Bab7: Culik

133K 4.1K 282
                                    

Matanya terasa sakit sewaktu cuba dibuka. Kepalanya yang berdenyut dipegang perlahan. Keadaan di sekelilingnya diperhatikan. "Bilik.. bilik siapa ni?" soalnya sendirian. Tiba- tiba kotak fikirannya teringatkan sesuatu. Dia kena culik! Dada Raihana mula berombak bila mengingati peristiwa tersebut. Keadaan dirinya diperhatikan. Pakaiannya masih terletak elok tapi mana tudungnya? 'Ya Allah.., apa dah jadi ni?' soal hatinya. Pelbagai perkara negatif bermain di benaknya. Kalau orang yang culik dia nak jadikan dia pelacur macam mana?

Raihana bangun dari baringnya dan mengatur langkah ke pintu. Pintu itu cuba dibuka namun seseorang telah menguncinya dari luar. Dadanya berombak menahan resah yang amat sangat. Matanya meliar memerhati segenap ruang di bilik itu. "Balkoni!" jujur, kalau hanya itu caranya untuk dia keluar, dia rela terjun. Raihana berlari menuju ke beranda. Pintu kaca itu dibuka. Yes! Tak kunci. Baru sahaja Raihana hendak melompat dari beranda itu, seseorang merentap rambutnya dari belakang.

Tubuhnya kehilangan imbangan dan dia jatuh ke lantai. Kepalanya dipegang, menahan kesakitan akibat rambutnya ditarik tadi. "Kau nak pergi mana bodoh?" soal seseorang. Nadanya kedengaran amat kasar sekali. Pipi Raihana dicengkam kuat. Raihana cuba mengalihkan tangan orang itu namun gagal. Kudratnya tidak mampu untuk menandingi insan tersebut. "Encik Adam nak buat apa ni? Lepaskan saya.. Tolong.." rayunya. Air matanya mengalir deras. Menggigil tubuhnya kerana takut melihat wajah bengis Adam.

Adam menarik rambut Raihana kuat, memaksa gadis itu untuk bangun dan masuk semula ke bilik. "Duduk dalam ni diam- diam. Jangan cuba nak lari." arahnya. Tubuh kecil Raihana ditolak kasar ke katil. Kain Raihana terselak sedikit sehingga menampakkan betisnya. Adam melemparkan pandangannya ke arah lain, dia takmahu tewas dengan nafsunya sekarang. 'Adam, be patient. Belum tiba masanya.' dia menasihati dirinya. "Encik.. tolong lepaskan saya." rayu Raihana. Adam tersenyum sinis. "Lepaskan kau? Takkan." balasnya.

"Kenapa culik saya? Apa salah saya?"

"Kau lupa ke? Kau dah hina aku. Takde siapa boleh hina aku. Kau kena terima balasan kau!"

"Encik bukan tuhan nak hukum saya! Lepaskan saya! Kalau tak, saya report polis."

'Panggg!' satu tamparan hinggap di pipi Raihana.

"Reportlah. Engkau ingat diorang nak percayakan kau? Aku bagi kau warning, kalau kau cuba lari macam tadi, aku rogol kau!" ugutnya. Membulat mata Raihana mendengar ugutan Adam. Dia duduk menyandar di kepala katil. Adam tersenyum sinis melihat Raihana. Pipi gadis itu dibelai lembut. Raihana menepis tangan Adam. "Kalau kau lari, aku rogol kau, lepastu aku suruh semua pekerja aku rogol kau bergilir- gilir. Aku rakam video tu, lepas tu aku post. Kau nak?" Raihana menggeleng laju. Pandangannya hanya ditundukkan.

Adam mengusap kepala Raihana lembut. "Good girl. Duduk dalam bilik ni baik- baik ya? Kau kena rehat. Nantikan game kita nak mula." ujarnya lalu terus melangkah keluar. Dahi Raihana berkerut sewaktu dia cuba mentafsir kata- kata Adam. Game? Apa yang Adam maksudkan?
***

"Adoii!" Raihana menggosok kepalanya yang berdenyut. Siapa yang baling beg baju tu dekat kepala dia? Wajah Adam dipandang lama. Muka jer handsome, harta jer bertimbun, tapi perangai macam Syaitan. "Encik ni kenapa? Gila ke sewel ke biol? Nak saya hantarkan encik dekat tanjung rambutan ke?" soalnya.

Kening Adam terangkat sebelah. 'Wahhh.., baru kena culik sehari dah pandai melawan.' desis hatinya. Dia mula melangkah ke arah Raihana. Semakin dia mendekati gadis itu, semakin gadis itu mundur ke belakang. Akhirnya Raihana tersandar di dinding. Adam meletakkan sebelah tangannya di dinding, menghalang gadis itu dari menjauhinya. "Dah apehal kau berbalut dalam comforter ni? Demam ke?" tangannya cuba diletakkan pada dahi Raihana namun Raihana pantas menepis tangan Adam.

"Jangan sentuhlah! Kita bukan mahram. Saya selubung macam ni sebab encik tu suka- suka hati jer terjah bilik ni. Encik mana boleh tengok aurat saya!" jawabnya. Hati Adam seakan ditembak dengan bazooka ketika mendengar kata- kata Raihana. Perghh.., deep giler. Tapi ada aku kisah? "Dalam beg tu ada semua barang kau. Tadi EX fiancé kau bagi." Adam mula melangkah menjauhi Raihana. "Mana dia? Saya nak jumpa dia." pinta Raihana. Dia cuba keluar dari bilik itu namun Adam menghalang.

Beberapa keping gambar dicampak ke muka Raihana. "Takpayahlah kau cari dia lagi. Dia sekarang ni tengah bahagia dengan life baru dia." Adam terus pergi meninggalkan Raihana. Bibirnya mengukirkan senyuman sinis. Raihana jatuh terduduk apabila melihat gambar- gambar itu. Air matanya mula mengalir, semakin lama menjadi semakin deras. "Taufiq.. sampai hati awak curang dengan saya." dalam gambar itu kelihatan jelas gambar Taufiq sedang meniduri perempuan lain. Terdapat botol- botol arak bersepah di sekeliling Taufiq.

Raihana mencampak semua gambar itu menjauhinya. Sakit hatinya melihat insan yang paling dia sayangi selingkuh di belakangnya. Di sebalik pintu bilik Raihana, Adam tersenyum kemenangan. Suka dia mendengar tangisan gadis itu. "Perkara kecil macam ni pun boleh buat kau menangis. Agak- agak apa jadi bila aku musnahkan hidup kau nanti?" idea jahatnya mula memenuhi segenap kotak fikirannya.
TBC

Isteri Yang diBeliWhere stories live. Discover now