Bab30: LastPart

153K 5K 1.1K
                                    

Kubur di hadapannya itu dipandang sayu. Taksangka bahawa lelaki yang pernah dicintainya itu akan pergi meninggalkannya dalam keadaan yang mengaibkan. Ya.. arwah meninggal dunia dalam keadaan yang tidak sempurna.

Semuanya disebabkan arwah tercampak keluar daripada kereta sewaktu kemalangan itu berlaku. Mungkin.. itulah balasan terhadap perbuatannya dahulu. Raihana redha. Tiada apa yang mampu dia lakukan untuk mengubah takdir.

Air matanya yang menitis dilap. "Raihana.. jangan menangis ya? Kita balik ok? Lagipun kejap lagi kan kita nak pergi check up babies. Jom?" pinta Tan Sri Idham. Raihana mendongak memandang bapa mertuanya itu sebelum mengangguk. Walaupun Adam tiada di sisinya, namun dia bersyukur kerana bapa mertuanya itu masih sudi untuk menjaganya. Dia bangun perlahan- lahan.

Usia kandungannya yang hampir masuk tujuh bulan itu menyukarkannya untuk bergerak. Apatah lagi dia mengandungkan bayi kembar. Mungkin ini rezeki yang Allah kurniakan setelah dia kehilangan dua anaknya suatu ketika dahulu.

"Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya. Terima kasih sebab pernah bahagiakan saya.., walaupun cuma untuk seketika.. terima kasih untuk segalanya. Saya pergi dulu."
***

Langkahnya diatur ke wad yang sunyi itu. Dia duduk di sisi katil. Wajah si pesakit yang sedang 'tidur' itu ditatap penuh kasih sayang. Pipi lelaki itu diusapnya. "Assalamualaikum, abang. Mesti abang sunyikan harini? Maaf ya sebab angel lambat. Angel pergi lawat kubur Taufiq tadi."

"Dah lama abang tidur. Abang taknak bangun ke? Taknak ke jaga angel dengan babies kita? Tak kesianke angel kena jaga anak kita sendiri? Ke.. abang masih marahkan angel? Sebab angel kan isteri jahat, derhaka dengan abang."

Jemari Adam bergerak saat mendengar kata- kata Raihana. Namun Raihana mengabaikan respons tersebut. Sudah banyak kali jemari lelaki itu bergerak, tetapi matanya tetap juga takmahu terbuka melihat dunia.

Raihana mengambil tangan Adam dan diletakkan di atas perutnya. "Abang dapat rasa babies kita gerakkan? Abang nasihatkanlah diorang supaya jangan buli angel. Kesian angel asyik kena 'tendang'." pintanya. Namun Adam tetap sama, terbaring kaku ibarat takbernyawa. Bayi di dalam kandungannya itu pula semakin aktif bergerak apabila merasakan sentuhan daripada ayah mereka.

"Abang.. tengoklah tu.. anak- anak kita buli angel lagi. Sakit pinggang angel bila diorang buat macam ni.. abang.. please.. bangun.."

Tangan Adam dicium lama. Bahunya terhinjut- hinjut saat air matanya mula mengalir deras. Tujuh bulan dia rindukan pandangan dingin Adam, senyuman Adam, suara Adam, pelukan Adam dan.. semuanya berkaitan lelaki itu. "Abang.. bangun.. tolong.. angel janji takkan jadi isteri jahat dah.. angel akan buat apa jer yang abang suruh.. angel janji.."

"Kalau abang nak rotan angel?"

"Rotanlah.. angel tak kisah."

"Kalau abang nak anak sedozen?"

"Tiga dozen pun boleh! Yang penting abang sedar."

"Iya? Kalau abang nak kahwin lagi?"

"Boleh.. eh.. mana boleh! Abang angel sorang jer yang punya! Abang..,"

Kata- kata Raihana terhenti. Sekejap.. tadi tu suara Adam ke?

Raihana dapat merasakan seseorang mengelap air mata yang membasahi pipinya. "A.. abang?" dia seakan takpercaya dengan apa yang dilihatnya saat itu. Adam sedang tersenyum lemah memandangnya. "Bi.. bila abang sedar?"

