Akhirnya.

4K 262 69
                                    

"Gunarrr!!!" Toh Banjaran menjerit sebelum melompat lalu menendang tangan Gunar. Keris Saka terpelanting lalu terpacak di pokok.

Gunar menderam marah. Dadanya turun naik dengan dengan laju.

"Apa yang sudah merasukmu Gunar?!" Jerkah Toh Banjaran.

Gunar hanya melemparkan senyuman sinisnya. Tapak tangan yang terkena kaki ayahnya di sapu pada baju.

Toh Banjaran memerhati wajah anak lelakinya. Ada kelainan di wajah itu. Mata coklat milik Gunar sudah bertukar hitam. Dan mata hitam itu sedikit besar dari biasa. Bibirnya bertukar biru seperti orang yang kesejukan. Dan yang paling mengejutkan Toh Banjaran ialah cuping telinga kiri Gunar. Terdapat tahi lalat yang berbulu di situ sedangkan Gunar tidak memiliki tahi lalat pun di tubuhnya. Gunar adalah satu-satunya pemuda kampung yang bersih tubuhnya dari sebarang tanda.

"Apa yang sudah kamu lakukan,Gunar? Kenapa jadi begini?" Arif membuka mulut setelah memerhati setiap kawasan.

"Aku haus.!" Kata Gunar. Suaranya garau.

"Kenapa harus di bunuh mereka itu? Apa dosa mereka pada kamu?" Arif menunding ke arah tiga mayat yang tertiarap di celah-celah pokok. Mayat seorang lelaki dan dua wanita.

"Mereka ketawakan aku.!" Gunar menjeling mayat-mayat itu. Kemudian senyuman sinis terukir semula.

"Kamu telah melanggar pantang larang,Gunar. Kita tidak boleh membunuh manusia!" Marah Arif.

"Tuih!!" Gunar meludah ke tanah. Wajahnya penuh rasa benci.

"Kenapa denganmu,nak...apa yang telah terjadi padamu?" Toh Banjaran memandang sayu. Ada air mata yang bergenang.

"Selama ini aku di ketawakan! Apa salah aku ingin menjadi kuat? Kalian ketawakan aku kerana kaki ini,kan?!" Gunar menghentak kaki kanannya.

Semua mata memandang ke arah kakinya. Gunar mempunyai satu kelemahan. Kaki kanannya pendek dari kaki kirinya. Akibatnya Gunar tidak tangkas bersilat. Dia juga sering memencilkan diri. Hanya Mahmod dan Arif yang berkawan dengannya.

"Ya Allah,Gunar.. Demi Allah. Kami tidak pernah berbuat begitu. Kami tidak pernah anggap dirimu punyai kekurangan.!" Mahmod cuba menghampiri. Gunar mengundur dua langkah.

"Kembalilah,nak. Bonda tentu sedih melihatmu begini." Pujuk Toh Banjaran.

Gunar menutup telinganya.

Mereka akan ketawakan kau lagi jika kau pulang...pergi,Gunar! Hiduplah dalam penuh kehinaan. Hahahaha....kau hanya bahan cerita jenaka mereka sahaja. Aku? Aku boleh jadikan kau kuat. Kaki kau pun aku pulihkan. Pilihlah,Gunar....sebelum matahari terbenam..kau ingatkan? Ini saja peluang kau...hihihihi.

Gunar membuka matanya semula. Keris Saka yang terpacak di pokok segera di cabut.

"Dia memilih aku!" Kata Gunar. Wajahnya bersinar garang ketika menggenggam keris itu.

"Tidak,Gunar.! Kamu sudah tertipu. Itu syaitan! Keris itu belum di tawarkan ketika kamu mendengarnya. Kembalikan,Gunar.! Itu bukan hak kamu.!" Toh Banjaran menghulurkan tangan.

Gunar menggeleng. Keris itu di sisipkan ke pinggangnya.

"Ianya milik aku.! Dan aku takkan pulangkannya.!" Gunar membuka langkah. Silat keturunan Toh Ketapang di susun kemas. Matanya merenung tajam semua di hadapannya. Bibirnya terkumat-kamit membaca sesuatu.

"Hentikan,Gunar! Jangan di baca ayat syaitan itu.!" Suara Toh Banjaran meninggi. Tidak di sangka anaknya akan menggunakan mentera hitam.

"Huh.! Aku takkan sesekali menyerahkan keris ini.! Ianya buatkan aku kuat.!" Gunar meniup tapak tangannya lalu di sapu di seluruh tubuhnya.

PewarisWhere stories live. Discover now