IYdB The Last

81K 3.2K 159
                                    

wow xD dah 600k xD terima kasih ahahaaa

Adam menggeliat kecil setelah terjaga dari tidur. Dia duduk bersandar pada sofa sambil mengurut belakang badannya. Kemudian beberapa regangan pula dibuat. Satu keluhan kecil dilepaskan. Menyesal dia tidur dekat sofa. Takpasal- pasal jer belakang dia sakit.

"Angel.." dia memanggil.

Dahinya berkerut apabila panggilannya tidak disahut. Kepalanya yang tidak gatal digaru. "Angel?" panggilnya sekali lagi. Dia memandang jam di dinding sekilas. "7.30 pagi? Takkan Raihana takbangun lagi kot?" dia menyoal.

Langkahnya diatur ke dapur. Matanya cuba mencari kelibat isterinya namun Raihana tetap takkelihatan. Beberapa ketika kemudian dia memandang pula ke arah meja makan.

Kosong.

Raihana takmasak ke? Adam memegang perutnya yang berbunyi akibat lapar. "Angel where are you?" dia memanggil sedikit kuat agar Raihana dapat mendengar suaranya.

"Takkan kat bilik lagi? Ni mesti merajuk sebab takjadi celebrate honeymoon ni." dia meneka. Adam mengatur langkah ke kamar tidur mereka. Jantungnya seakan hendak gugur apabila dia melihat seorang perempuan yang tidak dikenali sedang memakai pakaian di dalam biliknya.

"Kau siapa?!" jerkahnya. Dia memandang di sekitar biliknya.

Pakaiannya bersepah di atas lantai. Beberapa botol arak memenuhi meja tidurnya. Katilnya tunggang- langgang.

Nanti sekejap.. mana katil bayi anak- anak dia? Siapa yang keluarkan?

Adam mendengus kasar. Dia mendekati perempuan tadi. "Kau siapa?" soalnya lagi. Perempuan itu ketawa kecil. "Sayang.. you ni stress sangat lepas 'aktiviti' kita malam tadi ke stress sebab daddy you tiba- tiba ajak you jumpa lepas kita make love?" soalan Adam dibalas dengan soalan. Tahap blur Adam bertambah.

Dia menahan gadis itu daripada cuba untuk membuka butang kemejanya.

"What the fuck are you talking about? Who the hell are you? How could a bitch like you be in my house?" suara Adam sudah mula meninggi. Dia melepaskan satu keluhan berat apabila mengenangkan kata- katanya tadi.

Banyak pula dia tercarut. Ya. Tercarut. Ter.. Bukan sengaja.

"Adam are you okey?"

"Where's my angel? I mean, my wife. Where is she? Mana anak- anak aku?" dia menyilangkan tangannya ke dada.

Dahi wanita itu berkerut apabila mendengar kata- kata Adam. "What wife? And kids? Adam are you dreaming? You tu bujang. Bila masa you kahwin?" soalnya. Dia segera membetulkan pakaiannya dan mengemas barangnya sebelum kembali memandang ke arah Adam.

"Sweetheart, I don't know what is your problem but you are not a married man. I've got to go. See you later." dia memberikan Adam flying kiss sebelum keluar. Adam memegang kepalanya. Dia cuba memanggil wanita tadi namun wanita tadi sudah pergi.

"Ni April Fool ke apa?" dia mendengus. Telefon bimbitnya dicapai. Dahinya berkerut apabila nombor isterinya tiada di dalam simpanannya. "What the.., aish!" mulutnya ditepuk.

Raihana taksuka dengar dia mencarut. Takboleh carut lagi. Yang tadi tu tercarut jadi takpelah.

Adam mencari nombor Irfan. Dia menghembus nafas lega apabila nombor sahabatnya itu ada di dalam telefonnya. Dia menelefon Irfan.

"Yes, boss? Ada apa- apa saya boleh tolong encik ke?"

Bos? Encik? Si Irfan ni demam ke? Diorang dah jadi kawan kan? Kenapa nak formal? Selama ni bukan main lagi tunjuk perangai kurang asam jawa dia tu.

Isteri Yang diBeliWhere stories live. Discover now