"Tadi. Waktu angel letak tangan abang dekat sini." tangan Adam turun ke perut Raihana. Dia tersenyum saat merasakan pergerakan zuriatnya. "Tapi maaf, abang taklarat nak buka mata tadi. Sebab tu abang diam. Sambil- sambil tu boleh juga dengar pengakuan my angel ni." sambungnya lagi.

"Jahat! taknak kawan. Angel nak panggil doktor.. biar dia check abang." balas Raihana. Dia ingin bangun namun Adam menghalang. Dia menarik Raihana ke dalam pelukannya. "Abang minta maaf.."

"Tak.. angel yang patut minta maaf."

"Iyalah.. memang angel yang salah."

Ok. Loyar buruk pula dia.

"Angel.. nak tanya boleh?" Adam bertanya.

"Apa?"

"Betulke nak bagi abang anak tiga dozen? Boleh ke nak kahwin lagi?"

Raihana mencubit lengan Adam. "Gatal!"
***

Bunyi paluan kompang itu membuatkan Adam rasa ingin menari. Bayi lelaki di dalam dukungannya turut ketawa riang, seakan suka dengan apa yang dilihat. "Rindu nak menari dekat club ke?" soal Raihana. Adam mencebik sebelum menarik hujung tudung isterinya itu.

"Abang! Perangai sama jerlah dengan Gibran dengan Farhan. Suka sangat tarik- tarik tudung orang." Raihana sudah mula membebel. Putera kecilnya ketawa. Tangannya diangkat ke atas, ingin turut sama menarik tudung umminya itu. Adam ketawa.

"Anak- anak abang mestilah kena ikut perangai abang yang awesome ni." balas Adam. Dia membantu Raihana membetulkan tudung. "Janganlah ungkit masa silam abang. Terasa tau?" sambungnya lagi.

Raihana tersengih. "Maaf."

Adam mengangguk. Sebelah tangannya memeluk erat pinggang Raihana. Pandangannya tertumpu pada Irfan dan Iman yang sedang bersanding di atas pelamin. "Takpayahlah peluk- peluk. Abang dukunglah Gibran tu betul- betul."

"Nak peluk juga."

"Angel.. abang minta maaf. Sebab kita tak ada majlis hebat macamni." sambung Adam lagi.

Raihana tersenyum sebelum mengangguk. "Angel takperlukan majlis macamni. Sebab angel dah bahagia ada abang, Gibran dengan Farhan."

"Eh. Takkan dua orang jer? Hari tu kata nak kasi abang anak tiga dozen?"

Ahhh sudah. Dia merepek lagi.

"Nanti- nantilah kita fikir ya? Tengok dulu macam mana abang jaga family kita sekarang ni."

"Ok. Angel.. thank you so much for everything. Thanks for being my wife, give me the most cute sons and for accepting me as your husband." ujarnya lalu mencium dahi Raihana lama.

"Janganlah sweet sangat. Nanti kalah pengantin tu." balas Raihana. Adam ketawa. Pandangannya tertumpu kembali pada pasangan raja sehari yang tersipu malu bersanding itu.

Ceh. Poyo jer si Irfan tu. Malu- malu konon. Dahlah paksa Adam sponsor majlis dia. Ada ke patut?

Raihana memandang Irfan.

Irfan.. terima kasih sebab sentiasa lindungi dan jaga saya bila saya perlukan awak. Awak memang kawan terbaik yang saya ada.

Kemudian Iman pula dipandangnya.

My new friend, tolong jaga Irfan baik- baik. Bahagiakan dia. Saya doakan yang terbaik untuk korang berdua.

Akhir sekali, pandangannya jatuh pula pada suaminya.

Ya Allah.. terima kasih sebab hadirkan dia dalam hidup aku walaupun dengan cara yang aku sendiri taksangka. Sesungguhnya, Engkau lebih mengetahui setiap sesuatu perkara. Terima kasih, Allah, sebab kurniakan aku seorang suami yang sangat sempurna bagiku.

"Berhenti pandang abang macam tu. Nanti takpasal- pasal jer anak- anak kita ni dapat adik baru. You're seducing me, Raihana."

Eh.. muncul lagi pula perangai gatal dia tu. Pukul dengan kuali nanti baru tahu!
TAMAT

Isteri Yang diBeliWhere stories live. Discover now