisau lipat yang diambil tadi ditekankan pada leher Raihana. Nafas Raihana mula tersekat- sekat. "Aku dah cakapkan, jangan cuba nak lari. Kenapa degil hahh?" soalnya lagi. Pisau lipat itu semakin ditekankan di leher jinjang Raihana sehingga darah merah mula mengalir keluar. Raihana hanya mempu menangis. Tubuhnya sakit dihempap oleh Adam.

Mata Adam dipandang sayu, mengharapkan simpati dari lelaki itu. "Tolong.. jangan rosakkan.. saya.." rayunya. "Diam!" jerkah Adam. Pisau lipat tadi dicampak ke tepi dan pipi Raihana ditampar kuat. "Allah!" Raihana menahan sakit. Berpinar matanya dek kerana tamparan Adam tadi. Kepalanya terasa amat berat. Dia pengsan.

Adam seakan tersedar kembali dari amarahnya apabila mendengar kalimah yang keluar dari mulut Raihana. Wajah gadis itu dipandang lama. Darah yang mengalir sedikit dari leher Raihana turut dipandang. Satu keluhan berat dilepaskan.
***

"Tolong.. lepas.. lepas!!"

Raihana terjaga dari lenanya. Dadanya berombak menahan debaran yang amat sangat. Matanya meliar ke kiri ke kanan, takut jika kelibat Adam ada disitu. Lehernya yang lenguh diusap lama. Berbalut? Ahh, baru dia teringat yang leher dia luka tadi. Tapi.., siapa yang balutkan? Lagi satu.., siapa yang tukarkan baju dia?

"Baguslah kau dah sedar. Makan ni." sepinggan nasi diletakkan di meja tidur. Wajah Raihana langsung tak dipandang. Dia tahu Raihana masih takutkan dia. Tapi dia tak kisah, sebab memang itu yang dia nak. "Makan. Kau takboleh mati sebelum aku seksa kau puas- puas." ujarnya lagi. Tangan Raihana menggeletar sewaktu mengambil pinggan tersebut.

Jujur, dia takut dengan Adam. Dia takut kena pukul. Perlahan- lahan sesuap nasi dimakan. Tekaknya terasa amat pedih sewaktu dia menelan makanan tersebut. "Tadi aku tukar baju kau. And.. Your body looks great. Kau nak hubungan yang halal kan? Kita kahwin." selesai sahaja mengucapkan sebaris ayat itu, Adam terus keluar dengan senyuman sinis. Entah kenapa tubuh gadis itu seakan menggoda nafsu lelakinya. Nasib baik dia tak terkam si Raihana tu tadi!

Tersedak Raihana mendengar kata- kata Adam. Nasib baik tak mati tercekik dia dibuatnya! Wait.., Adam dah nampak badan dia? Muka Raihana kemerahan apabila mengenangkan perkara tersebut. Seketika kemudian air matanya mulai mengalir. Lelaki tu dah nampak badan dia, aurat dia.. Ya Allah.., kenapa dia rasa macam diaibkan sangat ni?
TBC

Isteri Yang diBeliWhere stories live. Discover now